Pengalaman Sepetang Ke Zoo Taiping Night Safari

Assalamualaikum wbt


Masa kami ke Ipoh hari tu kan, entah semangat apa yang merasuki, kami melencong terus sampai ke Taiping. Jauh, memang jauh! Tapi, disebabkan nak menuruti hajat anak-anak yang tengok suasana dalam Zoo Taiping Night Safari tu, kami gagah dan gigihkan jua.

Paginya kami ke Gua Tempurung, itu nanti SR cerita. Tapi masing-masing macam tak reti penat haa. Tak apalah, sekurang-kurangnya, bila orang tanya, dah pernah sampai ke di Zoo Taiping? Anak-anak SR bolehlah jawab daaaaahhhhh!


Taiping kan memang cantik, jadi dalam Zoo Taiping ni pun, suasana dia tenang dan cantik, walaupun tak semua haiwan dia ada. Ada yang tak sihat, jadi dikuarantin. Bak kata sorang zookeeper tu lah, bila ada pengunjung yang tanya, di mana harimau.

Tiket masuk ke Zoo Taiping ni tak mahal pun tau, harganya kalau seingat SR, cuma RM16 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak.

Parkir je lah hazab sikit sebab dekat seberang jalan. Sebaiknya janganlah melintas jalan, tapi gunakan terowong pejalan kaki di sebelah bawah, lebih selamat.

Parkir tu pun berbayar, tapi lupa dah berapa ringgit. Heheh... Tapi okey je, kalau tak, nak parkir mana lagi, kan? Ada orang tengokkan kereta, ok sangat dah.


Zoo Taiping Night Safari

The Zoo Taiping is a zoological park located at Bukit Larut, Taiping, Perak, Malaysia. Established in 1961, is the only zoo in northern Malaysia. It is one of the major zoological parks in Malaysia. It covers 36 acres and exhibits 1300 animals representing 180 species of fishes, birds, mammals, and reptiles.  Wikipedia
Address: Jalan Pekeliling, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak (LOCATION CLICK HERE)
Notable animals: Matang, Dewi, Heaven, Melisa, Awang Majlis, See more
Phone: 05-808 6577
Opened: 1961
Number of animals: 1,200
Land area: 34 acres (14 ha)
No. of species: 180



Untuk trip kali ni, anak-anak request supaya SR jangan asyik suruh diorang berhenti dan posing untuk bergambar. Sebab diorang nak betul-betul menikmati jalan-jalan dalam zoo tu, tanpa asyik kena bergambar.

Sepakat pulak tu!

Baiklah, betul juga kan. SR okey je dan turutkan. Dah makin besar, makin tak suka sangat bergambar. Ambillah dua tiga keping untuk kenangan di Zoo Taiping ni. Actually, situasi ni bagus. Phone SR kekal dalam poket je sepanjang masa, tak lenguh tangan nak pegang phone, dan tak stress nak gather diorang untuk pose.






Paling best dilihat masa kami ke sini adalah chimpanzee dan gajah. Anak-anak memang suka juga dua haiwan tu. Chimpanzee siap berjoget-joget berpusing lagi kebetulan masa kami depan kandang dia. Kenangan betul, bukan selalu boleh nampak live benda macam tu.

Gajah pulak memang sejenis mesra alam kan, sentiasa melambai-lambai dekat tepi kandang dia.

Overall, pengalaman yang menarik untuk kami semua. Alhamdulillah...

Sekian entry From Taiping With Love! Okey, babaii!!

Catat Ulasan

8 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. lama dah tak pergi zoo taiping.

    BalasPadam
  2. ramainya yang update blog pergi ke zoo.. kami ni hari2 tengok kucing sahaja.. :D :D :D

    BalasPadam
  3. Kalau pi ziarah makcik suami kat tepeng mesti la pi zoo tepeng ni. Padahal takde apa pun. Hihi

    BalasPadam
  4. Lama tak pergi Taiping. Suka suasana kat sana.

    BalasPadam
  5. Sy x pernah lagi bwk kids ke Zoo Taiping..Mmg ade planning nk bwk..=)

    BalasPadam
  6. Pernah nak masuk zoo Taiping ni tapi tak jadi, hihi.

    BalasPadam
  7. Saya biasanya kalau memang anak2 tak nak bergambar lagi, saya ambil secara candid jadinya 🤭. At least adalah foto2 ekspresi mereka saat di dalam.

    Baguus juga zoo taiping ini yaa. Saya ada beberapa kali baca ttg ini. Tp belum rezeki memang kesana.

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad