Bangunan Jabatan Imigresen Malaysia Cawangan Jempol |
Salam hujung minggu buat semua 😀 Minggu lepas SR ke Jempol dua kali. Tujuannya untuk ke bangunan comel yang bersaiz rumah ni haaa.
Kecil aje bangunannya. Sepanjang SR berurusan di sana, SR nampak ada 3 pegawai yang semuanya lelaki sahaja. Haha. Sangat cute pejabat ni.
Kawasan parkir pun luas, orang pun jaranglah ramai. Kalau ramai pun, tak seramai di UTC Seremban. Dari segi masa pula, kalau pertama kali nak buat pasport, di Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia Cawangan Jempol ni, akan ambil masa 3 hari.
Contohnya macam SR hari tu, berurusan untuk buat pasport kali pertama pada hari Isnin. Dan perlu datang semula untuk serahan pada hari Khamis. Seawal 8 pagi dah boleh ambil dah.
Untuk buat pasport kali pertama, pemohon perlu bawa kad pengenalan, sekeping salinan Kad Pengenalan dan bertudung / berpakaian gelap. Jangan pakai kanta lekap. Kalau pakai cermin mata, masa ambil gambar kena tanggalkan.
Kalau pemohon berusia 4 tahun ke bawah, penjaga / ibubapa perlu bawa siap-siap gambar yang telah diambil di kedai gambar. Kalau selain tu, ambil gambar di sini sahaja.
Adakah kita perlu nyatakan sebab kita nak buat pasport? Adakah perlu beritahu kita nak ke mana?
TIDAK. Tiada siapa pun yang akan tanya.
Adakah kita perlu bawa pen untuk isi borang? Atau isi dulu borang dekat rumah ke?
TIDAK. Hanya bagi sahaja MyKad dan salinannya. Kemudian tunggu sampai nombor dipanggil.
Bayaran untuk permohonan kali pertama buat pasport adalah RM200. Kalau di Imigresen Jempol ni, bayaran adalah secara cashless.
SR haritu gigih keluarkan RM200, sekali kena pakai kad debit hahaha. Makanya RM200 tu buat pergi makan aje lah.
Hari Khamis, SR pergi semula ke sini untuk collect pasport SR. Urusan nak collect semula pasport perlu dilakukan oleh tuan punya badan ya, sebab dia nak imbas cap jari. Kesimpulannya tak boleh wakil dekat orang lain untuk ambilkan pasport yang telah siap.
Punyalah nak kata pantas, SR masuk ke dalam Imigresen Jempol ni pukul 9.15 am, 9.25 dah dapat pasport dan dah bergerak naik kereta untuk ke Kuala Pilah semula 😂
Dan di sini juga ada jual cover pasport. SR beli terus, harganya cuma RM5.
Pasport Malaysia dengan cover |
Itulah sahaja pengalaman ringkas SR ke Jempol hari tu.😘
Rasa-rasa SR nak pergi mana? 😆
wahh..best macam ni, tak ramai orang...office pun comel...tunggu 3 hari pun takpe, tak stress....nak ke mana tu? rasanya gi umrah...hehe..
BalasPadamBetul! Mudah je kan? Tahniah jabatan imigeresen!
BalasPadamMudah urusannya
BalasPadamNak buat umrah ke
Yeay dh siap..SA ni x renew passport lagi ni...dapat bonus nanti hujung bulan 3 SA nak pi buat passport la ..
BalasPadamAwak dah renew ke ? Mkn masa brpe hari nk siap ye?
Padammudah nyaaa!! thanks sharing
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.