Pengalaman Makan-Makan di Pak Hailam Kopitiam, Lotus Kajang

Assalamualaikum wbt


Lempar ke belakang sikit semasa birthday Zaimi hujung 2023 yang lepas. Walaupun semalamnya dah makan sama-sama di Banana Bro IOI City Mall, esoknya pergi makan di luar lagi sebab SR malas tak larat nak masak, banyak kerja. Huhu...


Jadi, kami pergi makan di Pak Hailam Kopitiam dalam Lotus Kajang. Makan ringkas-ringkas aje, ikut tekak sendiri. Apa nak makan, apa nak minum, silakan order. SR dan zaimi bagi kebebasan anak-anak buat pilihan sendiri.

Pekerja Pak Hailam Kopitiam ini pun satu hal. Kenapa? Teruk ke pekerja Pak Hailam Kopitiam ni?

Tak lah, dia bagi orange percuma. Hehe... Terima kasih, semoga murah rezeki. Anak-anak memang suka sangatlah, dapat oren percuma. Sebab percuma kan.

Cuba yang emak dia beli dan potongkan dekat rumah, kadang-kadang cuma dipandang sepi. Huh...









Haa makanlah puas-puas.

Makanan pun sedap, habis anak-anak SR makan makanan diorang. Bukan senang nak tengok pinggan diorang licin kalau makan dekat kedai. Selalunya zaimilah tukang perabis. Kikiki.... Tapi bila makan di Pak Hailam Kopitiam ni, habis!








Tak ingat dah nama-nama menu, SR tunjuk gambar ajelah ya. Tapi yang SR ingat, zaimi order mihun goreng, SR order nasi dengan masak lemak cili api, anak-anak ada yang order spaghetti dan nasi ayam buttermilk.

Nama penuh setiap menu tu, maaf SR lupo. Jadi kalau-kalau post SR ni bagi idea untuk korang pergi makan di Pak Hailam Kopitiam, bolehlah cuba makan nasi putih dengan ayam lemak cili api dia ni. Sedap weh!

Yang seronok, masa bayar, kami dapat pula voucher untuk claim roti percuma dekat Kedai Kek King's, juga terletak dalam Lotus Kajang ni.

Redeem jangan tak redeem!

Yang nak tergelak tu, bila dah redeem roti, SR belilah kek birthday zaimi sekali. Masa dapat resit di King's, staf situ kata, boleh claim kopi secawan percuma dekat Pak Hailam Kopitiam tu. 

Ah... bila nak balik ni, sini bagi free sana, sana bagi free sini. Terer tak marketing! Hahaha!

Tapi SR tak claimlah kopi tu, sebab kami nak balik potong kek birthday zaimi 😍


Siapa pernah makan di Pak Hailam Kopitiam? Korang suka menu apa? Cuba share sikit, kot-kot boleh bagi idea pada mereka yang tersinggah di post SR ni kan.

Take care semua!

Post a Comment

7 Comments

  1. jalan2 yang paling asik itu ya... makan-makan... hehe...

    ijin saya follow ya blog kerennya... ^_^

    ReplyDelete
  2. Mesti sedap masakan di Pak Hailam ni kan.. berselera anak omak habiskan makanan.

    ReplyDelete
  3. 1 family semua berkaca mata br prasan...mkn2 dpt voucher plak meriah

    ReplyDelete
  4. Belum pernah masuk sini. Dulu sempat makan kat Ayam Penyet Express kat IOI jugak.

    ReplyDelete
  5. Saya pilih mihun goreng saja deh Mbak kalau makan disana. Soalnya saya suka sekali dengan mihun goreng.

    Salam,

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap menunya. Memang pun buah oren tu kalau tak dipotong tergolek gitu jela takde orang nak makan. Hihi

    ReplyDelete
  7. Buttermilk chicken tu nampak sedap...

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.