Nahas Helikopter TLDM Lumut

Salam takziah buat semua ahli keluarga yang terlibat. Seluruh negara turut berdukacita 😭

10 mangsa termasuk 3 perempuan.

Sedihnyaaa.

***

10 TERKORBAN DALAM NAHAS 2 HELIKOPTER TLDM DI LUMUT


23.4.2024: JBPM Negeri Perak dikejutkan dengan panggilan kecemasan pada jam 9.50 pagi membabitkan kemalangan helikopter yang berlaku di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak.

Menurut laporan Komander Operasi Kanan, TPgB II Suhaimy bin Mohd Suhail, pasukan Bomba daripada 2 buah balai berhampiran iaitu BBP Seri Manjung dan BBP Sitiawan sejumlah 21 anggota telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera FRT, kenderaan Unit EMRS, kenderaan utiliti Toyota Hilux dan Perodua Kembara sebaik dihubungi.

Dalam kejadian itu, terdapat 2 buah helikopter milik TLDM iaitu M502-6 (FENNEX), dinaiki oleh 3 orang mangsa dan M503-3 (HOM), dinaiki oleh 7 orang mangsa. Kesemua mangsa merupakan anggota dan pegawai TLDM.

Kedua-dua helikopter ini telah bertembung ketika sedang melakukan latihan penerbangan. Kesemua 10 orang mangsa yang terlibat telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM.


Kerja-kerja untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang terlibat di lokasi kejadian telah dijalankan oleh pasukan Bomba sehingga selesai. 


Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

 

Post a Comment

3 Comments

  1. tu la..sedih sgt bila baca ..
    al fatihah buat semua arwah, moga semua ahli keluarga tabah menghadapi nya
    and semoga semua urusan dipermudahkan ..aamiin

    ReplyDelete
  2. Innalillahiwainnailaihiraajiuunn!

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.