Cawan Saiz Kecil Boba Tea House

 Few weeks ago, aku melayan kehendak anak-anak, diorang minta nak minum air boba.

Biasalah, omak malas nak start kereta keluar, jadi order lah pakai Grab.

Scroll scroll, dan disebabkan air boba ni kan mahal, jadi nak beli yang tak mahal sangat la hahaha

Bukan kedekut, tapi sebab agak kerap beli, baik beli yang harga biasa-biasa je..eheh



Lepas tu, tertarik dengan Boba Tea House punya menu, sebab dia ada option untuk small.


Selalu kan regular dengan large je kan?

Tengok harga ok, terus order.

Tapi dalam kepala, taklah bayangkan small itu small bebenau..

(bayar nak murah, benda nak besar hahaha ngek aku ni)

Tunggu dalam beberapa minit, rider yang kacak bergaya pun sampai!


Berlari anak-anak aku pergi ambil kat pagar.

Sekali...


Memang kecik conet je hahahaha

Alalala..omey sangat saiz cup dia weh!


Tapi sebenarnya, elok saiz dia tu kalau nak beli untuk anak-anak aku, sebab diorang ni selalunya minum tak habis kalau cawan saiz regular tu, aku jugak yang kena habiskan!

Jadi sebenarnya, small cup Boba Tea House ni memang sesuai untuk kanak-kanak la saiz dia.

Itu sajalah ceritanya.
Bersiaran dari Kuantan ni, balik jenguk orang tua.

Stay safe gais ✌

Catat Ulasan

47 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. saiz yang sangat berbaloi kan syaz, jimat dan tak ada pembaziran :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, memang lepas ni, ini je lah anak2 punya boba haha

      Padam
  2. Comelnya boba tea.... ngam tu saiznya dengan anak dara manis tu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat secocok saiz tu dengan dia kak amie hahaha

      Padam
  3. Alahai...comelnya.. kompom cik Ayu claim dia sorg punya tu.. hihihi

    BalasPadam
  4. Wak tak gheti minum air teh boba ni.
    Lagi pun macam manis sangatlah.

    BalasPadam
  5. Tengok dak ayu minum, amboi sedapnya nak oii.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya yang tengok semula ni pun ikut terliur ni ha hahahah

      Padam
  6. berapa ringgit tu besar tu.. comel je.. ok la buat nak lepas rasa boba kalau yang tgh diet air manis tu hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam rm4 rasanya, betul juga tu, sesuai juga untuk orang nak lepas gian

      Padam
  7. ala al..cute miut sgt size cupnya. just nice utk kids, x leh minum banyak2 sgt pun.

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. Kan, tergoda pulak saya tengok gambar anak sendiri tu ha hahah

      Padam
  9. saiz ni boleh la minum, sbb sikit ja.. tiap hari klu minum boba.. boleh kena kencing manis ni

    BalasPadam
  10. comelnya cup dia
    anak dara umah ni pun suka benor dgn yg ada boba2 ni siap order sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuh siap order sendiri tu, mesti minat sangat kan hehe

      Padam
  11. meskipun small, kecik, nampaknya pas buat anak-anak. memang bila buat orang dewasa rasanya segitu kurang hehe

    BalasPadam
  12. comel bekasnya tapi sesuai jugak utk budak-budak saiznya tu... teringin la pulak nak melayan boba tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, saya pun rasa saiz dia sesuai betul dengan kanak kanak

      Padam
  13. Cawan cute. yang minum cute. Cute ganda sepuluh.

    BalasPadam
  14. maap tergelak kita nengok saiz dia bila syaz pegang...cenonet comel sangat 🤣

    tapi betul la, sesuai untuk budak2 kecik..

    BalasPadam
  15. Memang comel betul saiznya. Memang sangat sesuai lah tu untuk anak anak. Kalau untuk kita sekali je habis tu. Hihi

    BalasPadam
  16. Comel betul size cup tu. ssuai sangat utk anak2 heheh. kalau x, mmg kita yg kena habiskan. kalau biarkan. sayang pla ;😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu, kalau tak habis, memang mak dia la yang perabis

      Padam
  17. Comel betul size cup tu. ssuai sangat utk anak2 heheh. kalau x, mmg kita yg kena habiskan. kalau biarkan. sayang pla ;😅

    BalasPadam
  18. Cute cup tu 😍 tak pernah minum lagi boba ni

    BalasPadam
  19. Baru tau kewujudan boba cup comel macam ni. Sesuai untuk budak2 dan juga orang yang jenis tak minum banyak

    BalasPadam
  20. eh comelnya cup dia. hehe ini kalau dapat kat ika mana cukup hehe.

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad