Dah Ada MyKad, Tapi Tetap Baby Mak!

 Assalamualaikum wbt


Bulan April sentiasa ada tempat istimewa dalam hati kami sekeluarga. Mana tidaknya, bulan ni lah bulan kelahiran anak sulung kami, Adam.


Bila tengok dia sekarang, kadang-kadang rasa macam tak percaya. Officially dah 13 tahun usianya, dah ada MyKad sendiri! Dah bukan kategori kanak-kanak lagi dah. Tapi itulah, bak kata orang, sejauh mana pun anak tu membesar, dekat mata SR ni… dia tetap baby SR. Hehe. 🥰


Tahun ni kami tak buat majlis besar-besar pun dekat rumah. Cuma bawa keluarga keluar mengambil angin ke Metropoint Kajang. Destinasi pilihan semestinya Secret Recipe, sebab alang-alang nak makan-makan, boleh terus terus settle bab kek hari lahir!

Bab pilih kek pula ada cerita comelnya. Bila tanya Adam nak kek apa, selamba je dia jawab:

"Mak dengan Ayah pilih je lah kek apa-apa pun..."


Mudah betul urusan! Apa lagi, SR dengan Zaimi pun pilih kek saiz kecil yang available dekat kabinet display masa tu: Kek Onde-Onde! Rasa tempatan yang wangi dengan kelapa dan gula melaka, memang layan habis.


Ini sedikit info dari laman web Secret Recipe sendiri mengenai Kek Onde-Onde:

Onde Onde Cake

Product Detail

 

Ingredients:  Pandan Sponge, Gula Melaka, Coconut, White Chocolate Couverture, Cream, Sugar, Soy Bean Oil, Flour, Condensed Milk

Texture: Creamy

Density: Fluffy

Size: ±4.5inch

Base: Non-biscuit

Taste: Fragrant and flavourful mix of Gula Melaka, Coconut & Pandan.





Sementara menunggu makanan sampai dan selepas selesai potong kek, kami ambil kesempatan untuk bergambar buat kenangan. Tapi yang paling bernilai mestilah momen kami duduk bersembang lima beranak.



Sejak Adam dapat tawaran dan masuk ke SBP, masa untuk kami berkumpul cukuplah rare dan priceless. Yelah, bila sorang dah "terbang" ke asrama, suasana tu memang berbeza. Masa April tu pun dikira masih awal lagi untuk dia menyesuaikan diri dengan kehidupan di sana.


Memang bermacam-macam benda yang kami bualkan! Bertubi-tubi soalan keluar nak tahu pasal perjalanan hariannya, kawan-kawan baharu, makanan asrama, dan pelbagai pengalaman baharu yang dia lalui. Seronok sangat mendengar dia bercerita!


Doa & Harapan Seorang Ibu



Melihat dia makin dewasa dan belajar berdikari jauh dari mata, hanya doa yang mampu mengiringi setiap langkahnya:


Harapan SR, semoga Adam terus diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki. Moga setiap pengalaman manis mahupun cabaran yang dikurniakan oleh Yang Esa menjadi bekal mendewasakan dirinya. Semoga Adam tumbuh menjadi umat yang soleh, berhati mulia, serta bererti perbuatannya. Moga abang Adam terus menjadi contoh dan ikutan yang baik buat adik-adik (Amir & Ayu), dan moga ikatan silaturrahim antara mereka bertiga kekal utuh dan erat sehingga ke syurga-Nya.


Aamiin YRA... 🤲✨



PS: Setiap detik yang berlalu mungkin takkan ulang kembali, tapi kenangan manis April 2026 ini akan sentiasa terpahat rapi di sini. ❤️

Catat Ulasan

23 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Sanah helwah Adam! Pejam celik dah ada MyKad, tapi tetap baby kat mata ibu kan. Sambung celebration kat Secret Recipe Metropoint Kajang memang mantap! Oishii! Kombinasi Pandan Sponge & Gula Melaka ni memang aroma Malaysian flavor paling juara! Fluffy sangat nampak. Kek saiz 4.5 inci macam ni selalunya sesuai makan berapa orang ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, entahlah, tapi kami makan lima beranak, habis terus dekat situ juga tanpa bungkus bawa balik lebihan =)

      Padam
  2. happy birthday utk anak sulung Syaz..dh dok asrama smoga baik2 aje dgn environment baru

    BalasPadam
  3. hepi besday baby omak itteww., aminn

    BalasPadam
  4. sampai2 bila pun..always be our baby kan... bujang dah hero ni..moga membesar dgn sihat, berjaya dunia akhirat & hjadi anak yg soleh....aamiin

    BalasPadam
  5. Happy belated birthday Adam..makin besar makin hensem dah,moga sentiasa sihat,panjang umur,dipermudahkan semua urusan Adam sepanjang di SBP,berjaya cemerlang dunia akhirat

    BalasPadam
  6. selamat hari lahir adam, moga membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh.. meraikan hari anak-anak walaupun dengan ringkas tetapi penuh bermakna

    BalasPadam
  7. Hehe tengok monyok je Adam. Dah besar eh? Cepat masa berlalu.

    BalasPadam
  8. biasa la kan, perasaan seorang ibu. sebesar mana pon anaknya, dimatanya tetap baby lagi

    BalasPadam
  9. Kejap je abadam dah besar. Form 1 dah dia masuk asrama. Rasa macam baru je cerita zaman sekolah rendah. Senyum sikit abadam. heee
    Happy birthday Adam, Semoga berjaya dunia akhirat. Aamiin...

    BalasPadam
  10. HPBDAY ADAM ANAK SOLEH WAH SUDAH REMAJA MAKIN HENSEM

    BalasPadam
  11. Happiest birthday Adam.
    Moga jadi anak yang sentiasa membahagiakan ibu dan ayah.
    Awat muka takmo senyum😃

    BalasPadam
  12. Sampai bila² pun tetaplah anak tb baby kita kan. Belated Happy Birthday Abadam. Semoga dilindungi Allah SWT setiap langkah dan berjaya selalu hendaknya 🤲🏻

    BalasPadam
  13. Besar mana pun..tetap baby emak.. happy belated birthday Adam, moga sentiasa dalam rahmat Allah SWT..aamin..

    Satu family berkaca mata..

    BalasPadam
  14. Wah Adam dah bujang. Semoga terus cemerlang dlm kehidupan namun tetaplah tidak lupa di mana bumi dipihak. Happy belated birthday young gentleman🎊

    BalasPadam
  15. sanah helwah adam! moga jd anak soleh! nampak dh semakin tinggi betul tu adam berbanding adik2nya

    BalasPadam
  16. happy belated birthday adam
    amboiiii tinggi tuuuu tak leh bw bincang...
    kompem mendongak maknya bila bercakap ;-)

    BalasPadam
  17. Happy belated birthday buat Adam.. Semoga sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah.. Aamiin..

    BalasPadam
  18. Happy belated birthday Adam. Semoga di bawah rahmat Allah, dipermudahkan semua urusan, menjadi anak soleh yang penyejuk hati omma dan appa nya. Anak-anak ni sampai bila-bila pun baby kan?

    BalasPadam
  19. Dah lama tak makan kek kat SR (Secret Resepi)

    BalasPadam
  20. Betul lah tuh.... Walau anak semakin besar, tapi di mata kita mereka tetap bayi kecil yg manja ❤️❤️❤️.

    Selamat ulang tahu Adam. 🎉🎉🎉🎉🎂 Semoga Adam membesar dengan baik, dan menjadi gentleman sejati. Suatu saat nanti bisa menjadi kebanggaan ibu ayah yaa 🤗

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad