Apabila mendapat berita seseorang yang kita kenali meninggal dunia, antara perkara yang biasa dilakukan ialah menziarahi keluarga arwah. Bukan sekadar datang untuk melihat jenazah atau memenuhi tuntutan sosial, tetapi kehadiran kita sebenarnya boleh menjadi satu bentuk sokongan kepada keluarga yang sedang berduka.
Cuma dalam keadaan begini, ada beberapa adab menziarah orang meninggal dunia yang elok kita jaga. Waktu kematian bukanlah waktu biasa. Emosi keluarga mungkin masih bercampur-baur, urusan pula banyak yang perlu diselesaikan. Jadi sebagai tetamu, biarlah kehadiran kita meringankan, bukannya menambahkan beban.
Datang Dengan Niat Yang Baik
Pertama sekali, datanglah dengan niat untuk memberikan penghormatan, mendoakan arwah dan memberi sokongan kepada keluarga. Ucapkan takziah dengan kata-kata yang ringkas dan baik. Kadang-kadang kita tidak perlu bercakap panjang pun. SR rasa dalam situasi begini, ayat yang sederhana seperti mendoakan keluarga diberikan kekuatan sudah cukup bermakna.
Elakkan bertanya terlalu banyak tentang bagaimana arwah meninggal dunia, terutama jika kematian berlaku secara mengejut atau dalam keadaan yang menyedihkan. Kalau keluarga sendiri mahu bercerita, kita dengarkan. Kalau tidak, tak perlulah dikorek-korek cerita.
Jaga Percakapan Ketika Menziarah
Ini antara perkara yang SR rasa sangat penting. Ketika berada di rumah keluarga yang baru kehilangan orang tersayang, jagalah suara dan percakapan. Elakkan bergelak ketawa terlalu kuat, bergosip atau menjadikan waktu ziarah sebagai tempat bersembang panjang tentang perkara lain. Kadang-kadang apabila bertemu saudara-mara atau kawan lama, memang seronok hendak berbual. Tetapi kena ingat semula tujuan kita datang.
Begitu juga dengan kata-kata yang mungkin kita anggap mahu memujuk, tetapi sebenarnya boleh mengguris hati. Tidak perlu membandingkan kehilangan mereka dengan pengalaman orang lain. Setiap orang melalui kesedihan dengan cara yang berbeza.
Jangan Duduk Terlalu Lama
Kalau keadaan rumah sesak dengan tetamu, SR rasa lebih baik kita beri ruang kepada orang lain pula. Sampaikan salam takziah, bacakan doa yang sesuai, hulurkan bantuan jika diperlukan dan beredar apabila dirasakan waktunya sesuai.
Keluarga arwah mungkin perlu menguruskan banyak perkara seperti pengurusan jenazah, pengebumian, tetamu dan ahli keluarga yang datang dari jauh. Mereka juga mungkin penat secara fizikal dan emosi. Sebab itu adab ziarah kematian termasuklah memahami keadaan tuan rumah dan tidak mengharapkan mereka melayan kita seperti tetamu pada hari biasa.
Elakkan Ambil Gambar Sesuka Hati
Zaman sekarang telefon memang sentiasa berada di tangan. Tetapi bukan semua keadaan perlu dirakam dan dimuat naik ke media sosial. Elakkan mengambil gambar jenazah atau ahli keluarga yang sedang menangis tanpa izin. Begitu juga dengan membuat live, merakam suasana rumah atau berkongsi maklumat mengenai kematian sebelum keluarga bersedia mengumumkannya. Bagi SR, privasi keluarga ketika sedang berduka patut dihormati. Ada perkara yang lebih baik kekal sebagai urusan keluarga sahaja.
Kalau Boleh, Ringankan Beban
Menziarah keluarga orang meninggal dunia bukan semestinya datang dengan tangan kosong dari segi bantuan. Kalau kita rapat dengan keluarga, bolehlah bertanya apa yang boleh dibantu. Mungkin boleh membantu menyediakan minuman, menguruskan makanan, menjaga anak kecil seketika atau membantu perkara-perkara mudah yang diperlukan. Kadang-kadang bantuan kecil begini jauh lebih berguna daripada duduk lama semata-mata kerana mahu menunjukkan kita hadir.
Akhirnya, adab menziarah orang meninggal dunia banyak berkait dengan empati. Datang dengan baik, bercakap dengan baik dan pulang dengan meninggalkan sedikit ketenangan kepada keluarga yang sedang diuji. Kita mungkin tidak mampu menghilangkan kesedihan mereka. Tetapi sekurang-kurangnya, jangan sampai kehadiran kita menambah kesedihan yang sedang mereka tanggung.
Penafian: Artikel ini bertujuan sebagai perkongsian umum berkaitan adab ziarah kematian dan bukan pengganti rujukan hukum daripada pihak berautoriti atau agamawan yang bertauliah.

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.