Pengalaman Bersama Keluarga ke G2G Animal Garden, Serdang

Assalamualaikum wbt


Ini post #throwback


Awal Januari 2024 yang lepas, kami sekeluarga mencari-cari tempat menarik di Serdang untuk anak-anak beraktiviti. Kenapa di Serdang? Saja... Sebab boleh. Ahaha tak tak, sebab dekat dengan rumah sewa kami. Sejak cuti belajar ni, agak tak berasa nak berjalan jauh-jauh.


Jadi, SR dan zaimi bersetuju untuk bawa adam, amir dan ayu untuk berjalan-jalan di G2G Animal Garden yang terletak di MAEPS, Serdang. Dah ramai juga orang kami kenal berjalan dan buat aktiviti bersama keluarga dan semestinya bawa pulang pengalaman manis apabila ke sini. Kami aje yang masih tak berkesempatan untuk ke tempat menarik di Serdang ini, khususnya untuk anak-anak.

Jadi, sejurus selepas sarapan pagi, kami terus gerak ke sana. Cuaca pun tidak begitu panas waktu kami sampai di sana, alhamdulillah.

Jadi, seperti biasa, bergambarlah dahulu di pintu masuk 😂


Amir tu biasalah, anak nombor dua kan. Masa bergambar, samada dia paling manis, atau dia paling aneh. Kah kah...






Masuk bawah gerbang tu, ke depan sikit, perlu belok ke kiri untuk kaunter tiket. Sebelum sampai di kaunter tiket, berhenti lagi, kali untuk bergambar dengan papan tanda yang tertulis tarikan yang ada di G2G Animal Garden MAEPS Serdang ni.

Tarikan yang ada, jika ikut pada papan tada itu adalah seperti Bird Aviary, Cat House, Theraphy House, Rabbit Garden, Laman Ternakan, Pony Ride, Deer Sactuary dan Reptiles House.


G2G Animal Garden ini beroperasi setiap hari kecuali hari Selasa. Hari Selasa, G2G Animal Garden tutup untuk kunjungan ramai. Mula beroperasi seawal 10 pagi, boleh dimasuki secara percuma. JIKA anda adalah kanak-kanak yang tingginya kurang dari 90cm. Hehe...

Anak-anak SR semua tak lepas, termasuklah ayu. Semuanya melepasi had ketinggian. Jadi, rarga tiket G2G Animal Garden untuk keluarga kami adalah RM29 seorang untuk dewasa (SR dan zaimi), dan RM24 seorang untuk kanak-kanak / warga emas.

Itu harga untuk pemegang MyKad dan MyKid. Jadi, kena bawalah ya jika nak ke sini. JIKA tidak, kenalah bayar harga normal iaitu sebanyak RM58 untuk dewasa dan RM48 untuk kanak-kanak / warga emas. 

Harga tiket masuk G2G Animal Garden ini setakat yang kami pergi awal Januari hari tu. Maaf jika dah berlaku perubahan. Boleh semak harga terkini di laman web G2G Animal Garden sendiri ya, KLIK SINI.

Selepas siap buat bayaran, pengunjung akan diberi pelekat bulat sebagai tanda bayaran tiket telah dibuat, dan perlu tampal di baju sepanjang berada dalam G2G Animal Garden. 

Selesai semua, marilah jalan-jalan cari pengalaman manis dalam tu, ayuh!

Tapi, kena tahan pula dengan jurukamera. Bergambar dahulu untuk kenangan. Okeylah, jom. Untuk 2024, memang belum ada gambar lengkap 1 keluarga dari kamera professional. Ayuhlah...


Inilah gambarnya, SR beli ketika perjalanan nak keluar dari G2G Animal Garden. Anyway, berbalik kepada cerita...


Stop pertama kami adalah di Bird Sactuary. Yang menarik di kawasan burung ini, pengunjung boleh berinteraksi secara langsung dengan burung-burung yang ada. Burung-burung yang cantik-cantik dan bijak-bijak pula tu!




Bergambar dengan burung-burung itu sudah semestinya boleh, dan wajiblah SR suruh anak-anak bergambar kan. Selain itu, penginjung juga boleh beli makanan burung, dan suap burung makan.


Yang paling mengujakan adalah aktiviti interaktif dengan burung-burung yang sangat ditunggu-tunggu oleh anak-anak SR, iaitu cuba untuk letak burung di atas lengan! Oh ya, yang teruja itu adam dan ayu aje. Amir tak berapa ada perasaan sebab dia memang bukan animal person.

Agaknya kalau dia diberi pilihan, entah-entah dia tak nak pergi pun. Hahaha!







