Maksud Warna dan Lambang Bendera Malaysia

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke 64!
*Nyanyi lagu Sudirman!

Marilah sama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang, lambang kemegahan negara kita!
Maksud Warna Jalur Gemilang 

Di bawah dikongsikan maklumat berkaitan Bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang untuk makluman umum. Selain itu, anda juga boleh merujuk lirik lagu Jalur Gemilang yang seringkali disiarkan sebagai lagu patriotik ketika bulan kemerdekaan. 

Berikut adalah perincian warna yang digunakan pada bendera kebangaan rakyat Malaysia :-


1) Biru Lambang perpaduan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain



2) Merah Menunjukkan keberanian dan kesediaan dalam mengharungi segala jenis cabaran demi negara yang tercinta

3) Putih Menjadi lambang kesucian serta keluhuran hati masyarakat



4) Kuning Warna Di Raja yang khusus melambangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu yang Berperlembagaan



Maksud Lambang Pada Jalur Gemilang

Di bawah adalah maksud kepada lambang-lambang yang digunakan pada reka bentuk Bendera: 

1) Bulan Dan Bintang 
Menunjukkan Agama Islam sebagai agama persekutuan negara

 2) Bintang Pecah 14 
Menggambarkan perpaduan 13 buah negeri dan 1 wilayah persekutuan 

3) 14 Jalur
14 Jalur menunjukkan 13 buah negeri dan satu wilayah persekutuan sebagai anggota di bawah kerajaan Persekutuan Malaysia


Maksud Nama Jalur Gemilang

1) Jalur 
Maksud kepada 14 jalur yang berwarna merah putih menunjukkan satu haluan yang lurus , dimana hala tuju yang sama menjadi anutan seluruh rakyat negara dari Perlis sehingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara 

2) Gemilang 
Bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. 
Lambang kecemerlangan negara serta rakyat Malaysia dalam mendepani setiap cabaran yang datang dan turut menunjukkan kesungguhan dan kegigihan rakyat untuk menaikkan imej negara

© Sumber Asal Informasi Dari : https://www.irujukan.my/bendera-malaysia/


Gambar tu adalah gambar anak dara ku 😘

Catat Ulasan

21 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Semangat tuuu anak dara kak syaz kibar bendera hihihi

    BalasPadam
  2. Setiap jalur yang ada pada bendera, bulan dan bintang pun ada maksud yang tersendiri kan .

    BalasPadam
  3. comelnya yang kibar bendera tu. suka tengok tudung dia tu. kemain tau..hehe

    BalasPadam
  4. Wawww,
    Comel betul adik kecil pegang Bendera tu,
    Anyway Sallam Kemerdekaan, Semuga Malaysiaku Permai dan bebas dari virus covid19 dan varian lainnya, Àamiin

    BalasPadam
  5. Semangat betul si kecil.. Merdeka!!!

    BalasPadam
  6. Amboii..manisnya adik Ayu kibar bendera..

    BalasPadam
  7. Amboi semangat betul si comel tu hehee...Selamat menyambut hari kebangsaan...stay safe ya

    BalasPadam
  8. Semangat anak akak.. :)

    salam kemerdekaan dari Naim..

    BalasPadam
  9. AYU YG COMEL MODEL JALUR GEMILANG 21 SALAM MERDEKA

    BalasPadam
  10. Gambar ke tiga dari atas tu cantik komposisinya!

    BalasPadam
  11. Selamat menyambut hari kemerdekaan buat kali ke 64. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

    BalasPadam
  12. Salam merdeka syaz! comey sungguh ayu tu..geram rasa haaaa ^_^

    BalasPadam
  13. Bersemangat kibar jalur gemilang

    BalasPadam
  14. slmt hari merdeka
    cutee dia dgn. bj dan. jalur gemilang
    patutnya la. kan kena ajar ank2 dari kecil tentang maksud jalur gemilang ni
    bln apa. yg dorang tahu nmpak bendera je kata merdeka. he hez tak panggil pun bendera jalur gemilang

    BalasPadam
  15. amboi ayu... kontrol ayu dia ye.. berarak dlm rumah pun bolehhh.. hehehe

    BalasPadam
  16. Comelnya Ayu. Why so serious nampak muka Ayu. hihi
    Semangat Ayu dengan bendera tu. Selamat Hari Merdeka.
    Bendera Malaysia lambang kebangaan kita :)

    BalasPadam
  17. Alaa comelnyee la anak dara awak.

    BalasPadam
  18. Ayu nampak serious mukanya kibarkan jalur gemilang. haha

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad