Dalam post Sambutan Birthday Amir ke enam yang aku up kelmarin, aku ada cerita yang anak-anak dapat Doraemon sorang seketul, aku belikan dari Marry Brown. Inilah rupa Doraemon nya.
Agak surprise jugaklah yang mainan dari Marry Brown ni agak kuat dan steady rupa bentuk dia kali ni. Bolehlah dikatakan setanding dengan mainan Happy Meal McDonalds. Bukan apa, pernah juga dulu belikan budak-budak ni Set Kiddi Meal dari Marry Brown ni dulu, diorang dapat spinner, dan ada sekali dapat keretapi. Tapi memang tak tahan lama. Jatuh dua tiga kali, terus tercabut dan terbuka.
Jadi semalam masa order tu, aku memang tak expect tinggi sangat. Memang fikir, kalau dapat mainan yang biasa-biasa pun tak apalah, mainlah setakat mainan tu 'sihat'. Tapi rupanya memang ok mainan kali ni. Tahniah Marry Brown!
Dahlah tahan lasak, cute pulak tu.
Keep it up!
Eh tiberrrr nak memuji Marry Brown kan.
#bukanpaidreview
12 Comments
Lama tak tengok 'dremon'... :D
ReplyDeleteSaya pulak dah jelak hari2 doremnon kat rumah ni 😂
Delete*doremon
Deletebaru je pergi MB hari tu...dia bg botol air yang takde kualiti tu... mama yan bebel kat kaunter tu...dah 3 tahun dah bagi botol air ni..kat rumah saya ada doploh. Kalau berkualiti takpe gak.. takde mainan lain ke? pastu dia bagi puzzle dengan kereta mainan kecik
ReplyDeleteSaya pin pernah dapat botol air tu, memang tak bagus kan kualiti dia 😂
DeleteSemedang air tumpah, dengan tak stabilnya ahaha
Bolehlah terjah MB lepas ni
ReplyDeleteteringat dulu zaman kumpul2 patung mcm ni, tapi ayu suka happy meal mc'd. since dr anak dara...kumpul2 utk adik2. pas tu dah ada anak..kumpul utk anak plak. now dah x kumpul dah. eh ari tu je..kumpul skt yg minion tu..utk iris. he he he...
ReplyDeleteKanak-kanak memang suka dengan figure macam ini kak. hehe
ReplyDeletebukan budak2 jamni dh x main patung2 lagi, kan zaman gejet je nih.,. ;p
ReplyDeleteHahahha pada # itu.
ReplyDeleteEh seremban ada marry brown ye? Kat mana?
comel
ReplyDeleteRasa nak terikut senyum sama dengan patung doraemon ni. Bagus juga jenis sturdy ni. Tahan lama sikit.
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.