Sembil9n

 Aku baru je habis tengok series Sembil9n ni hari sabtu dan ahad haritu.

Drama ni dah lama, tapi asyik bertangguh nak tengok.

Mini series yang ada 10 episod ni, berlatar belakang kan kehidupan masyarakat terpencil di Kalimantan.

Drama ni adalah kerjasama Indonesia dan Malaysia, jadi para pelakon dia terdiri dari 2 negara.

Banyak review berkenaan drama ni dekat internet, aku malas nak review panjang-panjang.
Eheh..

Dalam drama ni, penuh dengan pelakon yang hebat, hebat gilaaa!
Beto Kusyairy, Amerul Affendi, Azhan Rani, Mustaqim Mohamed (sekarang kena tukar nama stage jadi Taqim Zaki), Sara Ali, Abang Posmen..
Dan yang pegang watak Linus, Saduri, Mamut tu pun memang bagus gila berlakon!


Ya, siapa yang kenal aku, memang ada yang kata aku 'pelik' depan muka aku, sebab aku jenis minat mereka-mereka yang rata-rata ada dalam drama ni ahaha!

Sebab aku memang suka tengok lakonan yang penuh feel, bukan sekadar rupa.
Jadi, bila kesemua diorang tu dihimpunkan dalam drama ni, memang best lah nak layan!
Walaupun cerita hantu eheh..

Jalan cerita, detailing props, gaya bahasa tempatan, memang terbaik.
Dari episod satu sampai episod lapan, aku memang bersemangat betul menonton, siap heret zaimi tengok sekali (seperti biasa).






Cerita memang A class.
Tapi aku tak dapat nak bagi A+, sebab dua episod terakhir, jalan cerita dia yang dari awal memang mantap gila, jadi celaru.

Paling haru biru, 30 minit terakhir episod 10.
Like kenapa, kenapa, kenapa, asyik keluar dari mulut kitorang.

Walaupun semua pelakon masih komited dengan lakonan yang super hebat, jalan cerita dia yang mungkin penulis skrip nak kami fahamkan sendiri tu, aku tak dapat nak selesaikan..huhu

Ending dia sedikit tergantung jugak.

Apa-apa pun, kalau dari segi komitmen produksi dan pelakon semua, memang class!
Ya aku memang jenis bila tengok drama, aku siap menghayati lakonan pelakon, sampai ke tak sampai..
Cuma tak ada rezeki je nak jadi pengkritik filem hahaha

Pernah tengok cerita ni? 





Catat Ulasan

32 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. betul tu semua pelakon dia memang pandai berlakon ,means tak kayu and bukan pasal rupa and popularity je . kalau tambah bront palaraee kat situ mesti lagi best

    BalasPadam
  2. uihhhh ada beto, ada amerul memanglah best (hahhaaaa haritu syaz buat cerpen letak gambar amerul kan??) ammi puaslah pikir nama dia sapa

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahahah aah, pinjam gambar dia, rasa lawa pulak gambar tu lepas edit jadi cover cerpen :P

      Padam
  3. Dya baru tahu pasal cite ni. pelakon semua hebat2 especially ad ameerul afendi, azhan rani & beto.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup itu semua orang2 hebat hehe..nanti bolehlah try tengok, ada di Astro On Demand

      Padam
  4. hopefully ada season 2 kan.. sbb cita ni mmg best

    BalasPadam
    Balasan
    1. haa betul jugak tu, molek jugak kalau ada sambungan, sebab memang tak faham ending dia tergantung macam tu hehe

      Padam
  5. tak pernah tengok, baru first time baca pasal cite ni..netflix tak nak beli ke dari astro..hahahaha

    BalasPadam
  6. semua tu pelakon kegemaran akak tu, tapi tang cerita seram tu yang tak berani nak layan... lagi la indonesia kalau buat cerita hantu... dia punya hantu tu seram lain macam

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha aah, hantu dia horror berlendir2.. kih kih

      Padam
  7. Ada lar tengok jugak... Tapi cerita macam tergantung jew kan... Mohon droduksi sambung lagi... Pelakon semua fah okew dah👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2, harap ada sambungan untuk merungkai segalanya :)

      Padam
  8. Suka tengok Beto berlakon. Semua watak dia bawak, menjadi. Tapi cerita ni, seram nak layan. Hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. best kan dia berlakon, ala tengok la tengok la hehehe

      Padam
  9. Citer hantu eh? Taknak tengokkk hahaha

    BalasPadam
  10. Aduhhh sis, terkejut tengok poster first tu. Tak pernah tengok lagi sebab baru tau ada cite ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi.. cerita ni dari last year kalau tak silap :D

      Padam
  11. I am sorry but I can't find the Google translator and I don't understand anything !

    BalasPadam
    Balasan
    1. It's ok Gattina, this post is about the drama series named Sembil9n. Thank you for stopping by ;)

      Padam
  12. tak pernah tgk lg nih syaz..ok nnt searchingg...

    BalasPadam
  13. Macam seram je. Nak trylah tengok kot boleh layan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru tahu drama ni..genre seram mmg jarang tengok..tapi suka tengok Beto berlakun..

      Padam
    2. yeszzaa.. feel memang sampai la kalau dia yang bawak watak hehe

      Padam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad