Terjumpa Ijai Cool

Assalamualaikum wbt

#throwback

Ayu bergambar dengan maskot Don Donki

Cerita hujung tahun lepas. Kami berlima bosan duduk di rumah. Kebetulan SR dan zaimi boleh rileks2 sekejap sebab assignment dan tugasan dah selesai dan belum ada due tugasan baru. Jadi, kami bawalah anak-anak jalan-jalan ke IOI City Mall.

Tak habis-habis SR cerita tentang pergi bawa anak-anak berjalan di IOI City Mall Putrajaya kan? Memang! Sejak kami berpindah ke Kajang, memang selalu ke situ. Sebab SR suka. Mwahahaha!


Tapi, sebenarnya walau dah sampai dan masuk dalam IOI ni, tak tahu juga nak tuju ke mana kalau memang tak ada rancang nak beli apa-apa. Merayau tanpa hala tuju ni, di usia penghujung 30an dengan berat badan yang terlebih kilo, memang menyakitkan betis. 

Jadi rileks duduk sekejap atas bangku. Kasi anak-anak naik tren ni.

Walaupun sebenarnya diorang tak adalah nak naik sangat. Sebabnya, diorang dah selalu amat naik tren ni 😂

Jadi, masa merayau-rayau tu, SR dan zaimi ternampaklah seseorang yang kami kenal. SR pun pergilah tegur.

"Hai, saya datang dari Twitter."

Tersipu-sipu beliau. Hahaha! Orang yang SR tegur tu adalah Ijai Cool, atau namanya Faizal Rosly kalau tak silap SR lah. SR dan zaimi dah follow tweet-tweet dia di Twitter dari awal-awal kewujudan Twitter.

Siapa selalu buka Twitter dan follow dia, mungkinlah kenal.  Tweet dia selalu berunsur humor. SR suruh zaimi bergambar dengan dia, dia okey aje, ramah orangnya. Haha.


Ijai ni memang sukalah buat muka macam tu bila bergambar. Dengan wife dia pun, macam tu lah muka dia. Sedangkan masa berborak, elok aje senyum 😂


Terpinga-pinga anak-anak. Siapalah lelaki yang tiba-tiba emak dan ayah ajak bergambar ni. Haha! Ala, nak buat kenangan.

Lepas dah merayau tak tau nak buat apa lagi dekat IOI tu, kami pun konon nak pergi makan. Tapi punyalah ramai manusia dekat hampir semua outlet F&B yang ada. Jadi terus gerak ke Kip Mall Bangi pula. 

Sebab anak-anak nak makan Chicken Rice Shop. Tak jemu-jemu diorang nak makan TCRS ni. Entahlah kenapa.


Adam kepenatan. Rupanya masa tu dia nak demam. Esoknya dia demam. Patutlah dia letih semacam masa dekat TCRS.


Yang amir pula, mengamuk sebab tak dapat duduk di kerusi sofa. Entahlah, ini pun satu hal. Selalu sangat bergaduh berebut kerusi kalau di kedai makan. 


Itu sahajalah throwback untuk hari ni. 

+++

Untuk tahun 2024 ni, SR berazam nak update 3 entry sehari, minimum! Haa tengoklah tercapai ke tidak azam tu 😂

Kalian rajin tak, nak komen setiap entry? 😜

Post a Comment

8 Comments

  1. seronoknya bila dpt spent masa ngan family mcm ni...

    ReplyDelete
  2. saya pun minat Ijai Cool ni. suka giler baca blog dia jugak sebab selalu tulis pasal Liverpool FC dan bola sepak

    ReplyDelete
  3. kalau di sini kami panggil beli jiwa anak-anak.. kasi diorang happy... :D

    ReplyDelete
  4. wak penah buat 4 entri satu hari., hahaha, tp projek 50mm sebulan je lahh
    anyway, goodluck ye cik SR

    ReplyDelete
  5. 3 n3 sehari, hebatnya
    wak 3 n3 sebulan pun terkial2

    ReplyDelete
  6. sy kalau ke sana mmg suka jugak ke IOI tu... mcm semua ada tp x semua kedai pun pergi

    ReplyDelete
  7. nnt kalau jumpa lagi kem salam YNWA kat dia hahahaah

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.