Cara Mohon Anak Masuk Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia

Pendaftaran sekolah secara online boleh dibuat melalui portal KPM secara atas talian iaitu Portal SPS iaitu Modul Pengurusan Murid. Portal SPS dibangunkan untuk memudahkan ibu bapa bagi mendaftar anak-anak mereka bagi kemasukan ke tahun 1.


Mengenai Portal SPS

Portal SPS diwujudkan oleh KPM bagi permohonan murid ke Tahun 1 secara atas talian.

Menerusi portal ini juga, ibu bapa boleh membuat semakan kehadiran dan mengemaskini profil anak jagaan tanpa perlu mengisi borang manual.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan kemasukan tahun 1 melalui Portal SPS, sila ikuti langkah-langkah berikut:

1. Layari Portal SPS iaitu https://public.moe.gov.my/

2. Setelah berjaya daftar masuk, klik pada Tahun 1.

3. Klik butang ‘Pengguna Baru.’

4. Masukkan nombor mykid sebagai id pengenalan murid untuk pengesahan.

5. Sila isi Maklumat Murid di ruang yang ditetapkan dan kemudian klik butang ‘Simpan dan Seterusnya.’

6. Kemudian isi Maklumat Kesihatan dan kemudian klik butang ‘Simpan dan Seterusnya.’

9. Isi Maklumat Penjaga dan klik butang ‘Simpan dan Seterusnya.’

10. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan dan klik ‘Peraku Benar dan Hantar’ di bahagian paling bawah menu.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai PPD berdekatan yang boleh dirujuk melalui pautan berikut https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi.



Post a Comment

9 Comments

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.