Brunch Di OldTown White Coffee Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum wbt


Apa khabar semua? 

Sihat ke lepas raya ni? Raya tahun ni terasa rushing kan? Macam tergesa-gesa dan semput habis. To told the truth, duit raya yang SR dah letak dalam sampul pun tak habis tahun ni. Masih ada baki. Nampak sangat tak sempat menziarah / diziarah ramai.

Tak apalah, yang penting dah raya. Lepas raya ni, SR dan zaimi dah memecut untuk phD kami ni. SR yang cepat panic ni siap kena anxiety attack bagai haa. Kitonyo dah lama tak berkecimpung, memang perit jugalah. 

Semoga dipermudahkan oleh Allah usaha kami ni.

Semalam, tengah kalut-kalut, tiba-tiba amir pula sakit mata, bengkak kenapa entah. Dah lari sikit plan, sebab kena bawa amir ke klinik. Tak apalah, adalah sebabnya tu, Allah lebih mengetahui. Jadi lepas tu, sebelum kami kembali ke kampus, kami bertiga pun singgah makan brunch sekejap ni Old Town White Coffee Bandar Baru Bangi. 

Alamat Old Town White Coffee Bandar Baru Bangi:

23, Jalan Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9, 43650 Bangi, Selangor


Location📍 

CLICK FOR LOCATION


Sebab SR dah teringin bonar nak makan mee ayam dia tu. Maka duduklah kami dan order melalui QR kod. Tak lama menunggu, apa yang dipesan pun sampai.


Kopi zaimi

SR order Cham ais 

Posing depan kopi ayah

Amir dah makan breakfast sebelum kami bawa dia ke klinik tu, Jadinya, dia tak nak makan apa-apa seba masih kenyang. Tapi SR orderkan juga dia popia sayur dan nugget ayam. Sedap juga dia makan, tak adalah melengung aje masa kami makan.








Lepas tu apa lagi, kayuhlah mee SR tu! Punyalah sedap campur pula dengan lapar, memang sekejap aje dah selesai kami makan. Zaimi punya mee kari pun sedap juga. Yums!




Harga? Adumak apa yang SR boleh katakan, SR tak mampu makan di sini setiap hari, sekali-sekala bolehlah hahaha!

Kalian kalau ke OldTown, selalu order apa?

Post a Comment

9 Comments

  1. Sama, duit raya tak habis tahun ni. Masih ada baki. Boleh sedekah nanti². Semoga cepat baik sakit mata Amir dan dipermudah urusan road to phD. harga cafe macam ni memang tak boleh makan selalu. Semangkuk je dah berapa pulak kan.

    ReplyDelete
  2. Dulu minat juga dengan restoran old town white coffee ni.. Lagi2 kalau beli coffee 3in1 dia.. but semenjak kes one of the owner yg tutt hahahaa kita stop langsung beli produk atau pergi brunch dia huhuu.. :D

    ReplyDelete
  3. Rasanya sekali je uncle pernah makan kat old town ni....

    ReplyDelete
  4. lama dah pergi sini, dulu suka makan roti dia

    ReplyDelete
  5. mama tahu harga sini mmg tak berapa nak selalu boleh repeat hihi. tapi nampak sedap

    ReplyDelete
  6. tak pernah makan kat sini, nampak sedap juga menu dia :)

    ReplyDelete
  7. semoga SR dapat selesaikan PHD dengan baik.. ldy bila dah tua2 ni, x pandai nk bhgikan masa dengan rumahtangga, dengan anak, dengan kerja dan dengan study.. nak sambung study hanya tinggal cita2 sampai la..

    sedap sungguh la nampak kopi tu... diet lady dah kelaut dalam ni, nanti kalau dah xlarat nk angkat badan naik kusi roda baru duk kalut nk diet balik :P..

    ReplyDelete
  8. jarang ke old town ni.. all the best utk PHD nya..both..for SR & suami..moga success selalu...aamiin

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.