SR pun teringin nak letak burung bertenggek atas lengan, tapi tak berani burung yang besar-besar. SR pilihlah burung kecil. Eh eh... Tiba-tiba dia melompat-lompat dan naik bertenggek atas kepala SR! 😂


Mula-mula rasa geli-geli, tapi bak kata mat saleh, if you can't beat them then join them! Jadi, SR pun layankan ajelah kehendak burung tu yang nak bergambar dari atas kepala SR. Ahahaha! Berdoa sungguh SR agar dia tak terkincit atas tu!


Masa bergambar dengan zaimi, elok pulak burung tu duduk atas bahu. Tapi nasib baik juga, kalau tak, calar pula kepala boyfriend SR ni kan. 😂

Lama juga kami dekat tempat burung tu sebelum kami bergerak ke bahagian bawah. Ralit pula masing-masing melayan burung-burung yang ada tu.

Jom gerak ke bawah!



Ada macam-macam lagi dekat bahagian bawah. Kerusi untuk duduk menghilangkan lelah pun ada. Tapi tak banyak. Ada juga kiosk untuk beli air dan makanan ringan. Tandas pun ada. Jadi, tak perlu risau untuk mencari benda-benda tu jika dah berada di bahagian bawah G2G Animal Garden ni.




Apa yang ada di bahagian bawah tu? Ha, tengoklah sendiri di peta hijau ini ya. Lebih jelas kan apa yang SR duk cakap dari tadi hehehe...





Mula-mula, anak-anak ke bahagian arnab dan hamster. Boleh dipegang. Tapi SR tak peganglah, tak tahan bulu, nanti bersin! Anak-anak pula jenis tak berapa juga dengan arnab dan hamster. Maka tak berlama-lamalah, teruskan ke haiwan seterusnya iaitu rusa.



Dekat bahagian rusa ini, juga boleh beli makanan untuk disuap kepada rusa-rusa tu. Memang pengalaman yang disukai oleh anak-anak. Amir walaupun dia bukan animal-person, dia pun teruja juga suap rusa makan walaupun jauh-jauh.

Bertentang dengan tempat rusa, ada kolam-kolam ikan yang kecil. Di sini, pengunjung boleh beli cawan dan sewa fishnet untuk pengalaman menyauk dan menangkap ikan sendiri. Ikan-ikan yang ditangkap tu boleh dilepaskan semula, atau bawa balik ke rumah.


Aktiviti menangkap ikan ini memang aktiviti yang sangat disukai oleh kanak-kanak. Hampir semua budak-budak yang ke sini akan luang masa yang lama cuba menyauk ikan. Termasuklah anak-anak SR, dan terpaling suka aktiviti ini adalah amir! 

Animal person, bukan. Fish person, yes! 

SR sampai nak terlelap menunggu anak-anak menyauk ikan dengan zaimi. Tak apalah, memang niat nak bagi anak-anak gembira kan. Ikutkan sajalah.






Masing-masing memang dapat banyak sangat ikan kecil. SR suruh lepaskan, dah masing-masing bertegas nak bawa balik ke rumah pulak. 

Ikut koranglah.... Asalkan jangan suruh omak yang pegang cawan tu! Tapi akhirnya zaimi jugalah yang gilir-gilir pegang cawan tu dengan anak-anak hahaha!

Lepas dah puas masing-masing menyauk ikan, kami pun teruskan hari dengan berjalan dan tengok haiwan-haiwan yang lain pula. Sambil-sambil duduk dan bergambar serba sedikit.














Kebetulan, ada staf yang lalu dan dia tawarkan untuk tolong tangkap gambar kami berlima di kerusi besar ni. So, why not. Ayuhlah... Terima kasih buat staf yang baik hati.






Seterusnya, teruskan perjalanan sampai ke hujung untuk ke kandang Alpaca. Tapi SR tak pergi sampai habis, zaimi dan anak-anak aje yang pergi. Sebabnya, ada kipas yang sangat laju dan kuat dipasang di kandang alpaca. Bulu-bulu alpaca tu semua berterbangan. SR tak tahan bulu. Makanya baiklah SR tak ke sana dari terbersin-bersin.




Anak-anak nak masuk Cat House pula. SR pun lagilah tak nak masuk rumah kucing ni, sebabnya masih juga sebab bulu. Jadi, adam, amir dan ayu saja yang masuk.



Yang lucunya, anak-anak SR ni pemalulah pula bila kami tak masuk sekali, dalam tu memang ada beberapa pengunjung lain yang sedang main dengan kucing yang banyak dalam tu. Jadi, disebabkan malu, diorang pun duduk saja dekat tepi. Sekali pandang, dah macam orang duduk bersila macam di kenduri doa selamat pula.

