Kek Nokia 3310

Assalamualaikum wbt


Baru-baru ni SR ada pergi ke Mr Dollar yang terletak di sebelah KIP Mall Senawang. Seronok tengok susunan kedai Mr Dollar ni tau. Kemas, barang banyak, berpatutan dan yang penting tak banyak kotak-kotak yang diletak di tengah-tengah lorong kedai sampai susah kita nak jalan dan pilih barang.
Masuk situ sebenarnya tak ada tujuan nak beli apa pun, saja-saja rasa nak cari jajan aje sebenarnya. Tengah belek-belek barang, ternampaklah Kek Handphone Cokelat ni tergantung. 1 bungkus RM5 kalau tak silap SR.

Terus ambil sebab nak try. Logo halal pun ada, maka tak fikir dua kali dah. Haha.

Sampai aje rumah, terus ajak anak-anak makan. Bila dah keluarkan dari peket dia, lagi nampak comel! Alalala! Rindu pula zaman pakai Nokia 3310 dulu. Terngiang-ngiang bunyi ring tone tet ne ne net te ne ne net te ne ne ne net!

Cute gila

Lepas dah buka peket dia, apa lagi, teruslah ngap. Tekstur dia tak adalah lembut sangat, dan tak adalah keras sangat. Rasa dia pun tak begitu coklat. 

SR boleh rate Kek Nokia 3310 ni 6/10 kot. Markah banyak lebih dekat rupa paras dia yang super cute tu lah. Disebabkan dia cute, bolehlah kan nak buat makanan sampingan jika ada majlis apa-apa. Comel dan menarik perhatian.



Anak-anak SR pun makan habis, tapi tak mintak extra. Kalau sedap, selalunya diorang nak extra. Haha. Tapi, kalau tak sedap, selalunya diorang akan cakap "Tak nak dah." Tapi diorang makan habis. Jadi, memang kek handphone ni biasa-biasa aje pada anak-anak SR.

Siapa pernah makan juga kek Nokia 3310 ni? Sedap tak pada korang?

Post a Comment

8 Comments

  1. Ini baling pun tak pecah... hehehe

    ReplyDelete
  2. Sayangnyer telepon tu kena makan

    ReplyDelete
  3. Nokia 3310 ni lejen betul kan ..

    ReplyDelete
  4. ingat kek besar tu heheheh... mmg comel kek nya tu

    ReplyDelete
  5. Alahai comey tomey nyer kek nokia 3310 tu.. Ingt kan keras mcm asal nya hahahaa..

    ReplyDelete
  6. COMEYNYA KEK NOKIA MAKAN SATU DH KENYANG

    ReplyDelete
  7. comeinya.. x pernah jumpa plak. MA pun pakai hp 3310 jer dulu

    ReplyDelete
  8. Eh eh comellah pula. First time tengok. Kira so so je lah rasa dia kan.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.