Pertama Kali Try Bumbu Babah Senawang

 Assalamualaikum wbt



Mid Ogos hari tu, SR dan Zaimi ada balik sekejap ke Senawang sebab nak uruskan beberapa perkara berkaitan rumah.


Plan asal lepas selesai semua urusan, SR ingat nak ajak Zaimi makan dekat Restoran Bundo Kanduang yang belakang Giant Senawang tu. Tapi sebaik sahaja kereta kami belok masuk ke kawasan Taipan Senawang, terus SR teringin nak makan Bumbu Babah. Apalagi, terus cari parking, dan mujur sangat dapat betul-betul depan kedai. Yeay!


 



Ini kali pertama SR dan Zaimi nak cuba makan di kedai milik pelawak dan penyampai radio terkenal, Ajak Shiro ni. Memang zero knowledge sebab tak pernah baca sebarang review sebelum ni. Cuma tahu Ajak Shiro ada buka kedai makan Bumbu Babah. 






Kedai ni ada banyak cawangan, jadi kami cubalah cawangan yang ada di Taipan Senawang ni. Bila masuk, barulah SR tahu yang Bumbu Babah ni mengamalkan konsep fast food.

  • Beratur dan buat pesanan di kaunter.

  • Pilih set hidangan yang dihajati.

  • Pilih minuman.

  • Buat pembayaran.

  • Ambil makanan di ruangan Pick Up.


 



Untuk menu pilihan:


Lepas dah bayar dan ambil pesanan, kami pilih meja di bahagian dalam yang ada aircond. Disebabkan air minuman dalam tin, SR pergi ambil cawan, straw, dan ais di ruangan katering khas yang disediakan.


Set pilihan SR


Set Nasi Padang Zaimi



Maka bermulalah sesi menikmati hidangan! Pergh, sedap sungguh sambal dia! SR memang suka sangat dengan sambal merah tu. Zaimi pula macam biasa, peminat tegar makanan pedas, memang licin semua sambal dia kerjakan. Ulam dan sayur-sayuran pun segar serta sedap.


Overall, memang kenyang dan sangat puas hati. Jumlah harga makan untuk dua orang masa ni di bawah RM50. Cukup berbaloi untuk sesiapa yang nak dating sambil menangis sebab penangan pedas sambal Bumbu Babah ni. Sampai SR berlarilah semula ke kaunter sebab nak beli air mineral pula 2 botol sebab pedas dan air kami tadi dah habis hahahaha!




Selesai makan, kami bergegas balik ke Kajang semula sebab nak jemput Amir dan Ayu. Adakah SR akan repeat lagi? Jawapannya, YA! SR pasti akan repeat sebab rasanya memang sangat kena dengan selera SR. 


Korang pula macam mana? Pernah cuba makan di mana-mana cawangan Bumbu Babah tak? Set mana yang jadi favorite korang? 

Catat Ulasan

15 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Br tau ajak shiro ada kedai mkn... must try ni kalau ada fly ke sana

    BalasPadam
  2. Pernah try gak byk kali dan menu tetap sama je di order.. ayam kalasan dengan daging dendeng heheh

    BalasPadam
  3. so far tak pernah try lagi..ada nampak restoran ni dlam TV value mart batu caves

    BalasPadam
  4. Dah beberapa kali try juga kat Food Court Mydin Usj. Saya memang peminat Nasi Padang.

    BalasPadam
  5. tak pernah makan lagi dekat bumbu babah ni tapi ada niat nak cuba. lepas baca review kak syaz lagi membuak rasa nak cuba tu

    BalasPadam
  6. kak ana tak pernah lagi try makan di Bumbu Babah ni SR , nampak sedap juga menunya tu :)

    BalasPadam
  7. PH pun suka makanan Bumbu Babah. So far dah 2x makan.

    BalasPadam
  8. Belum pernah cuba. Jadinya ada 2 cawanganlah kan di Seremban ni. Satu lagi ni Mydin Seremban 2.

    BalasPadam
  9. Tak pernah try lagi. Nantila ada masa nak try.

    BalasPadam
  10. Saya pikir ini restoran peranakan, Krn pakai kata BABAH 😅😅. Ternyata Padang pula.

    Saya memang sukaaa nasi Padang.

    Nanti kalau Syaz ke Jakarta, kabari saya, kita makan nasi Padang di sini lah 😄

    BalasPadam
  11. kalau berulang singgah di situ tentu menunya sedap yakmat

    BalasPadam
  12. Dekat Perak ni, saya tak pernah jumpa lagi. Baru tahu Ajak Shiro ada buka restoran dan sudah ada banyak cawangan.

    BalasPadam
  13. harap dibuka satu cawangan di Kelate utk sy cuba makanannya.

    BalasPadam
  14. Tak pernah try lagi, kena google bumbu babah near me.. hihi

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad