Assalamualaikum wbt
Meatball Ikea di Kuala Pilah |
Sekarang, dekat Taman Senimas di Kuala Pilah tu, ada kedai makan baru. Kedai corner lot, betul-betul sebelah kubur cina. Kedai makan tu beroperasi seawal jam 7 pagi. Hari tu, SR adalah pergi makan di situ dengan zaimi. Makan tengahari. Tapi, paginya SR dah termakan banyak. Jadi waktu lunch, tak rasa pula nak ambil nasi walaupun deretan lauk-pauk dia yang banyak tu memanggil-manggil.
Tengok-tengok lagi atas meja, ada spaghetti sepaket, meatball ala Ikea pun ada sepaket. Tuan kedai kata, itu yang orang datang letak di kedai dia, bukan dia yang masak. Okeylah, bolehlah cuba. Sekali-sekala makan ala kebaratan di tengahari di Beting!
Zaimi ambil spaghetti, SR ambil meatball. Memang comel dan mini sahaja paketnya. Ada dilekatkan sudu plastik kecil sekali pada paket dia tu. Jomlah makan.
Bismillah...
Dengan harga RM6.50, ada enam ketul meatball bersaiz buah duku, ada tiga batang kecil potongan lobak merak, sepohon kecil (mini?) broccoli, secebis salad dan mungkin sesudu besar kentang putar. Kemudian adalah diletakkan gravy berperisa mushroom. Eh ke blackpaper? Sebab macam sama aje rasanya. Agak susah SR nak bezakan rasanya.
Rasanya sedaplah. Meatball pun lembut, tak kenyal sangat. Elok sahaja cair dalam mulut bila kita kunyah. Kentang putar dia tawar sedikit, tapi mungkin dia plan buat makanan sihat kan. Haha!
Jadi kepada warga Kuala Pilah yang teringin nak makan meatball Ikea, tapi Ikea jauh sangat, bolehlah makan meatball ala Ikea di Taman Senimas 😆
Harga tu kalian rasa macam mana? Okey ke? Kalau harga meatball Ikea yang sebenar berapa ya? Siapa yang selalu makan meatball Ikea, bolehlah komen!
17 Comments
Last mkn kat ikea tahun 2019.. haha.. lama gila dh... janji sedap xpelah mahal sikit.. tp utk 6 bj meatball dgn harga rm6.50 tu ok dah tu
ReplyDeleteWah zaman sebelum Covid-19 tu kak mim :D
Deletemorning syaz!!! dap nampak tu...MA pun suka makan meatball sesekali.. and kalau ke ikea, mesti makan meatball ikea tu...
ReplyDeletebetul, sesekali makan, sedap juga, kalau hari-hari macam tak sanggup hihihi
DeleteDah lama tak makan meatball macam ni.meleleh air liur tengok.harga tu kira murah lah. Done follow
ReplyDeleteTerima kasih :D
DeleteMenarik...comel saiznya...
ReplyDeletekreatif peniaga sekarang memenuhi citarasa pelanggan
betul, di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Kan? :)
Deleteye la syaz lebih kurang mcm meatball ikea dah tu sepnya allahai
ReplyDeleteboleh tahan juga sedapnya mamapp ;)
DeleteRasanya okey harga gitu. Meatball Ikea pun dah naik harga, lupa berapa sebab tak selalu makan walaupun rumah tak jauh pun dengan Ikea tu.
ReplyDeleteWah bestnya rumah dekat dengan IKEA!
DeleteSesekali lunch kebaratan sikit kan. Jarang pulak ke area sana. Setakat jalan jalan pilah sampai Jemapoh je. Kot tersimpang kesana bolehlah cuba nanti. Kira harga standard lah tu kot. Tak pernah juga makan meatball ikea, setakat shopping dan beli karipap je la biasanya :)
ReplyDeleteok lah tu harganya. ala dah lama tak makan di IKEA, tak ingat dah harga meatballnya
ReplyDeleteMeatball Ikea pun dah kureng dah rasanya...x macam dulu...kadang dapat yang keras..x lembut...nasib jauh..kalau dekat dah beli dah..taman senimas pun x tau kat mana
ReplyDeleteayat ini "tapi mungkin dia plan buat makanan sihat kan"...
ReplyDeletebagus awak...husnuzon
lamaa x mkn meatbal ikea, ok jga kan 6 ketul harga nya pun. Janji sedapp
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.