Assalamualaikum wbt
Semalam SR ada urusan dengan zaimi dan ayu di Klinik Kesihatan Sungai Chua, Kajang. Sementara menunggu, SR ada ternampak lady bug ni tertampal di papan kenyataan klinik.
Comel kan?
Tapi SR lebih tertarik dengan 10 pesanan dia yang bermula dengan huruf B tu.
Betullah tu, dalam mengejar kehidupan yang entah bila nak habis perlumbaannya ni, ada masa masa kita kena pause sekejap. Dan bolehlah ponder & consider 10 B ni.
- Bersyukur
- Bernafas dengan teratur
- Beritahu diri untuk relaks
- Beribadat (PALING PENTING!)
- Berkongsi masalah dengan orang lain
- Berehat dan mendengar muzik
- Berurut
- Beriadah
- Bersenam
- Berfikiran positif
Jadi, tenang-tenanglah dalam perlumbaan dunia ini. Timeline semua orang tak sama. Pesan SR pada diri sendiri juga.
Jadi, hari ni, B yang mana yang kalian dah buat?
SR pula, bersyukur tu semestinya selalu terlupa 😖
Nasib baik masih boleh bernafas walaupun tak teratur. Tercungap-cungap berjalan ke kelas. Hari ni parkir kereta jauh gilaaa. Nasib baik masa sampai di kelas, pensyarah belum masuk. Itu yang sempat menaip di blog ni. Ahaha!
Okeylah, bye gais. Have a nice day.🌹
3 Comments
good sharing
ReplyDeleteWak buat 9B ajelah sebab berurut tak pernah
ReplyDeleteuncle macam 3B je ni...? Acaner?
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)