Rempeyek Mesra Petronas

Assalamualaikum wbt


Sejak dua menjak ni kan, SR suka pula makan rempeyek. Dulu kan, rempeyek ni memang bukan antara kuih yang SR akan jamah pun. Kalau ada rumah yang jamu kuih raya, balang rempeyek lah yang SR tak akan pulas tutupnya untuk ambil isinya.

Tapi sejak dah berusia 30an, SR tiba-tiba suka pula makan rempeyek. Sedap sangat dalam rongga mulut SR ni.

Lidah dah tua, taste bud dah matang, selera pun dah berubah.

SR selalu beli rempeyek yang dijual dalam Petronas. Memang Rempeyek cap Mesra. Harganya belas-belas juga, tapi tak sekayangan harga rempeyek cap lain-lain.

SR pernah cuba beli yang jual dalam tutup merah tu, cap dirahsiakan. Mahal tau, RM30! Katanya harga begitu sebab ada ikan bilis.

Tapi tak sedap. Haha!

Bila tak sedap, lambatlah habis. Tapi kalau yang cap Mesra ni, laju aje habis. Walaupun tak ada ikan bilis, ada kacang aje.

Eh dah selalu makan rempeyek ni, ada ketikanya terasa nak belajar buat rempeyek. Tapi berangan ajelah. Nak realisasikan, maleh aku. Hahaha!

Korang suka makan rempeyek?
Pernah buat rempeyek?

Meh share-share resepi atau share rempeyek cap apa yang sedap. Atau sesiapa ada jual rempeyek, boleh juga kongsi dekat bahagian komen!

Ayuh!

Tags

Catat Ulasan

9 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Kita tak suka tempeyek yg ada ikan bilis, yg ada ikan bilis ni kadang masin.

    BalasPadam
  2. Banyak rempeyek di pasaran.
    Nak jumpa yang sedap dan berkenan di tekak tu yang payah.

    BalasPadam
  3. kalau dah sedap dan kena tekak memang nak repeat la

    BalasPadam
  4. yg nipis ranggup mesti sedapp, ada kacang ikan bilis. tp ciknur lg suka rpeyek kacang dal
    he hee

    BalasPadam
  5. dulu ibu MA pandai wat rempeyek but nowadays, nak beli makan je.. so far kat opis ni ada la sorang akak ni jual..memang sedap. tapi time raya je la pun dia open order

    BalasPadam
  6. sedap ye Syaz, boleh laa cari nanti kut ada di petronas area kak ana nih :)

    BalasPadam
  7. rempenyek mak mentua MY sedap. Tapi menantu dia belum sempat lagi nak belajar, selalu angkut yang dah siap aje

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mertua sy pun pandai buat rempeyek..sedap bile da siap..

      Padam
  8. Okey! Uncle akan cari rempeyek mesra petronas!
    (ikhlas dari hantu rempeyek)

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad