Assalamualaikum wbt
SR sejak dah berpindah sementara ke Kajang ni, SR tak tukar pula klinik untuk temujanji klinik SR ke sini. SR masih kekalkan di Senawang, sebabnya, nanti akan balik ke sana semula. Jadi, untuk temu janji yang jumpa doktor dan ambil darah, SR tak keberatan nak ke sana. Sebabnya, jarak antara waktu temu janji tu agak lama. Tak kerap.
Berbeza dengan temu janji di farmasi untuk ambil bekalan ubat. Dia bagi agak pendek berbanding temu janji doktor. Maksudnya, ubat yang diberi tidak banyak. Jadi kena selalu restock. Itu SR agak berat sikit nak ke Senawang. Jadi, SR muat turun sahaja aplikasi MyUBAT.
Meh SR kongsikan pengalaman pertama kali SR guna MyUBAT ni. Nervous juga tau, tapi excited!
Selepas download dan install di telefon, cari aje logo MyUBAT untuk mula guna.
Cari logo MyUBAT, click. |
Seterusnya, bolehlah pengguna set up profile masing-masing. Masukkan maklumat yang diperlukan. Semua maklumat tu diperlukan oleh klinik yang kita berurusan. Interface dia seperti berikut. Untuk pengguna i-Phone SR tak pasti, SR guna telefon bimbit Android.
Boleh letak gambar. SR letak gambar vogue sikit hahaha! |
Untuk dapat bekalan secara pos terus ke rumah, klik tab Bekalan, di sebelah bawah, nombor dua dari kiri. Nanti akan keluar paparan seperti di bawah.
Pilihlah Negeri di mana klinik yang kalian temujanji tu, jenis fasiliti, serta pilih fasiliti. Sebagai contoh SR punya;
Negeri: Negeri SembilanJenis Fasiliti: Klinik KesihatanPilih Fasiliti: Klinik Kesihatan Senawang
Selepas itu, pilih pula jenis perkhidmatan. Disebabkan SR mahu ubat-ubat tu dipos ke Kajang, maka SR pilih Ubat Melalui Pos. Tekan sahaja Mohon Perkhidmatan.
Sebaiknya, balik sahaja dari temujanji dengan doktor, dapat sahaja slip ubat, terus mohon. Ini kerana permohonan perlu dibuat sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum bekalan ubat habis.
Keluar sahaja paparan seterusnya, isikan maklumat alamat kita. Jangan salah pula! Tak dapat ubat, susah nanti! Selepas itu, muat naik gambar slip ubat kita tu, depan dan belakang.
Kalau lupa tangkap gambar, tak apa, tangkaplah sekejap. Tak perlu susah-susah scan. Tangkap saja guna handphone. Pastikan bawah cahaya terang, dan tulisan tak kabur serta tak terlindung. Kalau tangan gegar-gegar tangkap gambar, minta tolong orang lain sekejap. Hehe...
Selesai muat naik gambar preskripsi ubat, tekan Hantar Permohonan. Nanti dia akan tunjuk paparan seperti di bawah ni. Permohonan baharu telah berjaya dihantar. Sama juga kalau nak ulang mohon nanti, tekan saja di Mohon Baharu.
Permohonan juga akan ambil masa 3 ke 5 hari bekerja. Ini normal. Kena selalu ingat, kita ni adalah salah seorang sahaja dari jutaan rakyat Malaysia yang guna perkhidmatan sama. Jangan risau, dia tetap akan proses. Sementara itu, kita jalanilah hidup seperti biasa.
Kalau kita kembali ke tab Utama, di bahagian Permohonan, akan kelihatan yang kita ada 1 yang sedang dalam pengesahan.
Sambil-sambil tu bolehlah kalian godek-godek aplikasi MyUBAT tu. Ada banyak button. Tekanlah mana yang rasa nak cuba. Dan dari masa ke semasa, bolehlah semak permohonan kita tu. SR mohon pada 1 Februari, dan sepatutnya ubat SR akan dapat lebih kurang 1 Mac, sebab masa SR mohon tu, SR cuma diberi bekalan sebulan ubat.
Awal Mac, SR dah ternanti-nanti notifikasi pasal ubat. Tapi tak apa, SR tahu, lambat-laun, ubat mesti sampai. Husnuzon. Orang lain guna okey, kita pun mesti sama, kan? Lagi pun, ubat masih berbaki. Beberapa hari selepas tu, SR dapat email dari MyUBAT, yang menyatakan ubat-ubatan SR sedang dalam perjalanan. Turut disertakan adalah tracking number.
Untuk makluman, ubat yang dipos ke rumah kita, adalah menggunakan perkhidmatan Pos Laju. Bayaran postage ditanggung oleh penerima.
Selepas baca emel tu, SR terus buka MyUBAT. Ada notifikasi yang sama. Yeay. Tunggu sahajalah dia sampai. Nak track dia dah sampai mana pun boleh.
"Puan, ada di rumah ke? Sebab saya nak hantar ubat."
"Ada, ada. Berapa postage ya?"
"RM6 puan. Sediakan duit cukup-cukup ya, kalau boleh."
Tak sampai beberapa ketika, posmen yang kacak pun datang menghantar ubat-ubat SR. Alhamdulillah. Bungkusan sangat kemas.
Semua jenis ubat yang patut SR dapat ada. Tak ada yang missing. Siap balut dengan bubble wrap. Nice job, KKM dan Pos Malaysia!
Setelah terima ubat, pengguna perlu log in semula ke MyUBAT dan klik Telah Terima. Sejurus selepas itu, di bahagian permohonan akan keluar tarikh terima ubat yang seterusnya pula, jika masih belum lagi waktu untuk temu janji dengan doktor. Tapi kalau dah sampai tarikh jumpa doktor, tiada tarikh baru akan diberikan. Ubat akan dapat lepas jumpa doktor nanti.
Boleh ulang prosedur dan cara-cara yang sama dengan menggunakan slip preskripsi ubat yang baru pula nanti.
Itu sahaja.
Senang aje kan, guna MyUBAT? Yang penting SR tak perlu memandu jauh-jauh. Cuma perlu alert sahaja dengan tarikh dia nak datang hantar ke rumah.
Semoga membantu sesiapa yang cari cara-cara nak guna apps MyUBAT. Jaga kesihatan ya! Moga kekal cerdas dan cergas!
Alhamdulillah ada perkhidmatan ni.. xperlu selalu ke klinik. Kalau arwah ayah dulu stp bulan pergi ambil ubat di farmasi hospital.
BalasPadamOoooo... mudahnya! Macam-macam info saya dapat dari blog SR.
BalasPadamTerima kasih kongsi.
Mudahan kita terus sihat. Jadi tak perlu sangat dengan ubat.. aamiin
BalasPadamBagusnya service ni, sangat memudahkan 👍
BalasPadamSemoga sihat selalu SR 🤲
its complicated for every first time kan.. things get better after few times :D
BalasPadamalhamdulillah bagus service ni :D
Aplikasi yang sangat memudahkan.. Bagus betul macam ini..
BalasPadamCCL baru tahu tentang apps MYUBAT . tak payah nak pergi kk ambil no tunggu giliran. Just apply bekalan ubat then boleh choose either nak pickup dekat kaunter pandu lalu or melalui pos. Senang and mudah!
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.