Mulakan Minggu Dengan Gambar Durian

Gambar aje lah.
Itu pun gambar lama.

Gambar bila entah ni.

Makin ditenung makin geram.
Terasa-rasa di lidah.

Tapi kalau beli habis semerbak rumah bau durian.
Which is zaimi tak berapa suka durian, jadi aku rasa kesian pulak dekat dia kena hirup bau-bauan durian ni kalau beli.

Selalu kalau beli pun, aku akan beli sikit-sikit macam ni ajelah.
Yang dah siap kopek.

Baru-baru ni pun aku ada minta zaimi belikan aku durian.
Sebijik pun jadilah.

Jadi suruh orang gerai durian tu kopekkan siap-siap, masukkan dalam bekas.

Kat rumah ni, anak-anak semua pun macam ayah dia, tak suka durian.

Maka berkorbanlah aku tak boleh makan durian selalu-selalu walau musim.
Tempoyak pun tak masak sangat.

Sebab kalau nak menikmati sorang-sorang ni, memang tak nikmatlah.

Ada ke reader blog ni yang sama dengan zaimi?
Tak berapa gemar durian?

Kalau ada, kenapa ye?
Kenapa tak suka durian?

Tags

Catat Ulasan

21 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. petua org tua2 kan mandikan zaimi n anak dgn air pangsa durian..insyaAllah lps tu pasti jadi hantu durian..cubalah syaz..mmg ada yg xsuka durian.

    BalasPadam
  2. lawa isinya tu
    family akak ank bungsu sorang tak mkn durian
    yg lain semua pantang jumpa
    he hee

    BalasPadam
  3. sedapnya durian. kalau dkt kg ni, mmg dah byk kali mkn. tp kat sini, x mkn pon lg..

    BalasPadam
  4. Kat rumah akak ni yg bongsu tak boleh bau durian..pening sampai nak muntah..

    BalasPadam
  5. Akak dulu...sebelum sakit dan koma..memang x suka makan durian..busuk la..macam- macam la...sebaliknya bangun dari koma yang panjang..akak jadi hantu durian sampai sekarang....

    BalasPadam
  6. kene bekorban lah ye syaz, kalau kat rumah akak yang tak makan durian si Aiyan je... busuk katanya tapi mak paknya hantu durian.

    BalasPadam
  7. makan je. Kalau buat masak tempoyak pun nikmat je makan sorang2 haha

    BalasPadam
  8. Musim durian dah hujung-hujung ni.. kalau nak merasa, baik beli sekarang.. hehe

    BalasPadam
  9. Alahhh, rugi lah semua team ayah dia.. durian memang favourite! selalu bagitau orang yang tak makan durian diorang kerugian..haha..

    BalasPadam
  10. Husb kakmim pn mcm tu x brp gemar durian nasiblah bini pun jenis kalau ada, mkn.. kalau xde xpe

    BalasPadam
  11. Kuning betul isi durian..sedapp tu

    BalasPadam
  12. Cantik isi durian tu, senang beli yang dah kopek. anak-anak tak suka, mungkin belum betul2 cuba..

    BalasPadam
  13. Husband saya pun tak suka makan durian. Mungkin dah jemu rasa dah puas makan durian. Kadang makan sikit secoet merasa pun dah pening dah. Cantik cantik isi duriannya.

    BalasPadam
  14. Wak pun tak berapa minat durian
    Cuma suka tanam aje
    Anak2 semua tak suka durian juga.
    Cuma pn is3 yang hantu durian.
    Jaman muda2 dulu, dia suka wak pun sebab wak pancing pakai durian

    BalasPadam
    Balasan
    1. seriusss la wak pancing makcik dgn durian..hebat!

      Padam
  15. geram juga syaz nengok nyaaa hahaaa
    shida dan suami suka durian tp plg over shida la..
    entah la syaz kpe ada yg xsuka durian..tp mmg ada la tu sebabnya..
    biasanya..sbb bau dia kot..kalau rasa mgkin dia lembik2..hahaa

    BalasPadam
  16. Haritu makan dua tiga kali . ni dah tak telan.. stop dah..

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad