Abah Dikejarkan Ke Hospital

Assalamualaikum wbt

Gambar abah sendiri snap

SR sebenarnya dari malam tadi tak berapa nak sihat. Kebetulan hari ni SR memang pergi ambil MC. Tengah duduk-duduk berehat layan pening, tiba-tiba dapat whatsapp dari emak SR, yang abah dekat Klinik Kesihatan. Tak sihat dah beberapa hari.
Tak lama lepas tu, kata kena drip air.
Dari sebotol, jadi dua botol.

Dan lepas tu kata akan di bawa ke hospital UIA Kuantan untuk ke kecemasan.
Abah kalau diikutkan, dia okey. Dia masih asyik send gambar lagi pada kami dalam group whatsapp famili.

Tapi itulah, risau.
Adik SR, Nana, kata abah macam dah dapat kebenaran untuk admit ward. Tapi tadi masih dekat red zone. Doktor pun tak maklumkan apa-apa yang selanjutnya lagi.

Abah memang okey aje. Dia reply whatsapp semua masih macam biasa. Cuma itulah, risau. Mungkin akan balik juga ke sana. Cuma adik SR kata tunggu dulu macam mana. Manalah tahu readings semua okey, boleh dipantau dari rumah aje.

Doakan abah SR ya semua.
Moga doa yang baik-baik tu turut berbalik pada kalian semua.

Post a Comment

9 Comments

  1. syafakallah
    semoga dipermudahkan dan cepat2 sembuh ya
    Syaz kena rehat jga tu

    ReplyDelete
  2. Semoga tak ada yg serius pada abah SR... SR pun jaga diri... semoga cepat sihat ya

    ReplyDelete
  3. Semoga keadaan kesihatan abah syaz bertambah baik. Aamiin.

    ReplyDelete
  4. Moga dipermudahkan segala urusan abah SR. SR pun kena rehat. Moga cepat sihat yea :)

    ReplyDelete
  5. Semoga abah sr dan sr juga cepat sembuhnya
    Aamiin ya Allah

    ReplyDelete
  6. Semoga pakcik kembali sihat seperti biasa

    ReplyDelete
  7. memg risau kalau org tua x sihat...semoga diberi kesembuhan kepada ayah SR ya..aamiin

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.