Assalamualaikum wbt
Kenapa tapau? Sebab saya suka makan sejuk-sejuk. Satu family suka makan yang sejuk-sejuk.
Hahahaha! Familiar tak dialog tu? Bulan puasa dah dekat ni kan, Barkoba / Ngasri akan kembali menjadi ikon plastik hitam!
Tapi bukanlah SR nak bagitahu pada geng plastik hitam yang SR ada lubuk untuk makan tengahari di bulan puasa ke apa. Ish kome ni! SR nak up cerita yang tadi SR tapau makan malam di Nasi Kandar Express ni aje.
Logo Nasi Kandar Express
No 17, Jalan 15/1B, Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, Bangi, Malaysia
013-980 4324
Sebelum ke sini, kami sekeluarga ke Lotus Kajang untuk top up stok makanan di rumah sempena bulan Ramadan yang dah dekat sangat ni. Beli yang asas-asas. Minyak, telur, bawang, kordial... Dan beberapa barang lagi. Selalunya yang akan diguna waktu sahur. Tapi, banyak betul barang yang SR cari dah habis tadi. Rak kosong! Antaranya sup bunjut. Sebunjut pun korang tak tinggalkan eh!
Jadi dah penat dan lapar, terus ke Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Niat asal nak beli nasi beriani Anje. Tapi tak ada rezeki, rupanya nak ada rezeki makan nasi beriani Ane. Ha bolehlah, dari takde.
Pertama kali juga SR cuba Nasi Kandar Express ni. Kiranya sambil-sambil mencuba jugalah ni.
Kedai dia luas juga. Besar dan bersih, serta selesa sangat mata SR memandang. Tak huru-hara. Mungkin sebab bahagian ceduk-ceduk makanan dia dan kaunter pembayaran adalah di bahagian belakang kedai. Selalu kan kalau kedai mamak, dekat sebelah pintu masuk.
Kebetulan masa kami sampai, tak ada yang beratur. Waktu kami dah order bungkusan kelima, tiba-tiba ramai pula join beratur dengan zaimi, seperti gambar di atas. SR macam biasalah, kakak kawasan. Sibuk meninjau dan ambil gambar. Hahaha!
Kasi canlah SR nak buat content. SR bukan popular pun. Personal photographer pun tak ada, tangkaplah sendiri gambar-gambar guna telefon android aje. Ahahah
Oh anyway... Berikut adalah gambar-gambar dalam kedai Nasi Kandar Express NKE Seksyen 15 BBB.
Kaunter air sebelah kaunter bayaran |
SR terperasan sesuatu yang unik. Apa dia?
Haa cuba korang tengok gambar kaunter air di atas. Ada pasu bunga kan, disusun menegak? Di Nasi Kandar Express NKE ni, sesiapa yang order air mangkuk, akan diletak terus dalam pasu, bukan dalam mangkuk.
Tak tahu air mangkuk tu apa?
Ala, pernah tak kalau korang lepak kedai mamak, ada orang yang dia punya air dalam plastik macam nak take away? Contoh dia minum teh ais, instead air teh ais tu dalam gelas, teh ais dia terletak dalam mangkuk. Haa pernah kan?
Tu namanya air mangkuk. Kalau nak order, cakap "Bos, saya nak teh ais mangkuk 1." Agitchew... Tujuannya, bila seseorang tu nak air dia lambat habis. Sebab, bila air dalam bungkus, ais lebih banyak. Pencairan ais tu perlahan-lahan akan buat air tu bertahan lama sebelum habis. Dan juga lebih mudah kalau tiba-tiba nak blah, bawa ajelah air dalam bungkus ikat tepi dia tu. Jangan bawak sekali mangkuk, sudahlah!
Kenapa tak order aje dua gelas? Entahlah, SR pun tak ada jawapan 😂
Tapi, kalau nak rasa pengalaman minum teh ais mangkuk dalam pasu, bolehlah ke sini.
Meja sebelah dalam kedai |
Ada juga ruangan makan yang dilengkapi aircond |
Makanan yang kami order, dia bungkus dalam surat khabar. Tapi SR rasa, tu bukan surat khabar sebenar. Tapi sebenarnya tu kertas bungkusan dia yang rupa macam surat khabar. Pandai kan tokey? Nice 👏
Nasi beriani SR, sila telengkan kepala untuk lihat dengan angle yang betul! |
4 bungkus teh ais, 1 bungkus nasi beriani + lauk, 4 nasi putih + ayam, campur sayur + telur sikit, total RM62.10
Makanan untuk 5 beranak, bagi SR tak mahal. Sebab sekali air tau. Kalau order guna Food Panda, selalu harga-harga macam ni, tanpa air.
Bolehlah, kira harga yang standard aje, tak mahal.
Sedap juga bagi tekak SR. Cuma agak pedas bagi lidah anak-anak. Tapi overall boleh makan dan mengenyangkan. Alhamdulillah...
PS: Dah ready ke tu nak puasa? 😃
Ada jugak order grab nasi kandar tengahari karang ni.
BalasPadamldy x boleh makan nasi kandar kuah bnyk tu... tp kalau kuah sikit2 bolehlah telan... yumm yumm yumm
BalasPadamMenarik bila dia guna pasu.. kikiki.. Selalu nampak mangkuk je..
BalasPadamSha sampai skrg tak jumpa telur ayam.. ish.. Geram pula.. Petang ini nak cuba cari lagi dapat 5 biji dulu pun jadilah buat sahur esok pagi.. Anak request nak telur dadar je sahur.. huhuhu.. tapi memang banyak rak kosong bila gi pasaraya.. habis diorang borong nak puasa ini.. kikiki.. Tak tinggal orang belakang langsung..
Untuk 5 orang makan , memang berbaloi dengan harga tu , tak ada harga mencekik darah sangat
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.