Nasi Campur Yang Menipu | Memoir

 "Nie nak makan apa?", soal emak sebaik saja kami duduk di satu meja di deretan kedai-kedai makan.


Lokasinya aku tak ingat, tapi somewhere di Perak.

Masa ni, kira-kira 30 tahun yang lepas, kami masih lagi balik ke kampung abah di Alor Setar menggunakan jalan lama. PLUS masih dalam proses pembinaan mungkin.

Jadi, apabila sudah berjam-jam aku kepeningan di dalam kereta, abah pun sudah mula letih, kereta pun perlu direhatkan enjin dia sekejap, maka kami pun akan singgah di kedai makan, untuk recharge, pergi ke tandas dan sebagainya.

 Aku yang masih mamai sebab tidur dalam kereta, masih tak terfikir nak makan apa.
Nak makan apa?
Macam tak lapar sangat je.

Mata aku melilau-lilau memandang sekeliling deretan kedai makan yang ala-ala RNR.
Ada macam-macam menu yang terpapar di dinding dan kain rentang kedai masing-masing.

Manusia yang menjamu selera di meja masing-masing pun boleh tahan ramainya, ada yang bersendirian, ada juga yang bersama keluarga dan anak kecil.

Aku yang baru pandai mengeja masa tu membaca kesemua menu yang dipaparkan satu persatu.

Nasi ayam.
Nasi lemak.
Mee goreng.
Mee sup.

Senang cerita, ada banyak menu yang boleh dipilih untuk mengisi perut.

Tapi, mata aku tertarik dengan satu papan tanda putih bertulisan merah.
Dua patah perkataan yang tertera di atas papan tanda tu betul-betul menaikkan selera aku.

Nasi campur.


"Mak, Nie nak makan nasik campur kedai tu", jari telunjuk aku hala kan ke kedai tersebut.

"Ok. Nak lauk apa?", ala mak ni, penting ke lauk? Apa-apa je lah.

"Lauk telur mata kerbau je. Nasik campur"

"Ok"

Dan aku pun lihat mak  berjalan membeli nasi yang aku pinta.
Seronok!
Aku tak pernah makan nasik campur sepanjang 5 tahun aku hidup!

Selalu kalau mak dan abah bawak pergi kedai makan, diorang mesti order kan aku mee sup.
Ah, kali ni aku taknak mee sup.
Aku nak cuba sesuatu yang baru.
Nasi campur, how cool is that!


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

"Nah, pergi sinki tu basuh tangan dulu", arah mak sebaik saja dia letakkan sepinggan nasi putih yang ada sedikit kuah kicap dan telur mata.

Kening aku berkerut, sebab aku hairan. Kenapa mak bawa nasi putih dengan telur je?


"Ni nasik siapa?", aku tanya, untuk kepastian.

"Nasik kau lah"

"Satu je nasik?"

"Ye lah, kalau dah habis nanti, nak tambah, baru mak pergi tambah"

"Nasik yang lain dah habis ke?"

"Apa yang habis?"

"Kenapa dia tak campur?"

"Campur apa?"

"Campur nasik lah?"

"Campur apa? Nak lauk lain lagi ke?", mak dah semakin pening. Abah pun dah angkat tangan, panggil brader waiter kedai tu datang. In case aku nak tambah lauk lain, agaknya dia nak suruh brader tu je ambilkan.

"Campur semua nasik la", aku masih tak puas hati. Kenapa macam ni?

Brader waiter dah berdiri sebelah meja, terpinga-pinga kenapa agaknya abah panggil dia.
Emak dan abah pun masih pening lagi melayan aku, apa yang aku nak sebenarnya?

"Kenapa dik?", tanya brader tu.

"Nak nasik lain sekali. Nasik campur-campur", jawabku, polos.

"Campur macam mana, cuba habaq kat abang?", brader tu cool orangnya, senyum je.

"Campur semua nasik lah. Nasik ni, nasik ayam, nasik lemak, nasik tomato.."

Tak sempat aku habiskan senarai jenis nasik yang aku tau, terburai gelak tawa semua orang yang ada kat meja tu.

Ok, rupanya semua tengah gelakkan aku ni.
Ok, sila tahan, jangan menangis. Eh sedih tau bila orang gelakkan kita..huhu..

