Karikatur Muka Amir Oleh Kacey Art Caricature

Assalamualaikum wbt


Semalam SR dan zaimi ada pergi cari barang sikit di Lotus Kota Bharu, Kelantan. Biasalah, bila dah sampai kampung, baru perasan ada barang keperluan yang tertinggal. Jadi nak pergi belilah. Kami bawa amir seorang aje semalam. Ayu memang sibuk main dengan sepupu-sepupu perempuan. Adam tak nak ikut. Amir ajelah yang ada semalam.

Di tingkat atas, ada booth Kacey Art Caricature, di mana boleh tempah lukis karikatur muka dengan hanya RM10 sahaja. Siap kurang dari 10 minit, hanya ambil masa 5 hingga 8 minit sahaja. Jadi kami pun belanjalah amir sekeping gambar karikatur muka dia.


Amir bersama Kacey


Amir dan potret 

Sama tak? Haha!
Seronoklah amir, memang paling seronok sebab dia dapat buat adam dan ayu dengki. On the other hand, Kacey memang berbakat besar. Pandai dia lukis. Jadi, adalah iras amir kan dalam karikatur tu?

SR baru perasan yang SR tersnap nombor telefon Kacey Art tu sekerat aje dalam gambar di atas. Jadi tak dapat nak share. Sebenarnya, kalau nak tempah potret dengan dia, send gambar guna Whatsapp pun boleh. Dah siap nanti hanya datang ambil aje.

Sesiapa ada dekat Kota Bharu, nak support Kacey Art, bolehlah terus ke booth dia, betul-betul berhadapan dengan escalator yang nak turun ke bawah.

Atau sesiapa ada nombor Whatsapp Kacey art, bolehlah share di bahagian komen ya! 😊

Post a Comment

5 Comments

  1. Bak kata pujangga.... "SEBIJIK!"

    ReplyDelete
  2. Sebijik!
    Print buat t-shirt ke bole kot hehe

    ReplyDelete
  3. sama sebijik! ala cam jauh lak nak order. kot ada media sosial boleh order soft copy punya kan.

    ReplyDelete
  4. wah.memang cun sgt.. jadi sungguh. frame kan letak dlm bilik wat kenangan

    ReplyDelete
  5. MasyaAllah.. cantik sgat lukisannya

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.