Nak bertahlil ke tu? 😂

Kalau setakat nak duduk macam tu aje, jom lah keluar nak oi. Kita jalan-jalan tengok haiwan lain lagi bagus.

Antara pengalaman pahit, pengalaman tak best  dan pengalaman lawak yang paling SR tak dapat lupakan untuk lawatan keluarga kami ke G2G Animal Garden kali ini adalah adam kena gigit dengan keldai.

Asalnya adam nak bergambar dengan donkey, elok saja adam berdiri depan kandang keldai tu, dia keluarkan kepala dan gigit peha adam.

Kebetulan SR tengah tangkap gambar adam, jadi secara tak sengaj terakamlah adam digigit keldai di G2G Animal Garden.

Panik jugalah SR, tapi adam kata tak sakit sangat. Luka pun tak ada. Dia gigit manjahh aje. But still, oi kau gigit anak aku!!

Lepas digigit keldai, adam terus naik ke Nature Walk. Boleh nampak adam dalam gambar di atas. Dia naik seorang aje, kami berempat dah malas nak memanjat bukit. Kata adam, atas tu banyak burung-burung.

Kami juga tak melepaskan peluang untuk masuk ke Reptiles House. Ada banyak spesies ular dalam display kaca. Macam-macam warna, dan macam-macam saiz. Ada staf yang beri pengunjung bergambar dengan ular yang diletakkan atas tengkuk.

SR tak lepaskan peluang!

Sejuk aje badan ular tu. Pergerakan dia pun tak agresif. SR memang tak berapa geli dengan ular. SR lebih geli pada serangga dan haiwan banyak kaki. Ular ada 0 kaki, so yeah let's strike a pose! Anak-anak SR pun nak bergambar dengan ular, tapi yang berani nak letak ular di tengkuk hanya adam seorang. Jadi adik-adik berdiri di tepi abang ajelah.


Dan yang terakhir, anak-anak nak naik pony, kecuali amir. Belilah tiket untuk pony ride. Setiap ride, akan pusing padang kecil tu, ditemani oleh staf. Kesian pula SR tengok pony tu. Tapi tu lah. Serba salah SR.





Jadi itu lah sahaja pengalaman SR sekeluarga di salah satu tempat menarik di Selangor ini. Pada yang turut mencari pengalaman interaktif dengan haiwan di Serdang, atau di Selangor untuk musim cuti sekolah yang akan tiba ini, bolehlah consider untuk ke sini.


Selain ke zoo besar, petting zoo macam ni seronok juga untuk dilawati bagi seisi keluarga 😁 Jika ada pertanyaan, bolehlah hubungi pihak pengurusan mereka;

019-925 6852
G2G Animal Garden
4517, Jalan MAEPS 4/1, Fasa 3 Presint 9 43400 Serdang, Selangor

Itulah sahaja kisahnya. Ada sesiapa pernah ke sini? Seronok tak? Mari kongsikan pengalaman dengan orang yang mungkin tersampai ke blog post SR ni. 

Post a Comment

9 Comments

  1. nanti ke selangor bolehlah kami ke sini... :).. anak2 mesti suka..

    ReplyDelete
  2. Banyak betul binatang yang ada . Memang berbaloi laa kalau bawa bebudak ke sini . Diorang yang excited lebih kan . Ehh alpaca tu comeii

    ReplyDelete
  3. Senangnya membawa keluarga mengunjungi animal garden. Terlihat dari foto-foto penuh tawa dan ceria.

    Sudah lama saya tidak mengunjungi animal garden. Jauh juga jaraknya dari rumah saya, ada di Jakarta namanya Kebun Binatang Ragunan

    Btw, Mbak, tidak takut berfoto dengan ular itu?

    Salam,

    ReplyDelete
  4. Bestnya SR. Apa kabar SR?! Ibu singgah sini jenguk SR.

    ReplyDelete
  5. Cantik jew emak dan anak-anak ambil gambar, macam susunan tangga
    Seronok jadi anak-anak Syaz! Macam-macam pengalaman, sampai pegang ular!

    ReplyDelete
  6. Best betul ya! Dapat tengok haiwan, tak payah ke zoo negara lagi! Harga pun macam lagi berbaloi :)

    ReplyDelete
  7. Nak pergi sini juga tapi tak pergi pergi lagi. Zoo Negara yang dekat ni pun tak pergi lagi...
    Cantik cantik gambar semuanya...

    ReplyDelete
  8. Masa anak-anak masih di sekolah rendah, memang suka bawa mereka ke tempat haiwan macam ni.

    ReplyDelete
  9. Comel je gambar Syaz dengan burung atas kepala tu. Menghiburkan bila pergi tempat banyak binatang ni, seisi keluarga. Saya pun suka. :)

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.