| Antara pakaian yang telah di-clutter |
Rabu lepas, SR ada balik ke rumah kami di Senawang. Dah hampir 3 tahun sebenarnya kami tak duduk situ. Insya-Allah, tak lama lagi, sekitar bulan 10 atau 11 nanti, kami bakal kembali menetap di sana sebab tempoh Cuti Belajar Bergaji Penuh SR dan Zaimi pun dah nak sampai ke penghujungnya.
Bila rumah ditinggalkan selama 3 tahun, suasana dan barang-barang di dalamnya memang betul-betul froze in time. Itu belum kira barang yang dah rosak. Tapi yang paling membuatkan masa seolah-olah terhenti ialah baju-baju anak yang tersimpan rapi dalam almari, iaitu baju yang kami tak bawa sekali berpindah ke Kajang dulu.
Jadi, misi SR hari tu memang nak clearkan apa yang patut.
Menung Depan Kenangan Masa Kecil
Termenung sekejap SR di hadapan longgokan baju-baju kecil tu. Terbayang balik baju yang pernah dipakai oleh Adam dan Amir masa umur mereka baru 3 atau 4 tahun. Ada juga baju dress comel milik Ayu masa dia berumur 2 atau 3 tahun.
Itulah kan, bila kita tak tengok, kadang-kadang kita tak rasa pun baju-baju tu dah tak diperlukan lagi dalam rumah. Tapi hari tu, bila ada depan mata, baru tersedar yang baju-baju comel ni semua dah tak ada 'tuannya' yang boleh pakai lagi.
Touching sangat rasa hati. Meleleh juga air mata... Dulu, walaupun baju-baju tu dah lusuh, SR sendiri tak tahu kenapa sayang sangat nak buang.
Melepaskan Pakaian Lama, Menyebar Manfaat
Akhirnya kali ni SR tekadkan hati:
Baju yang dah lusuh: SR asingkan, sama ada dibuang atau dijadikan kain lap dan kain buruk rumah.
Baju yang masih elok: SR pack elok-elok untuk didermakan kepada rumah anak-anak yatim di sekitar Bangi.
Sebelum ni pun, SR dah pernah hadiahkan pusingan pertama baju-baju yang dah kecil dari rumah Kajang. Tapi bila mengemas baju-baju di Senawang ni, rasa syahdu dia lain macam sikit.
Allah... rindunya masa anak-anak masih kecil. Masa mereka masih berpampers, hisap puting, berkepit manja, dan wangi dengan bau baby.
Momen Anak Membesar Yang Takkan Kembali
Sekarang, alhamdulillah semuanya dah besar-besar. Tapi kerinduan pada zaman mereka kecil tu memang sentiasa ada. Sedihnya, momen tu cuma boleh diulang tayang menerusi koleksi gambar dan video lama sahaja.
Masa mengemas tu, SR capai baju-baju kecil tu semua, SR peluk erat-erat. Dalam hati, diam-diam SR bisikkan:
"Terima kasih anak-anak omak versi kecil dulu, sebab dah ceriakan hidup omak dan bagi omak fahami apa itu maksud kebahagiaan sebenar bersama korang. Omak lepaskan korang wahai anak-anak versi kecil omak. Marilah kita terus berjalan bersama korang versi sekarang pula, yang tengah rajin membantu omak dan ayah ni, sementara belum melangkah dewasa dan membawa haluan masing-masing nanti..."
Itulah kan perasaan seorang ibu. Tengok baju lama anak-anak pun boleh banjir air mata, haha!
Tapi bila dah selesai, lega sangat rasanya sebab almari pun dah kosong dan bersih. Lepas ni bolehlah angkut dan masukkan baju-baju latest dari Kajang tanpa perlu pening kepala fikirkan baju-baju lama yang menimbun lagi.
Berikut adalah antara kepentingan utama declutter (mengemas dan mengurangkan) pakaian lama:
Menjimatkan Masa & Ruang: Almari menjadi lebih kemas dan teratur. Anda tak perlu lagi membuang masa setiap pagi memilih baju di tengah-tengah longgokan pakaian yang dah tak dipakai.
Mengurangkan Stres & Beban Minda: Ruang yang berselerak dan padat boleh memberi tekanan secara tak sedar. Ruang simpanan yang lapang memberi rasa lega dan tenang (mental clarity).
Menjana Pahala & Menyebar Manfaat: Baju-baju yang masih elok boleh didermakan kepada rumah anak-anak yatim atau golongan memerlukan. Barang yang kita tak guna lagi mungkin menjadi rezeki besar buat orang lain.
Memudahkan Urusan Harian & Kebersihan: Kurang pakaian lama bermaksud kurang habuk yang terkumpul di dalam almari, sekali gus memudahkan proses membersihkan rumah.
Satu Bentuk 'Emotional Healing': Mengemas baju lama membantu kita belajar melepaskan (letting go) kenangan lalu atau fasa hidup yang telah berlalu untuk memberi ruang kepada fasa hidup baru.
.jpg)
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.