Sunscreen Anessa SPF 50+ Doraemon dan Dorami

Assalamualaikum wbt


Masa di Jepun hari tu, SR nampak banyak sangat kedai-kedai godai (drugstore) dia jual Sun Screen brand Anessa ni. Yang paling menarik adalah ada pula siri Sunscreen yang botolnya bergambar doraemon dan dorami. Mula-mula SR tengok, tak rasa nak beli. Tapi bila dah tengok banyak kali, rasa nak beli. Terus sambar dua peket. 1 doraemon, 1 dorami!
SR beli sebab SR teringat dekat ayu. SR tau, dia mesti suka benda-benda macam ni. SR tak ingat berapa yen SR beli. Sebab SR ni jenis beli aje dulu, lepas-lepas tu baru SR convert. SR tak suka sangat convert duit Malaysia sebelum beli. Nanti terbantut niat. Hahaha!

Tapi kalau tak silap SR, dua botol ni dalam 2K yen lebih. Kot? 

Jadi bila dah sampai Malaysia, SR pun ajak ayu untuk buka bungkusan dia. Seronoknya budak kecik tu. Dia ambil yang Dorami, SR ambil yang Doraemon.


Comel kan? Hehehe...
Ayu selalu sangat sapu dekat muka dia. Muka jadi lembut aje lepas sapu. Bau dia pun lain-lain. Yang Doraemon macam bau buah tembikai susu sikit, yang Dorami bau macam susu. SR suruh ayu guna jimat-jimat. SR SR tengok dekat shopee, harga dia mak oiiii. Nangis. Haha!

SR kata dekat ayu, kalau habis, mak tak belikan dah rasanya. Sebab kat shopee mahal, nak pergi Jepun lagi entah bila pulak 😅

Ayu gelak aje dekat SR.



Kalau dah habis,botol dia nanti SR simpanlah buat kenangan. Cute juga botol dia tu di mata SR 😀

Post a Comment

5 Comments

  1. Ya Allah comelnya pembungkusan dan botolnya 😍
    Sesuai sangat dijadikan ole-ole Jepun. Harga jelah mungkin kurang sesuai ya Syaz 🤭

    ReplyDelete
  2. comel je botolnya sesuai untuk ayu dan SR, mujur SR ambil dua kan.

    ReplyDelete
  3. comei sgt..memang bebudak suka la ni

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.