Dorayaki Family Mart Perisa Cheese

Assalamualaikum wbt


Ini memang antara makanan kegemaran anak-anak SR, terutama adam. Suka sangat dia dengan roti dan pastri dalam Family Mart tu. Kalau lalu, mesti ajak singgah.

Kalau lama tak beli, mulalah dia mengendeng suruh order ikut Food Panda. Benda yang dia suka order, mesti onigiri dan dorayaki ni. Tapi, memang rasanya sedap. Cheese dia sedap betul. Lemak-lemak aje lalu atas lidah.


Dorayaki Family Mart ni SR yakin juga nak makan sebab dia ada logo halal. Lagi pun, production dia di Malaysia.


Dorayaki Cheese Family Mart ni boleh tahan juga mengenyangkan, mungkin sebab cheese kan. Berat juga cheese kalau dah masuk perut. Oh ya, dorayaki ni perlu disimpan dalam peti ais. Kalau kata dah beli dan bawa balik ke rumah, kalau tak nak makan lagi, simpanlah dalam peti ais tau.


Tadaa inilah rupa dia bila dah keluar dari plastik bungkusan. Maaf gambar tu SR pegang tangan kiri sebab SR pegang kamera tangan kanan untuk ambil gambar dia. Jangan bimbang, SR makan tetap guna tangan kanan. Eheh...


Betapa tak professionalnya SR, gambar dorayaki, bila pandang nampak macam burger pulak. Hahaha! Dah terus lapar burger. Dah gi mana sekarang dong??

Anyway, pernah ke korang beli dorayaki cheese Family Mart ni? Apa pendapat korang? Atau, apa makanan yang korang rasa pembeli patut cuba apabila ke Family Mart? Cuba tinggalkan recommendation pada ruangan comment di bawah.
 

Post a Comment

4 Comments

  1. Tak pernah lagi beli dorayaki FM nanti boleh try beli.

    ReplyDelete
  2. Payah nak jumpa Dorayaki Family mart kat area CCL ni . Kalau ada stock kena cuba juga ni .

    ReplyDelete
  3. Saya pernah beli onigiri je di FM. Rasa macam nak cari plak esok untuk breakfast

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.