Haircarebear Sweet Dreams Gummies

Assalamualaikum wbt


Mari kita review ubat tidur comel ini. Hahaha!

Ala bukan review kot, cuma nak cerita yang sekarang SR makan jugalah Gummy ni. Agak membantu juga SR yang sekarang ni, tidur pun berkisarkan akademik.

Letih weh.

Tidur sebab nak rehatkan badan. Eh dia tibai sambung buat calculation analisis tanah dalam mimpi pulak dah. Dalam mimpi pun sibuk tekan-tekan kalkulator dengan cari jurnal. 

Ah sudah.

Hari tu sebab dah lama tak study, SR makan supplement untuk jadi cergas dan cerdas. Sebab tu ke? Sampai ke dalam mimpi otak bekerja? Hahaha!

Belum start projek lagi ni, baru tahap habiskan kelas untuk kredit wajib dan memperkemaskan proposal.

Anyway, Sweet Dream Gummies ni rupa dia memang macam Gummy Bear. Tak adalah sesedap gummy bear budak-budak selalu makan tu.

Comel tak? Macam rupa gula-gula kan

Mungkin kesan psikologi, atau mungkin dia sangat berkesan, kalau hari yang SR ambil sebiji atau dua biji, bila tidur malam tu, tak adalah mimpi berunsur akademik tu. Kadang tak mimpi terus, Sedar-sedar lagi 30 minit sebelum jam locing SR bunyi.

Beli dekat mana?

Oh SR beli di Guardian Kip Mall Bangi, kalau tak silap SR lah. Tak ingat pula kalau beli dekat tempat lain. Haha! Made in Australia dan ada sijil halal Australia.

Malam ni, SR nak sambung siapkan kerja sikit. Jadi SR kena makanlah gummy ni siap-siap supaya masa SR tidur kejap lagi, tak 'sambung' kerja pulak kan. 😂

Itu sahajalah cerita SR, bye!


Doakan SR berjaya!

Post a Comment

6 Comments

  1. Oh? Ada ubat macam ni eh?

    Kalaua da ubat tak nak bagi tido bagitau uncle eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taknak bagi tidur? Caffein saja uncle! Hahaha

      Delete
  2. Baca tajuk haircarebear tu memula ingatkan untuk penjagaan rambut. Rupanya ubat tidur mimpi indah gitu.

    ReplyDelete
  3. Hahaha.. benci betul bila tidur otak masih bekerja. Tak tahu pulak ada gummy bear jadi ubat tidur ni.

    ReplyDelete
  4. comel sungguh bentuknya.. bear.. kalau anak-anak dia dah xjadi ubat dah ni, dia makan jerk..

    ReplyDelete
  5. cute nya.... ada yer ubat mcm ni. bagus jugak supaya dpt rehat yg cukup.. all the best SR... caiyok caiyok!!!

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.