Makan Malam Seafood Segar, Pantas dan Sedap di Bagan Lalang Sepang

#throwback

Assalamualaikum wbt

Petang-petang hujung minggu macam ni, buat SR teringat pula kisah kami menginap di Bell Suites Sunsuria City beberapa minggu yang lepas. Selain teringat yang anak-anak seronok dapat mandi kolam dengan penuh privacy, yang paling buat SR terkenang-kenang adalah waktu kami makan malam di Wak Lan Bayu Malam Seafood di Bagan Lalang

Sotong besar lengan!

SR dan Zaimi memang dah rancang untuk bawa anak-anak makan di Bagan Lalang malam kami menginap tu. Teringin nak makan seafood. Walaupun kami dah tahu yang jarak dari Sunsuria City ke Bagan Lalang mengambil masa hampir 40 minit, kami nekad nak pergi juga ke sana malam tu.

Selepas anak-anak selesai mandi kolam dan pusing-pusing dalam Bell Suites petang tu, terus kami naik ke unit dan bersiap apa yang patut. Mandikan anak-anak, tunggu maghrib masuk, solat dan terus gerak ke Bagan Lalang dalam pukul 7.30 malam. Dalam 8.15 malam, sampailah kami ke sana. Trafik pun okey sangat malam tu, tak sesak.

Sesampai saja di sana, memang nampak kereta yang parkir dah penuh. Kedai Seafood Wak Lan Bayu Malam ni memang terletak betul-betul depan laut. Jarak dengan Hotel Avani pun dekat, ramai yang menginap di Avani datang ke Kedai Wak Lan ini hanya dengan berjalan kaki.

Nasib kami baik, tidak susah untuk mendapat parking kereta. Meja pun sangat banyak walaupun pelanggannya cukup ramai. Untuk order, memang ada tertulis di kedai agar kita ingat dulu nombor meja,  baru pergi ke deretan makanan laut di depan. Senang nanti pelayan kedai nak hantar makanan.


Dah bersedia nak order, pergi sahaja ke depan. Pilihlah nak makanan laut yang mana. Udang laut, udang, sotong, ikan siakap dan macam-macam jenis ikan lagi, ada kerang... Eh macam-macamlah! Pilihlah nak banyak mana, lepas tu beritahu sahaja pada staf yang in charge dekat depan tu, lauk yang kita pilih tadi nak masak dengan cara apa.

Setiap makanan laut tu, harganya lain-lain mengikut jenis. Masakan jenis apa, lain pula mereka akan kira. Menu untuk dimasak apa, ada dipaparkan juga. Jadi bolehlah kita rancang siap-siap, apa nak masak sebagai apa.



Segar-segar semuanya. Geram dan menggeletis rasanya hati SR nak makan macam-macam. Jenuh pujuk hati sendiri agar tak tamak. Nanti tak termakan pula!

Adam sakan bertanya tentang jenis-jenis ikan besar yang dia nampak di kaunter pilih lauk

Dah selesai order, kami pun terus tunggu di meja kami tadi. Boleh nampak kan dalam gambar di atas yang Kedai Wak Lan ni banyak meja dan luas. Kami pilih meja awah bumbung, ada juga meja yang di kawasan open air. Kami tak nak risiko kena hujan sebenarnya. 



Tak lama menunggu, sampai makanan kami. Serius, tak lama. Laju betul siap makanan kami. Dalam 20 minit sahaja kot? Kami ordr nasi putih seorang sepinggan dan satu jug air tembikai.

Lauk yang menjadi pilihan kami pada malam tu adalah sup sayur, siakap saiz kecil dibuat stim limau, kerang bakar, sotong celup tepung, udang masam manis, dan udang laut pula adalah goreng butter.

Setiap meja juga diberikan kicap campur perahan limau tu sebagai penambah perisa dan penaik selera!

Fuh, memang sedap dan puas hati kami lima beranak makan malam tu. Anak-anak pun makan banyak, masing-masing menggilai sotong celup tepung dan udang butter. Siakap stim limau tu paling laju habis.

Adam dan amir pula lepas tu meratah kerang bakar. Masing-masing teruja sebab saiz kerang dia besar dari yang selalu dijumpai dekat Senawang haha!

Ayu pula sakan makan udang goreng butter, sampai berebut-rebut dengan SR!

Harga?

Sebab bergantung pada jumlah dan masakan, jadi SR tak tahu pula nak kata mahal atau murah. Kami punya jumlah harga malam tu adalah RM180+. Pada SR, harganya okey 😁

Di sini juga boleh bayar secara cashless, sangat memudahkan, kan?

Siapa suka makan seafood, angkat tangan!


+++

Baca juga:

Post a Comment

10 Comments

  1. Ibu suka seafood.. ;)
    Memang fresh semuanya ya bestnya.. ;)

    ReplyDelete
  2. Meriahnya lauk.. nmpk sedap dan review pun mcm puas hati & berbaloi.. nmpk gaya kena repeat la ni

    ReplyDelete
  3. Kalau di Melaka ni, nak makan seafood dekat Alai, Umbai, Serkam.. saya biasa makan di Alai je. Huh, lama tak pekena seafood

    ReplyDelete
  4. haisyhh...tgk malam2 ni jadi lapar semuaa.. kne masak maggi laa cenggini...

    ReplyDelete
  5. Best makan seafood fresh. Mesti manis isinya tu.

    ReplyDelete
  6. Ramainya menu
    Selamat menjamu selera.

    ReplyDelete
  7. saya! walaupun ada resdung. hehe.ok juga harga tu. sesekali kan. nama pun bercuti

    ReplyDelete
  8. Menarik...nampak semua sedap..Siput pepahat mana?
    🤭🤭

    ReplyDelete
  9. dapnye..seafood. pilih2 & masak....

    ReplyDelete
  10. Lamanya tak makana kat Bagan Lalang....dulu banyak kali pi tiap kali SA dapat bonus...la ni semua dah berkeluarga...jarang dan susah dapat pergi

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.