Nasi Putih Kari Ayam Emak

Assalamualaikum wbt


SR balik rumah emak dan abah SR pula selepas bawa anak-anak bercuti ke Lumut dari awal minggu haritu. Itu yang tak berapa sempat nak ketuk-ketuk keyboard dan update blog. Haha!

Jadi bila dah balik ke rumah emak, mestilah makan masakan emak kan. Syahdu betul dapat makan kari ayam emak semalam. Yums!

Lauk kari ayam ni permintaan dari anak-anak SR pada nenek diorang. Sukalah masing-masing, sampai dah dekat pukul 11 malam semalam pun repeat lagi makan nasi lauk kari ayam nenek.

Hari ni dapatlah buka laptop sekejap. Balik ke sini pun sebab adik SR ada nak buat kenduri akikah anak sulung dia. Kalau ikutkan, mungkin nak balik selepas SR bentangkan proposal unruk phD SR minggu depan, tapi tak apalah, sama aje mana-mana. 

Yang penting dapat balik jumpa family, mungkin lebih bagus macam ni kan, dapat restu dulu baru present.

Kalian pun doakan presentation SR berjalan lancar ya, dan semoga panel-panel faham dan luluskan apa yang SR cadang nak buat untuk projek SR nanti. Moga lembut hati panel-panel semua. Amin!

Berbalik kepada masakan emak, masakan apa yang emak korang masak yang korang terpaling suka? Jangan jawab semua, sebab itu sudah pasti! Jawab 1 je jom! Mana tahu boleh bagi idea masakan tengahari pada yang terbaca post ini. 

Jawapan SR: Nasi tomato!

Ta ta!

Post a Comment

11 Comments

  1. seronoknye anak2 makan lauk nenek masak.. lauk nenek memang sedap... :D
    mak lady masak paling sedap sambal sotong.. yumm yumm yumm.. ldy dah berpuluh kali cube masak cr mak tp rs tetap belum sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab masakan itu bersulam kasih sayang 🥰

      Delete
  2. Sy paling suka bila mak sy masak.. hurmmm.. ni susah nak pilih sebab semua sedap. Sy pilih Sotong Masak Hitam la.. sebab tiap kali mak masak SMH, sy akan curi makan dari periuk, hahahaha.

    Good luck utk presentation SR tu ya.

    ReplyDelete
  3. mak Linda biasa masak kering2 je...jadi memang sayur tumis je lah...hihihi
    good luck SR...semoga panel2 lembut hati..aamin

    ReplyDelete
  4. Semoga presentation SR berjalan lancar dan lembut hati semua panel-panel. Good luck SR!

    ReplyDelete
  5. Sambung PhD.. Tahniah. SR ambil jurusan ape?

    ReplyDelete
  6. Masakan nenek mestilah sedap....masak simple pun boleh habis seperiuk nasi

    ReplyDelete
  7. Definitely asam pedas! All the best SR untuk presentation. Insha Allah doa emak SR mengiringi

    ReplyDelete
  8. Good luck untuk presentation SR. 😊
    Saya paling suka masak sambal tumis ikan bilis arwah mak buat. Tak pernah jumpa lagi rasa sambal yang sama. Saya masak sambal pun rasa lain.

    ReplyDelete
  9. good luck utk presentation ( walaupun mungkin dah lepas kan...moga yg baik2 saja)
    emm.. for MA..ibu masak apa pun semua sedappp....bak kata adik MA ibu goreng ikan je pun sedap dah. x sama ngan ikan yg kita goreng

    ReplyDelete
  10. Masakan mak memang win lah. Ulang makan tu wajib sebab sedap kan. Eh, dah present viva ke? Apa pun all the best madam Syaz.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.