Air Badak Botol Biru

Bila demam dah berlanjutan berhari-hari, akhirnya emak SR cadang untuk minum air badak. Malas nak keluar rumah, order aje guna Food Panda, tapi yang biasa tutup warna hijau tu tak adalah pula dalam list.

Jadi SR belilah yang biru ni, Cool Rhino O2.

Alhamdulillah, lepas habis sebotol, selera payau jadi makin ok. Entahlah mungkin kesan psikologi, atau memang berkesan untuk hilangkan panas dalam badan.


Rasa air dia sama saja macam air badak tutup hijau, dan sama dengan air mineral jugak.

Belah dalam label dia, ada juga logo cap kaki tiga, macam yang tutup hijau tu juga kan?

Ke sama? 

Ah malas pulak nak fikir dan kaji (buat pembacaan atas talian)

Tapi alhamdulillah, sehari dua ni SR dah segar dan kebah dari demam. Harap tak demam dah buat jangka masa yang lama. Letih musim demam sekeluarga ni tau, sebab dia bersilih ganti, dan silap hari bulan, dia boleh terjangkit lagi selepas kebah.

Moga kalian juga sihat-sihat selalu.

Bila last kalian minum air badak?

 

Post a Comment

16 Comments

  1. Sekarang ni dah macam-macam rupa botol air badak. Rasanya tetap sama kot.

    ReplyDelete
  2. Sejujurnya uncle tak pernah minum air badak ni.... Cucur badak pernah la... eh? hahhaha

    ReplyDelete
  3. Dah lama dah tak minum air badak.
    Ye, musim demam berjemaah. Satu family kena, passing-passing gitu.

    ReplyDelete
  4. Lama juga tak minum air cap badak .. Selalu beli evian cepat sikit tindak balas ..tpi harga pun kemain laaa boleh tahan juga

    ReplyDelete
  5. Jaman kecik2 dulu memang selalu emak belikan air badak
    Dah tua bangka ni tak pernah minum dah

    ReplyDelete
  6. Air badak always dalam peti sejuk tu.. in case dah sihat pun nanti.. huhu..

    ReplyDelete
  7. dulu masa kecik kalau demam badan panas sgt memang air badak ni lah di cari nya.

    ReplyDelete
  8. Akak tak pernah minum pun Syaz 😅

    ReplyDelete
  9. cantik botolnya ubat demam anak2

    ReplyDelete
  10. Fuyooo dh naik taraf.. Br selera sket nak minum tgk botol baru n cantek sket hehe

    ReplyDelete
  11. pernah beli gak air badak cun ni..sama je rasa brand je lain..kann..

    ReplyDelete
  12. air badak ni ada rasa ye? pernah beli utk anak-anak tp ammi tak pernah rasa pun

    ReplyDelete
  13. tak pernah minum air cap badak ni..

    ReplyDelete
  14. 44 tahun SA hidup di dunia ni x pernah lagi minum air cap badak ni..apa rasanya?

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.