Pelekat Unicorn Pada Komputer Riba

Assalamualaikum wbt


Masa birthday SR hari tu, anak bongsu SR ni ada belikan SR hadia, walaupun guna duit ayah dia. Haha! Seronok SR, sebab tanda ingatan dari si anak yang kebetulan ikut zaimi pergi belikan kek hari jadi SR masa tu. 

Ayu belikan SR pelekat unicorn. Cantik dan saiznya agak besar. Lepas dia bagi tu, SR selitlah di celah-celah barang SR yang ada atas meja study SR.


Tapi si kecik ni, hari-hari tanya. 

"Mak dah tampal ke sticker ayu bagi?"

"Mak tampal sticker ayu bagi tu dekat mana?"

"Mak ingat tak ayu ada bagi sticker unicorn dekat mak?"

"Mak kenapa belum tampal lagi sticker unicorn yang ayu bagi?"

Ah sudah... Makin lama makin berdebar pulak SR dengar soalan-soalan dia. Haha!



Maka, SR pun terus buka plastik balut, dan tampal sticker unicorn yang ayu bagi tu di komputer riba SR. Terus senyum gembira dan tak tanya dah, tapi sebelum tu sempatlah dia puji diri sendiri cakap dia pandai pilih sticker tu. Sebab SR suka dan tampal di laptop SR.

Haha!


Agaknya kalau orang tak kenal SR, bila tengok laptop SR ada gambar unicorn, mesti cakap SR macam budak-budak. 

Eh, masalahnya ada ke orang yang sibuk nak cakap pasal SR, kan? Perasan sungguh.

Dan sekiranya ada pun, biarlah. SR tak terjejas pun. Yang penting, setiap kali SR pandang laptop SR, mesti teringat pada ayu dan abang-abang dia.

Amacam, comel ke tidak sticker tu? 😂

Post a Comment

5 Comments

  1. Comel. At least kita ajar anak-anak menghargai pemberian orang Kan. Nanti mesti dorang pun hargai apa yang kita bagi walaupun mungkin harganya tak seberapa.

    ReplyDelete
  2. comelnya sticker unicorn tu.. yes, betul.. x kisah org nak cakap apa kan.. and yes, bila tgk of coz automatik ingat pd pemberi nya yg cute tu...

    ReplyDelete
  3. Sweetnya Ayu. Selagi kita tak guna selagi tu dok tanya ye. Ada sentimental valuenya hadiah Ayu ni.

    ReplyDelete
  4. Lucu sekali sticker unicorn-nya.
    Bagus itu sebagai tanda bahwa itu laptop Mbak. Juga pasti ingat kepada ayu dan abang-abangnya.

    Salam,

    ReplyDelete
  5. Akhirnyaa, omak pun lekat sticker kat situ...Puas hatilah anaknya..hehee..Comel..Nampak macam.. owner laptop ni dah ada anak ni..hehehe... Pandai Ayu pilih, Menceriakan!

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.