Pengalaman Pertama Makan Steamboat Bersama Anak-Anak di Johnny's Restaurant, IOI City Mall Putrajaya

Assalamualaikum wbt

#throwback


Kisah throwback ke birthday SR awal 2024 lepas. Memang jadi tradisi keluarga kecil SR, kalau ada tibanya birthday sesiapa, kami akan sedaya upaya untuk lapangkan masa dan makan di luar. Jadi, untuk birthday SR yang tahun ini, kami makan steamboat di Restoran Johnny's di tingkat LG, IOI City Mall, Putrajaya.

Sebelum ni memang tak pernah lagi SR dan zaimi bawa anak-anak makan steamboat. Sebabnya SR takut dan risau. Ada sup panas, ada dapur panas...

Anak-anak SR ni ada masanya nakal juga di meja makan, tangan tu laju aje nak bergerak ke sana ke mari kan. Takut tercedera tanpa sengaja.

Jadi, bila tiga-tiga dah semakin membesar (Alhamdulillah) dan dah boleh kawal diri, why not, kan?

Johnny's Restaurant ni terletak berhadapan dengan Malaya Garden, dipisahkan oleh kolam air pancut, kot? Tapi ada kolamlah depan tu. Tak susah nak cari sebab dia dah agak ke hujung. Park di parking yang betul, insyaallah tak jauh nak menapak. 

Kitorang?

Terrrpark dekat pintu tengah, jauh jugalah berjalan dengan badan yang berat ni. Kah kah!



Masa kami sampai di situ, ramai juga orang dekat dalam. Tapi, ada meja yang kosong. Tak fikir panjang, terus sapa staf bertugas dan beritahu yang kami berlima. 

"Nak sup ayam sahaja atau tom yam?" Tanya staf tu sejurus lepas tunjukkan kami meja untuk kami duduk.


SR terus jawab dengan jujur, biarlah. "Sebenarnya kitorang first time makan di Johnny's. Tak tahu lagi nak order apa dan macam mana."

"Ooo okey, okey puan. Tak ada masalah. Sup ayam percuma untuk steamboat, kalau tomyam, kena tambah duit sikit."

Biar malu sikit, asalkan tak sesat nak order makanan. Gitteww...


Memang lucu jugalah sebab kami tak berapa tahu nak on, dan nak tekan apa pada dapur elektri atas meja. SR pula memang mak mak yang sibuk memesan supaya anak-anak hati-hati, sebab panas!

Tapi nasib baik staf Johnny's di IOI City Mall ni semua baik-baik. Mereka ajar elok-elok apa nak tekan, apa nak buat, pada newbies macam kami ni.

Order guna QR, jadi ada masa untuk kami go thru menu. End up, kami order steamboat, dan makanan-makanan lain juga.


Kami order Steamboat Meal Set B, yang untuk 4 pax. Itu pun dah cukup banyak untuk kami lima beranak. Jadi posing-posinglah sementara tunggu semua yang ada dalam Set B tu sampai. Ada 21 benda kesemuanya!

Yang sampai dulu adalah sup ayamnya. 






Meriah meja bila 21 perkara tu dah sampai. Memang banyak weh!

Timbul rasa menyesal sebab masing-masing, selain order steamboat, ada pula menu masing-masing. SR ambil bubur, anak-anak ambil set nasi ayam. 

Jenuh jugalah nak habiskan sebab dah kekenyangan 😂





Makan, makan dan makanlah kami walau perut dah kekenyangan.

Serius rasa macam terpaksa makan 😂 Pengajaran yang SR dapat, jangan terlalu percaya dengan rasa lapar ketika sampai dekat kedai makan. Order masa lapar, rasa macam adik yang ambil order tu pun SR mampu makan!

Rupanya, walau nampak buncit, perut SR tak adalah besar sangat kapasitinya weh!

Ayu sampai tertidur sebab penat makan

Itulah sahaja pengalaman pertama kami sekeluarga pergi dine-in di Johnny's Restaurant. Tak buat keputusan lagi samada nak repeat atau pun tidak. Sebab masih kenyang lagi ahaha!

Sekian kisah throwback makan-makan sempena hari jadi SR. 
Take care everyone!

PS: Selalu korang order apa kalau makan di Johnny's?

Post a Comment

7 Comments

  1. seronok makan steamboat bersama keluarga ni kan SR, main celup-celup dalam kuah sup tu,, hehe :) pas ni pandai dah laa kan

    ReplyDelete
  2. Uncle sampai laa tak pernah masuk... walhal dekat dengan rumah pun ada...

    ReplyDelete
  3. maca mmenarik jer makan di Johnny's Restaurant...ada kesempatan mahu juga saya cuba

    ReplyDelete
  4. Kesian ayu kekenyangan sampai tertidur

    ReplyDelete
  5. Penat betul Ayu tu.. sampai tertidur..
    Naniey teringin nak makan sini tapi intan payung ni memang tak boleh bawa lagi. Fasa melasak. Risau pulak dengan sup panas periuk panas.

    ReplyDelete
  6. hala balik lagi rasa jauh nak sampai parking kereta tu SR perut dah penuh hihihi

    ReplyDelete
  7. Kalau makan stimbot cepat kenyang sebab kuah.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.