Assalamualaikum wbt
Tak lama lagi nak Raya Haji. Semoga amalan korban diterima, bagi yang buat korban tahun ni. Moga makbul segala doa yang dipanjatkan juga. SR pun ada doa sesuatu, moga Allah perkenankan.
Seperti biasa, raya haji mesti akan balik ke kampung zaimi di Kota Bharu. Seawal pagi kami dah gerak, tapi jalan jem sangat-sangat, terutama bila dah masuk ke Kelantan. Penat zaimi memandu. SR yang co-pilot pun tersengguk-sengguk.
Hari ni kami siap singgah di Lata Rek untuk healing. Eh, untuk merehatkan mata dan minda sekejap. Cantik juga Lata Rek ni, pertama kali SR sampai. Ada stesyen janakuasa TNB juga di situ. Tapi tak ada kedai makan, atau sebarang kedai berdekatan.
Ada bangunan tinggi, tertulis Gerai Makanan, tapi tak berfungsi. Sayang pula. Kalau berfungsi, mesti best. Boleh makan sambil menikmati pemandangan yang cantik tu.
Lata Rek, Kelantan |
Hari panas, matahari silau sangat masa kami di sana. Lagi tambah gemerlapan dekat deruan air jeram tu. Kami tengok aje, sebab tak rancang pun nak bermandi-manda. Anak-anak geram aje. Hahaha!
Silau! Macam-macam pesen muka masing-masing. |
Lepak dalam 15 minit, kami ambil gambar serba sedikit, terus sambung gerak. Jem sangat-sangat jalan. Pukul 10.30 malam tadi baru sampai di rumah mertua SR.
Cuba tengok gambar di atas ni. Cuba teka, siapa yang 'tengok' Lata Rek guna bontot? Hahaha! Orang kata tengok, dia siap duduk. Haa masuklah kereta dengan montot basah 😂
0 Comments
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.