Raya Tema Oren

Assalamualaikum wbt


Kecoh kan seantero Malaysia yang raya 2024 ni, rata-rata memilih tema warna oren / brick orange untuk busana hari raya. SR pun tak terkecuali! Haha!

SR ikut join beli baju warna oren untuk keluarga kecil SR, untuk beraya bersama di sebelah SR. Yang belah zaimi, kami bertema hitam, kelabu, coklat. Tapi SR memang dah plan yang masa beraya dengan mak abah dan keluarga SR, SR nak sedondon juga. Itu yang SR pilih warna oren.

SR dan ayu, SR beli baju sedondon ibu anak, manakala untuk zaimi, adam dan amir, SR belikan kurta sahaja dari live di TikTok. Alhamdulillah, walaupun beli atas talian, tapi semua saiz okey, dan kain pun sedap pakai.

Syukur dan loveeee sangat outfit kami! Kasut aje SR tak beli!

Jadi, cut the story short, SR beraya dengan mak abah serta adik lelaki SR pada raya kelima di Semenyih. Adik bongsu SR tak dapat beraya bersama sebab dia tak ada di Malaysia masa tu. Jauh di mata, tetap dekat di hati.

Mak SR dan adik ipar SR masak dan sediakan makanan yang sedap-sedap. Lepas gian SR nak makan masakan mak sendiri sempena hari raya. SR tak jpin masak sebab semua dah cukup diorang masak. Kekeke....

Aktiviti popular untuk rakyat Malaysia di hari raya, adalah bergambar bersama-sama. Keluarga SR juga tak terkecuali. Maka selepas bersalam raya, kami pun ambil gambar banyak-banyak. Sebagai kenangan dan ingatan di masa hadapan.

Missing adik bongsu and family

Keluarga kecil SR bersama emak dan abah

Bergambar belakang rumah

Nenek, tok wan dan cucu-cucu yang da


Alhamdulillah, nikmat Allah bagi, rezeki masih ada, kesempatan juga masih dikurnia. Esoknya, emak dan abah SR bertolak semula balik ke Kuantan. Sayu juga hati, sebab dah gembira borak-borak masa berkumpul ni kan. Tak apalah, ada rezeki, boleh berkumpul lagi nanti.

Biiznillah.

Lelaki itu! Haha! 

 Ada lagi ke yang bertema raya warna oren sama dengan SR? Katanya ramai? Kalau ada, cuba drop link dekat komen, SR nak tengok.

Kalau bukan, tema raya kalian tahun ni, warna apa? Cer citer cer citer!

Post a Comment

10 Comments

  1. Linda tak terjebak.. Sebab 2022 dah pakai kaler oren... Tahun nie warna babyblue, anak2 request... Ibu ngan ayah dah selamat, sebab boleh repeat baju nikah... Alhamdulillah, muat lagi...

    ReplyDelete
  2. Wahh into the scene jugak. Warna terang yang cantik gitu kan. Dapat juga beraya dengan family sendiri walaupun tak cukup korum. Gambar belakang rumah pun cantik. Saya pakai tema yang tak viral tapi macam ramai juga tema warna macam tu tahun ni.

    ReplyDelete
  3. SA pilih theme all black tahun ni...orange brick ni x kena ngan kulit kami anak beranak..

    ReplyDelete
  4. warna yang viral tahun ini, tapi tak ramai pulak tgk orang pakai masa raya aritu

    ReplyDelete
  5. selamat hari rata SR..maaf zahir batin. sorry lama x bertandang ke sini..
    wah, ceria sgt color oren ni... meriah!!

    ReplyDelete
  6. Cantik baju SR ngan Ayu. Baju mak SR pun PH suka. Taun ni ramai pilih potongan ala kebaya kan...

    ReplyDelete
  7. kaler up to date dengan trend yer.. hahahah

    ReplyDelete
  8. Kami dah 2 tahun tema ala-ala oren (carrot susu, oren peach), tahun ni mata pun ada berkenang warna oren lembut. Tapi cepat2 tukar tema. Last minit amik warna hijau lembut

    ReplyDelete
  9. selamat hari raya... ada balik kelate ke? jem teruk thn ni.

    ReplyDelete
  10. Bila berkumpul ramai-ramai bergabung warna tema fuhh nampak meriah betul ..semua bold colour . CCL tahun ni tema hitam

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.