Inai Instant Ayu

Ayu ada tertengok dekat youtube, video budak perempuan warnakan kuku.
Lepas tu dia pun selalu lah cakap, nak cat kuku.

Nak belikan kuitek, memang taklah kan 😂
Sembang dengan mak aku, dia bagi idea belikan lah ayu inai.

💡
Jadi aku pun carilah inai yang instant.
Ada macam-macam rupanya.
Baru aku tau hahaha.

Ye lah, benda yang kita tak pernah cari sebelum ni, jadi memang tak taulah apa-apa pasal dia kan.

Last sekali aku pilih untuk beli inai lara.
Mesra wudhu katanya, dan dia dalam botol ala kuitek.

Bila sampai je inai tu, apa lagi, excited la ayu.
Terus aku pakaikan dekat dia.



Mula-mula pakaikan dekat kaki dulu.
Merah menyala warna dia.




Baru perasan kuku kaki ayu bulat-bulat je bentuknya hahaha.

Lepas dah siap dekat kaki, biar tak sampai lima minit, inai tu dah kering.

Memang sangat cepat keringnya.

Sambung sapu dekat kuku jari tangan pulak.


Memang happy la ayu.
Benda dah mintak lama kan.



Saja nak buat ayu happy.
Lama sangat dah terkurung, kesian dia.
Semoga terhibur lah ye ayu.


Inai ni, kalau ayu pakai, dalam 2 3 hari warna dia yang dekat kuku tu pudar lah jugak, tak sama macam kita pakai inai yang kita blend sendiri letak aranglah, gambir lah semua tu.

Memang tak tahan la kiranya.

Tapi kalau kita yang omak-omak ni pakai, jangan kata 2 3 hari, lepas 2 3 jam masak dekat dapur, cuci pinggan segala, warna dia terus luntur, sampai nampak macam tak pakai apa 😂

Jadi kesimpulannya, inai lara ni warna dia memang vibrant dan awesome sangat sebab dia cepat kering, tambahan pula mudah sangat nak apply.

Kiranya kalau rasa nak kuku merah masa nak pergi jalan-jalan ke pasaraya ke, mall ke, sesuai la disapu sejurus sebelum keluar rumah.

Tapi kalau berhajat nak pakai inai yang stay dekat kuku dan jari lebih lama, contoh untuk pengantin baru yang nak kekalkan vibe baru kahwin tu dengan inai lama di jari, aku tak recommend.

Just for fun with kids, yes belilah.
Sebab anak aku memang suka sangat, warna pudar je dia akan minta top up warna tu balik.


Itulah kisah inai ala kuitek si ayu.
Eh actually macam mana ejaan sebenar kuitek?



 

Catat Ulasan

15 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. nak melawa berinai juga kan ayu

    BalasPadam
  2. cantik
    anak2 dara kecik pakai inai
    suka tgk

    BalasPadam
  3. Suka ayu dapat inai. Inai pun dah moden pack dia. Macam botol kuitik dah. Okaylah tu kan untuk anak anak pakai. Senyum sampai telinga ayu :)

    BalasPadam
  4. mesti ayu excited. dapat warnakan kuku dgn inai..mcm menarik jgk inai ni, maybe akan beli jgk ni.

    BalasPadam
  5. Wow...nice...Happylah si Ayu..

    Ejaan sebenar quitick. Lama x sebut.. Hahaa..

    BalasPadam
  6. Haah cantik. Senang dan cepat.

    BalasPadam
  7. Dah senang sekarang.. tak payah pakai inai macam dulu.. Sekarang calit-calit dah merah.. hehe

    BalasPadam
  8. anak buah suka sgt la berinai...ank dara sdiri tk brp sgt..tp maknya suka...ada tgk inai instant mcm ni..senang kn

    BalasPadam
  9. Alah2 omelnya...memacam gaya kan , inai ini pun cepat je hilang warnanya kat kulit...

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah. Terlaksana dah hajat ayu.

    BalasPadam
  11. best la ayu...dapat lawa2 kuku dia..hehee
    ayu kuku cawan..syaz hehee

    BalasPadam
  12. Amboooiii! Kemain lagi budak comel ni ya!

    BalasPadam
  13. Maknye tak join berinai sama ke… hehehe

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad