Assalamualaikum wbt
Mid Ogos hari tu, SR dan Zaimi ada balik sekejap ke Senawang sebab nak uruskan beberapa perkara berkaitan rumah.
Plan asal lepas selesai semua urusan, SR ingat nak ajak Zaimi makan dekat Restoran Bundo Kanduang yang belakang Giant Senawang tu. Tapi sebaik sahaja kereta kami belok masuk ke kawasan Taipan Senawang, terus SR teringin nak makan Bumbu Babah. Apalagi, terus cari parking, dan mujur sangat dapat betul-betul depan kedai. Yeay!
Ini kali pertama SR dan Zaimi nak cuba makan di kedai milik pelawak dan penyampai radio terkenal, Ajak Shiro ni. Memang zero knowledge sebab tak pernah baca sebarang review sebelum ni. Cuma tahu Ajak Shiro ada buka kedai makan Bumbu Babah.
Kedai ni ada banyak cawangan, jadi kami cubalah cawangan yang ada di Taipan Senawang ni. Bila masuk, barulah SR tahu yang Bumbu Babah ni mengamalkan konsep fast food.
Beratur dan buat pesanan di kaunter.
Pilih set hidangan yang dihajati.
Pilih minuman.
Buat pembayaran.
Ambil makanan di ruangan Pick Up.
Untuk menu pilihan:
SR: Set Nasi Padang Ayam Goreng Kalasan, bergedil add on, bersama air cincau tin.
Zaimi: Set Nasi Padang Ikan Keli Goreng bersama air soya tin.
Lepas dah bayar dan ambil pesanan, kami pilih meja di bahagian dalam yang ada aircond. Disebabkan air minuman dalam tin, SR pergi ambil cawan, straw, dan ais di ruangan katering khas yang disediakan.
| Set pilihan SR |
| Set Nasi Padang Zaimi |
Maka bermulalah sesi menikmati hidangan! Pergh, sedap sungguh sambal dia! SR memang suka sangat dengan sambal merah tu. Zaimi pula macam biasa, peminat tegar makanan pedas, memang licin semua sambal dia kerjakan. Ulam dan sayur-sayuran pun segar serta sedap.
Overall, memang kenyang dan sangat puas hati. Jumlah harga makan untuk dua orang masa ni di bawah RM50. Cukup berbaloi untuk sesiapa yang nak dating sambil menangis sebab penangan pedas sambal Bumbu Babah ni. Sampai SR berlarilah semula ke kaunter sebab nak beli air mineral pula 2 botol sebab pedas dan air kami tadi dah habis hahahaha!
Selesai makan, kami bergegas balik ke Kajang semula sebab nak jemput Amir dan Ayu. Adakah SR akan repeat lagi? Jawapannya, YA! SR pasti akan repeat sebab rasanya memang sangat kena dengan selera SR.
Korang pula macam mana? Pernah cuba makan di mana-mana cawangan Bumbu Babah tak? Set mana yang jadi favorite korang?

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.