Ke Pantai Irama Bachok Kelantan | Throwback Thursday

Assalamualaikum semua!
Sihat ke? Komen sikit sihat ke tidak!

SR pun ketika menaip ni, alhamdulillah sihat.
Cuma lama SR tak kerap update blog, lebih-lebih lagi masa minggu raya terkejut yang lepas. Blogwalking apatah lagi. Haha! SR betul-betul menikmati minggu raya tu. Isnin minggu ni, pukul 3 pagi, baru kami sekeluarga sampai semula ke rumah setelah 9 hari balik ke Kelantan dan Pahang.

Lepas balik tu, masih lemau-lemau ayam lagi. Rabu baru betul-betul segar masuk kerja, hari ni baru rasa rindu menebal kembali pada blog ni. Haha!

Scroll entry yang ada di draft, jadi hari ini SR pilih untuk kongsikan gambar-gambar ketika SR sekeluarga bersama Ma Mertua dan adik zaimi ke Pantai Irama yang terletak di Bachok, Kelantan!

Let's check it out!

Cerita ni masa bulan 12 tahun lepas. Musim hujan. Kalau reader boleh telek, dalam gambar di atas dan di bawah, ada bendera merah dipacakkan. Tanda amaran agar pengunjung pantai ni tak pergi mandi di laut. Kalau SR kan, tak payah bendera weh. Tengok keganasan ombak dia menabrak pantai pun, SR dah kecut perut! Ombak dia sangat besar dan kuat! Sampai pengurusan buat dua lapis benteng dengan batu-batu tu. Yang dekat dengan kami berdiri ni, adalah air yang sedikit tenang sebab dah lalu bentang pertama.




Dah duduk tepi pantai, aktiviti favourite anak-anak adalah makan cucuk-cucuk, main buih belon dan main layang-layang. Sama aje dekat pantai mana pun haha! Tapi itulah yang anak-anak suka. Kali ni ada Tok Ma dengan Cek Dah diorang pulak yang turut melayan. Memang suka lah masing-masing.



Cuma satulah yang SR sebagai rakyat marhaen bermata rabun ni nak komen, tentang batu-batu yang dicat warna-warni tu. SR tak berapa nak gemar, sebab dimata SR yang rabun ni, SR nampak macam plastik-plastik sampah 😅


Adam yang gigih main layang-layang. Angin kuat gila masa ni.



SR tahu niat Majlis Daerah nak comeykan pantai. Tapi, pantai kan memang dah semulajadi comey dan indah? Tak perlu pun warnakan batu-batu tu. Cukup dengan sama-sama menjaga kebersihan. Tapi itu pendapat SR lah. Pada mata orang lain, mungkin nampak cantik 😉


Berani sungguh akak yang duduk dekat bawah tu ha. SR pulak yang seriau. Takut ombak tarik anak-anak dia. Huhu.. Tapi dia mungkin dah biasa. Dan alhamdulillah tak ada jadi apa-apa pun. SR aje yang penakut. Hehe..



Sang angin yang kedengki dengan SR. Habis dia tiup tudung SR sampai jadi macam tu haha!


Gambar SR dengan zaimi ni, beberapa saat sebelum hujan lebat turun selebat-lebatnya! Bertempiaran kami lari cari gazebo. Yang lawaknya, hujan turun menyenget. Duduk bawah gazebo pun kuyup 😂 Terus lari masuk kereta!


Bila hujan dah stop, kami keluar balik sambung makan-makan. Tengoklah si ayu yang jelas nampak kuyup dia tu.





Siapa pernah sampai sini? Ceritalah sikit!
Sekian throwback untuk hari ini 😃

Take care semua!
Best tak dah tak payah scan MySejahtera?
Kiikiki...

Catat Ulasan

18 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. hahaha betul tu, pantai tu memang dah cantik dah. tak perlu cat warna-warni macam tu pun.

    BalasPadam
  2. Menjawab soalan yg kat bawah tu, best..haha..Part batu-batu yg majlis daerah bagi kaler2 tu, setuju lah dengan Syaz..nampak macam plastik sampah..better biar je warna original batu tu...

    BalasPadam
  3. tulah, wak ingtkan pun plastik sampah gituuu., ;p

    BalasPadam
  4. comey lagi kalau tak cat..hehehehe..Selamat hari raya!!!

    BalasPadam
  5. Selamat Hari Raya Aidilfitri Syaz.. Suka tengok pantai dengan angin dan cuaca redup.. best!

    BalasPadam
  6. Beberapa kali ke Kelantan, belum pernah lagi berpeluang ke Pantai Irama ni, cantikkk.

    BalasPadam
  7. warna semula jadi cantik sgtkan tapi dh bajet ada ok ja

    BalasPadam
  8. Lagi cantik kalau tak cat kan hehe. Btw Selamat Hari Raya

    BalasPadam
  9. samalah..baru nak membawang cakap apasal banyak plastik sampah bersepah, rupanya batu yang dicat. oh ye nak menjawab soalan..sihat walafiat

    BalasPadam
  10. Pantai di kelate ni kurang cantik n terjaga berbanding dgn Ganu dan Pahang. Silap majlis daerah yg x reti mengindahkannya utk tarikan pelancong..

    BalasPadam
  11. Uncle memang against orang cat batu cam tu....

    BalasPadam
  12. tgk ombak dalam gambar tu dah terbyg kuatnya la oii angin pantai tu!! Betul la seriau tgk gmbr yg kakak tu dok hujung dekat ngan ombak tu.. iskk

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah, sihat...seronokkan cuti raya tahun ni..9 hari..

    kuatnya ombak, seriau jg tengok..

    BalasPadam
  14. mula-mula sebelum baca SR sebut yg warna warni tu batu...mmg ammi pun ingat apsallah kotor nau pantai ni.

    ammi pun minggu raya tak tengok blog langsung. mana entry yg auto publish tu terpublishlah dia bila sampai masa.

    BalasPadam
  15. Batu tu kalu dicat gold nice tak..haha
    Dah lama tak lepak tepi pantai..

    BalasPadam
  16. bestnya lepak pantai. nampak ombak tinggi juga tu

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah sihat walafiat. Betul betul seronok raya kali ni dapat menikmati raya dengan lebih meriah. Best betul dapat jalan jalan tepi pantai. Pantai menenangkan. Kuat jugak angin tu sampai tudung jadi gitu. Itu biasa..hehe...

    BalasPadam
  18. setuju! 2 - 3 kali sy tgk, igt kan sampah. elok warna dibuang dan kekalkan warna asal batu.

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad