Ada satu hari tu, SR order tealive dari GrabFood. Anak-anak teringin nak minum air ada boba. Selalunya, cawan-cawan tealive tu, vendor akan letak dalam plastik bag recyclable yang lembik gilaa tu aje.
Tapi, kali ni, dia bagi beg kertas.
Cis.
Kenapa cis?
Sebab, masa nak check out, dia macam wajibkan 30sen untuk bungkusan.
Tapi nasib baiklah beg kertas dia cantik lah, walaupun tak adalah strong sangat.
Ke 30 sen tu sebenarnya untuk pelapik yang macam bekas telur tu? Dia letak cawan semua dekat situ sebelum masuk beg kertas ni.
Lepas ni memang taknaklah order guna FP atau Grab lagi. Sebab dah ada caj tambahan yang walaupun kecil, tapi sebenarnya tak perlu pun kita keluarkan duit dekat benda tu.
+++
Semua pun nak mencekik pengguna, samada secara langsung atau tak langsung sahaja.
15 Comments
hidup ini antara mencekik... atau tercekik...
ReplyDeleteDah 2 kali beli Tealive walk-in. Memang dia bg beg kertas camni, tapi tak check pulak dia charge harga ke tak. Ke ade pilihan untuk takyah ambil beg tu ye? Hihihihi. Adoiii..sejenis yang bayo je, xcheck resit..
ReplyDeletearitu ada sekali order pelik juga dapat beg kertas selalu tak ada pun pastu check balik baru perasaan kena charge packaging..hurmm macam2 charge tambahan sekarang ni..
ReplyDeletekena charge atas benda yang kita tak nak ni memang menyakitkan hati sebab ianya pembaziran..
ReplyDeleteHahaha betul tu Syaz... banyak ambil kesempatan untuk mencekik...cekik sana cekik sini!
ReplyDeleteyeee baru je order beberapa hari lepas...terkejut kena caj 30 sen masa checkout untuk packaging...bila sampai, lahh patut la kene charge...da tukar pakai beg kertas rupanya..huhuhu
ReplyDeleteKehidupan skg..nk buat mcm mana syaz huhu..terima jelaaa
ReplyDeleteTak pernah order lagi
ReplyDeletetak pernah order dpt paperbag ni lg. mcm tak berbaloi kena byr extra utk paperbag yg x boleh recycle guna..
ReplyDeleteMakin melampau-lampau pula caj nya ek..
ReplyDeleteTak pernah lak order online air ni .. Dah jarang minum... Kena berhati hati pasni ..
ReplyDeleteBetul..selagi bleh cekik...selagintu depa cekik..sbb tu jarang order FP or GF ni .kalau dh betul2 terpaksa je baru order
ReplyDeletekalau beli ngan food panda, memang x leh nak elak bab packaging charge ni..melampau kadang2 tau
ReplyDeleteLama tak order tealive melalui grabfood @ foodpanda ni . Hari tu kawan ccl order tealive .. Dapat juga palerbag tealive macam dalam gambar tu . Tak tahu pulak ada charge 30sen untuk paperbag .
ReplyDeleteI love tealive temerloh's bubble tea.
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.