Assalamualaikum wbt
Mungkin ada yang dah tahu, atau mungkin juga masih ada yang belum tahu, sejak 2024, SR ada join dunia penulisan ebook fiksyen bersama rakan-rakan penulis yang hebat dan komited menerbitkan ebook mereka.
Maklumlah, dari SR kecil, SR ada cita-cita hendak jadi penulis fiksyen. Memang SR bertuah sebab diterima untuk berkombo dan menjual ebook SR bersama-sama mereka dengan nama pena Syaz Eym. Siapa sangka, harapan untuk hasil karya yang emak SR sering kata hanya 'berangan' dan buang masa tu, ada juga orang yang baca.
Antaranya adalah Sis Sha Mohamed. Terhutang budi betul SR, sebab bukan sahaja dia baca, dia tulis ulasan pula di blog juga di platform Goodreads. Cita-cita jadi nyatalah boleh dikata, walau tidaklah seramai mana umat yang turut membaca. Rata-ratanya beli sebab jualan dalam bentuk kombo, hendak tak hendak, dia kena beli ebook Syaz Eym tu sebab nak dapatkan ebook penulis kegemaran mereka yang ada dalam kombo tu.
SR sebenarnya menulis ebook semua tu, sebab eskapisme dari stres ketika sambung pengajian ni. Mana yang dah tahu, SR sekarang sedang dalam waktu Cuti Belajar Bergaji Penuh. Memang selepas stres, penat dan rasa nak give up ke apa dalam mode belajar, SR akan menulis fiksyen. Beranganlah kan macam mak SR kata walaupun SR tak pernah setuju dengan term tu! Orang kata, hobi sambil-sambil.
Namun, semuanya telah sampai ke titik akhir. Cuti belajar pun sudah hendak habis, pengajian pun menuntut kesudahan, bulan Oktober nanti SR harus masuk bekerja semula. Maka, setelah SR pertimbangkan sebaiknya, SR harus melepaskan dunia fiksyen ini.
Adalah juga beberapa isu, tapi itu semua SR anggap sebagai signal dari Yang Esa agar SR terus memilih keutamaan sebenar. Sebab, walaupun orang selalu ingat menulis cerita cinta, kisah hidup dan fiksyen itu mudah seperti memetik jari, realitinya tidak ya. Bukan mudah untuk terus menulis dan mencari ilham agar tidak klise mahu pun didatangi writer's block.
Jujur cakap, writer's block dalam menulis makalah ilmiah seperti journal saintific dan akademia, tidak sesukar memikirkan plot twist dan ending yang tidak disukai pembaca. Walaupun sebenarnya, jalan cerita dan kesudahan fiksyen itu seharusnya ikut sukalah penulis itu hendak garap macam mana, namun tidak SR sangkal, perlu juga diambil kira pendapat dan selera pembaca. Sumpah, serious talk.
Ending tak kena dengan selera, ada yang buat ulasan kejam tau. Haha! Ada juga yang baru baca separuh, dia rasa tak kena dengan mood, dia terus benamkan sahaja ebook itu. Sudahlah begitu, dicanang pula di media sosial yang ebook itu tak kena dengan selera dia. Parah, apabila dia ramai pengikut. Sudah orang lain yang entah-entah seleranya kena, turut tak baca. Hahaha ya itulah antara cabaran.
Benar, nak tepati citarasa semua, dan mendapat pembaca yang ramai, bukan senang. Kudos kepada yang berjaya membuat jualan beribu-ribu fail untuk setiap tajuk yang dia tulis. Semoga terus sukses.
SR? Sampai di sini dahulu, ada rezeki, Syaz Eym mungkin kembali. Buat masa sekarang, Syaz Eym, dan ebook-ebooknya, SR sumbat dalam Google Drive. Biar jadi pekasam. Haha!
Adakah SR merajuk? Adakah SR tidak bersyukur atau putus asa? Adakah SR mengada-ada? Tidak. SR cuma rasa hendak keluar dari dunia itu, itu sahaja. Tak semua keputusan yang diambil perlu ada justifikasi, kan? Hidup ini bukan research paper yang sentiasa kena ada sebab, gap dan citation.
Setelah hampir sebulan SR keluar dari dunia tu, yang mana semua media sosial berkaitan pun SR padamkan termasuklah Facebook, TikTok dan Instagram, sekarang SR rasa nak delete juga semua fail-fail ebook itu yang ada dalam laptop SR ni. Sebab setiap kali terpandang, hati SR terluka. Cewah!
Jadi hari ini, SR create new folder di Google Drive.
.jpg)
Sedih pulak membacanya. Mungkin ada hikmahnya nanti. Mungkin juga masa untuk berehat seketika. Kita memang tak boleh puaskan hati semua orang kan. Itu biasa. Teruskan bersemangat. Tahniah dah nak habis study dah Dr. Syaz.
BalasPadamSetuju sangat! Cabaran penulis fiksyen dan e-book berbeza. Rehatlah dulu, yang penting jiwa tenang dan terus berkarya.
BalasPadamBanyaknya fail sampai 581.
BalasPadamMungkin apabila hati tidak terluka, Syaz akan menyambung semula. Insya Allah.
Suka dengan perenggan akhir tu tak semua keputusan perlukan justifikasi. Cabaran dunia fiksyen dan writer's block ni memang lain macam, apatah lagi nak kena hadap review netizen. Selamat kembali ke alam kerjaya nanti, semoga terus sukses dalam apa jua bidang
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.