"Nasik campuq tu, nasik buh lauk dik", brader tu masih gelak-gelak.

"Nasik campur tu sama macam nasik makan kat rumah la, Nie", abah menambah.


La, macam tu ke?
Mana la aku tau. Serius aku bayangkan nasik campur tu adalah gabungan beberapa nasik yang digaul atas satu pinggan. Sumpah, itu yang aku fikir masa tu.

"Lain kali tulis la 'Nasi Campur  Lauk' kat sana", aku mencebik.
Tak cool langsung Nasi Campur ni rupanya.
Nenek pun boleh buat!

Penipu punya kedai, musnah harapan aku nak makan Nasik Campur!

-Gambar ni masa lebih kecik dari kejadian tu, saja nak tunjuk aku comel, boleh? hahaha-

Salah aku ke?
Ahahah

Tags

Catat Ulasan

44 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Kasih an kena tuduh tipu. Rasa awal-awal memang tidak tahu. Saya pun awal-awal tidak tahu nasi campur.

    BalasPadam
  2. alahai comei nya..tapi betul juga tu..nasi campur kan..why tak campur nasi..mungkin boleh dicuba campur

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha otak kanak2 saya tak dapat digest benda tu

      Padam
  3. Hahaha... Mula2 uncle pon pening! adui!

    BalasPadam
  4. hahahahhaha... sweet dan cute sangat, betapa polos dan naifnya kita heheheh

    BalasPadam
  5. Ahahaaaa... gitu ceitanya nasi campur ye. Nampaknya sebelum KBAT diajar di sekolah, Syaz dah ada KBAT terlebih dahulu!

    BalasPadam
  6. Pengalaman yang lucu
    dari awal saya juga penasaran banget dengan nasi campur ,kirain nasi campuran dari aneka nasi

    BalasPadam
  7. Walau pun masih kecil, tapi nampak bijak budak ni.

    BalasPadam
  8. ahhahaha adoiii tergelak habis Cik TK... jap sambung gelak lagi... hahahhhahaha

    mmmm tapi kan... logik gak ni. nape nama dia nasi campur ek.. hahha

    BalasPadam
  9. Boleh tahan juga Syaz kecik kecik dulu. Keletah. Mengingatkan anak saya yang tanya kenapa susu dipokok getah tak boleh minum. Tu kenapa dinamakan susu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha! adik saya pernah tanya, kenapa tak boleh minum susu kucing ahaha

      Padam
  10. cerita yang sangat menarik...kisah 30 tahun yang lepas tu

    BalasPadam
  11. Hahaha,,,saya dulu bab air..kalau nak minum air tea is tu selalu lah order "nak air teh campur susu dengan ais..boleh tahan sampai besar jugak..sebab tak tahu nak beza teh ais dengan teh o ais.

    BalasPadam
  12. aduh.... tak pernah terfikir pun nasi campur tu nasi yg mcm2 nasi di campurkan... Kak Syaz mmg berfikiran lain dari yg lain betul

    BalasPadam
  13. okay ini kelakor ^_^
    yerla budak baya tu mana paham sangat nasi campur kan
    tu kan menu org dewasa hehehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul, kita masa tu makan pun asik lauk telur je pun hahaha

      Padam
  14. alahai kenapa x tanya kat wak penah try nasi 7 benua ., ada Nasi lamuni, nasi tomato, nasi hujan panas, nasi kacang, nasi minyak, nasi lemak dan nasi putih ..

    ni wak bagi link kalo mak adik nak try naa., kat bangi pown rasanye ade ..
    http://www.redscarz.com/2015/10/nasi-7-benua-penang-tempat-makan-best.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooooooooo nasik yang saya bayangkan tu namanya nasi tujuh benua rupanya! amazing! tenkiu waklat!

      Padam
    2. no worries.. kata org jauh berjalan luas pemandangan.. hehehe

      Padam
  15. Ni namanya imaginasi tinggi!
    Entri akk lom habis ,saya dah gelak dulu...boleh agk akk nk cite ape XD
    masa kecik2 kadang2 memg lawak la bila difikirkan balik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi masa kecik memang suka fikir entah apa2 haha

      Padam
  16. Hahaha..dulu pun tak faham nasi campur ni. nasi campur memang tak cool. hihi

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad