Berjalan Malam-Malam Di Padang Kota, Penang

Assalamualaikum wbt

#throwback


Throwback ke bulan September 2024 jom... Masa ni kami anak-beranak ke Pulau Pinang, ikut zaimi hadiri konferens di sana. Jadi, dah namanya ikut ayah pergi kerja, taklah berjalan mana. Hanya banyak duduk di hotel. SR je yang bawak anak-anak shopping dekat sana, itu pun naik Grab. Malas pula rasanya nak drive dekat area yang SR tak biasa.

Malam pertama tu, kami pergi ke Padang Kota, makan pasembur sambil jalan-jalan sikit dekat tepi laut. Penat, jadi makan pun tak berapa nak selera. Banyak stroll tanpa arah tuju je.


Masa tengah berjalan-jalan malam tu, ternampaklah ada seorang pelukis ni. Adalah orang-orang yang turut sama singgah melihat, ada juga yang minta wajah dikarikaturkan. Ada bayaran dikenakan, tapi taklah mahal.


Bila dah tengok tu, ayu pula teringin nak muka dia dilukis. Bila tanya, abang tu kata 1 muka dia ambil RM20. Kalau yang ada warna, 1 muka RM30. Jadi, SR pun setujulah, sebab nak layankan kehendak ayu. Ayu tu asalnya dia nak, sebab dia kata, amir pernah ada gambar macam tu. 

Masa tu, SR, amir dan zaimi tengah jalan-jalan di Kota Bharu, ternampak ada pelukis macam ni juga, tapi orang lainlah.

Bila dah tahu ayu tengah tunggu giliran untuk muka ayu dilukis, abang-abang pun nak. Jadi SR terus tanya, kalau lukis 5 orang terus, boleh? Dia kata boleh, harga tetap RM20 1 muka. 

Kami pun onz... Dalam 40 minit jugalah sekali dengan tunggu orang sebelum tu punya turn sekali. 



Pelukis tu namanya Matt Rumie. Ada yang kenal ke? Hehe... Bolehlah, comellah lukisan dia. Adalah kenangan uniki sikit kami ke Pulau Pinang masa tu. 


Amir je yang tak puas hati sebab tangan dia besar. Alkisahnya, amir tak kenal Popeye, jenuh SR nak explain dekat dia, kenapa orang tu lukis tangan dia macam tu 😂

Okeylah, sekian throwback. Ingat nak tidurlah sekejap. Masa taip ni, 5.19am. SR terjaga dari 2am tadi, tak dapat tidur. Macam-macam bermain di fikiran.

Nak lelaplah sekejap sementara nak kejut anak bangun pukul 6 nanti... Bye!

Catat Ulasan

11 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Orang Penang pun jarang ke Padang Kota di waktu malam kerana trafik amat sibuk terutama di hujung minggu. Bagus kalau boleh datang dengan Grab sahaja.

    BalasPadam
  2. SR sama ngan SA lately, selalu terjaga dan tak boleh tido dah...sebab tu eyebag sekarang selambak..comel lukisan tu...

    BalasPadam
  3. Hehehhe.. comel jer. Jangan lupa hantar frame tu, SR.

    BalasPadam
  4. Bestnya jalan2...Tgn popeye tu kuat tau =)

    BalasPadam
  5. sedap tu jeruk pak ali...
    wah comei je lukisan nya.. budak2 sekarang kan, mana kenal katun kita dulu2..popeye..layan tu

    BalasPadam
  6. rindunya lepak2 di padang kota.. rindu nak menghirup udaranya walaupun tidaklah wangi :P :P :P

    BalasPadam
  7. lama juga kak ana dah tak ke Penang, meriah kan kalau malam di Padang Kota nih sepoi-sepoi angin laut :)

    BalasPadam
  8. Letak dlm frame SR, mahal tu lukisan tu :)

    BalasPadam
  9. cuma sekali ke Penang. dgn jem yg amat dan jln yg sempit n kenderaan byk terus jd fobia nak ke sana lagi..

    BalasPadam
  10. cantik lukissan karikatur sekeluarga

    BalasPadam
  11. Hahahahahah amir tak tahu kehebatan Popeye yaaa 😄😄.

    Duuuh trakhir ke Penang saya tak ke Padang kota pula. Makan pasembur di gurney. Memang lebih sedap yg Padang kota.

    Nanti ke Penang lagi nak lukis lah wajah di sini juga 😉

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad