Tayar Cap Viking

SR tukar tayar kereta tadi.
Boleh tahan juga menjadi kedana weh!

Tayar dah makan tepi, botak tepi. Bukan sikat tepi, itu Hanafi. Botak tepi. Risau jugak.

Jadi tukarlah tadi.
Orang kedai cadangkan tayar Viking.

Banyak zaimi aje uruskan. Tokey tu tunjuk tarikh buat, rupa tayar apa semua. SR angguk aje.

SR bukan reti sangat kan.

Yang lebih menarik perhatian SR adalah tayar Viking ni ada logo Viking yang comel.



Hahaha kiyoootnya kamu!
Ada 4 ekor si kiyooot ni dekat kereta SR sekarang 😂

Okey tu aje nak cerita review pakai tayar cap viking. Dia spark joy pada SR sebab ada logo comel. Kah kah..

Tapi tadi drive lepas tukar, lain sangat rasa. Lancar aje. Nampak sangat tayar lama yang botak tepi tu dah hazab. Sebab tu bila drive dengan tayar baru, rasa bahagia. 😜

Terlupa sekejap kopak dalam akaun.
Huwaaa.

 

Post a Comment

12 Comments

  1. Alhamdulillah.. Tapi bila ingat semula kos.. Mahu Terkedu juga. Untuk kebaikkan dan keselamatan gigihkan juga.

    ReplyDelete
  2. good year pun ok. tak tahu lah mana brand yang bagus. nampak mcm semua je bagus

    ReplyDelete
  3. last tukar tayar akhir 2016.... ni pun masih guna sbb kereta x jalan jauh pun. tambahan plak masa PKP kereta tersadai bwh porch. sy byk naik motor sbb pekan pun x sampai 2km.

    ReplyDelete
  4. ALHAMDULILLAH DH TUKAR TAYAR BARU SEBELUM RAYA..BERSEDIA LEBIH AWAL

    ReplyDelete
  5. yelah kalau dah tukar 4 terus memang terasa pokai poket huhuhui...
    memang comel viking tu... moga dapat bertahan lama lah dia

    ReplyDelete
  6. ciksun pun kene tukar tayar belakang dah ni...dah botak sebenarnya, asal dari tayar depan yang dah diswap ke belakang..tapi bila survey rega, terpinga2 la jugak..

    ReplyDelete
  7. x pandai betul bab tayar ni. baru2 ni je pandai isi angin tayar.

    ReplyDelete
  8. Saya pun bab kereta ni tak mahir sangat.. Tahu pakai je.. Rosak hantar kedai.. Hehe

    ReplyDelete
  9. Memang kopak kalau tukar tayar ni. Tak perasan pulak tayar cakp viking ni. Comel pulak logo tu.

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah , mujur tengok2 jugak keadaan tayar tu , bahaya kalau pakai tayar yang dh botak tu

    ReplyDelete
  11. Sha pun tak mahir sangat pasal tayar nie..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.