#throwback
Assalamualaikum wbt
Haa nampak? Langit mendung kelabu di Bandar Seremban, tapi SR gigih mencari Haji Shariff Cendol masa ni. Trafik nak ke sana pun boleh tahan tau. Kalau dari rumah SR nak ke sini, memang banyak trafic light yang kena hadap. Tapi apa asbab kegigihan SR dan zaimi ke Haji Shariff cendol di kala hari hujan ni?
Kisahnya, kunci kereta SR punya pasal. Kunci kereta tu lah puncanya. Tiba-tiba casing dia jadi longgar yang melampau-lampau. Sudahlah kunci yang kedua. Kunci lagi satu set memang dah berbalut macam mumia dah, terbasuh dalam mesin basuh. Ini kunci kedua pun dah kereputan pulak casingnya. Jangan tanya SR kenapa jadi macam tu, sebab SR memang tak tau kenapa. Tetiba dia longlai dan relai.
Kalau diikutkan, tak rancang pun nak singgah ke Haji Shariff Cendol ni. Pertamanya sebab hari hujan masa tu. Sejuk. Tak terlintas pun di selera SR untuk pekena cendol waktu sejuk-sejuk begitu. Tapi, kedai kunci yang kami nak pergi tu yang berada bersebelahan dengan Haji Shariff Cendol. Itu yang membawa kami ke sini.
Parking yang tak payah bayar, tak jumpa pula masa tu. Akhirnya kami parking kereta di kawasan letak kereta berbayar yang terletak betul-betul depan Haji Shariff Cendol punya outlet. Okeylah kawasan parkirnya. Kena bayar RM3 pada Uncle Chinese yang jaga parking lot tu. Tak payah pening-pening meronda cari parking lagi. Dah lah hujan!
Turun sahaja dari kereta, memang terus ke kedai kunci kereta tu. Kami pertama kali juga sebenarnya datang ke kedai kunci ni. Sebelum ini dengar dari ejen Proton dan pembacaan di laman web sahaja. Kedai kunci ni memang sohor juga di Seremban, terutama bab tukar atau baiki kunci kereta yang ada alat kawalan jauh dan sistem penggera.
Nama kedainya adalah Pusat Perkhidmatan Mangga dan Kunci Tan Kee. Bila masuk dan bincang apa yang patut, pekerja kedai kata proses untuk baiki kunci kereta SR tu akan ambil masa dalam 20 minit. Dialah yang bagi cadangan agar kami pergi minum-minum dulu di Haji Shariff Cendol yang betul-betul sebelah kedai dia.
Okeylah.
Jomlah.
Dari melanguk sahaja dekat kedai dia yang tak banyak kerusi tu. Maka beransurlah kami mencari meja kosong di Haji Shariff Cendol. Walaupun hari hujan lebat, orang dalam kedai tu ramai juga! Bukan semua ada kes nak baiki kunci macam SR tau! Mereka memang datang untuk makan cendol lah kot?
Haji Shariff Cendol Since 1930s |
Pemandangan dari dalam Haji Shariff Cendol Outlet |
Pelanggan masih ramai walaupun hari hujan dan sejuk |
Outlet Haji Shariff Cendol ni jenis layan diri. Tak ada staf dia yang akan datang tanya nak makan apa, nak minum apa di meja. Di sini, nak cendol, pergi kaunter cendol. Nak rojak, pergi kaunter rojak. Variasi pun tak banyak, memang ringkas sahaja menunya. Tak adalah pening kita memikir nak yang mana satu. Dalam gambar atas ni, yang di belakang ayu tu adalah kaunter cendol. Kalau nak cendol, pergi sahaja ke situ, nanti dia akan bagi cendol, bawalah sendiri ke meja kita.
Cendol biasa |
Sama juga dengan kaunter rojak. Maklumkan saja pada staf di kaunter rojak, ambil dan bawalah sendiri ke meja kita.
Ada sejarah Haji Shariff Cendol yang dipasang di dinding outlet |
Keratan dari surat khabar pun ada. Kalau rajin bolehlah baca. |
Selain makan dan berbual tiga beranak, kami bergambar dan play tourist sahajalah dalam outlet ni. Haha! Oh ya, abang-abang memang tak ikut waktu ni. Sebab kan tak rancang, dan sangkanya pergi sekejap saja. Insyaallah nanti boleh repeat lagi ke sini, bawa adam dan amir sekali. Bukannya jauh pun dari rumah.
Selesai makan, terus kami beransur semula ke kedai kunci Tan Kee. Bayar? Oh ya lupa SR beritahu, di Haji Shariff Cendol tu, sebaik sahaja cendol atau rojak dihulurkan pada kita, kita kena terus buat bayaran di situ juga. Cendol bayar di kaunter cendol, rojak bayar di kaunter rojak.
Harga?
Bagi SR tidaklah begitu mahal, harganya biasa-biasa sahaja. Sama macam harga cendol dan rojak di tempat-tempat lain juga.
Kunci kereta SR pun dah siap usai kami selesai makan cendol tadi. Terus buat bayaran, dan balik rumah. Hari hujan pun masih belum berhenti masa ni. Jika datang ke Seremban, tak tahu nak singgah makan di mana, bolehlah singgah di sini ya! Eh, bukan, bukan paid review!
lamaa ni kan ,femess
BalasPadammemang sedap la cendol dan rojak
Menyendol! Tak ajak!
BalasPadamSesuatu yang jarang berlaku, menyendol ketika hujan. Ini semua car key punya pasal 🤣
BalasPadamLama sungguh ibu tak balik kg N9 kalau dulu asal balik kg mesti singga Seremban. Boleh lah nanti bila2 ke sana cari Cendol lagend ni.. ;)
BalasPadamRamai cerita jjcm hari ni
BalasPadamWhoaaa.. sedap tuhhh cendol 🤩👍
BalasPadamwahhh lama juga tu! kiranya dah nk dekat 100 thn usianya... betullah tu. kalau menepati selera ramai no wonder boleh bertahan selama ni..
BalasPadamlama dah ammi tak menyendok kat haji shariff..sbb selalu dlm pkl 3 dah sold out.. ammi sekarang ni suka cendol & merojak kat area klinik darul syifa' sikamat je..
BalasPadamKalau ke Seremban, bolehlah singgah ke sini...mcm best je...
BalasPadamselalu tapau je but pernah sekali kot lepak sini dulu..memang sedappp & famous ni
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.