Ayu ni walaupun baru berusia 8 tahun, bab membantu SR kemas rumah memang boleh tahan rajin. Sejak kami sibuk mengemas untuk pindah semula ke Senawang, dia antara orang yang selalu ikut SR naik turun rumah, angkat barang ringan dan tolong mana yang dia mampu.
Alhamdulillah, dah boleh harap dah anak dara SR ni. Amir pun sama sebenarnya. Cuma Ayu lebih kerap SR bawa ke Senawang, manakala Amir biasanya ikut kalau Zaimi pergi sekali. Dua-dua dah boleh jadi pembantu kecil kami. Adam? Dia tak ada di rumah sebab di asrama. Kalau ada, memang automatik dapat jawatan tukang angkat barang berat. Hehe.
Penat Mengemas, Sekali Shopping
Minggu lepas, SR datang ke Senawang berdua sahaja dengan Ayu. Perancangannya mudah. Kami nak kemas saki-baki barang di bilik tingkat atas sambil tunggu cleaner datang membersihkan rumah. Tapi entah macam mana, sementara cleaner buat kerja, SR dengan Ayu boleh pula tersasar pergi shopping di Mydin Senawang dan Giant Senawang. Hahaha. Begitulah.
Akhirnya malam tu SR buat keputusan untuk bermalam sahaja di rumah Senawang. Lagipun rumah dah kembali bersih. Hilang segala habuk, sawang dan tahi cicak yang buat SR rasa tak senang duduk sebelum tu. Cadar pun semuanya dah ditukar baru. Barulah rasa macam rumah semula. Alhamdulillah.
Ayu Nak Sarapan Ala Kafe
Esok paginya, Ayu tiba-tiba cakap dia nak sarapan di kedai ala-ala kafe. Kemainn! SR sebenarnya dah terbayang nak pesan Nasi Lemak Papa sahaja dan tunggu makanan sampai depan pintu. Tapi mengenangkan Ayu banyak membantu SR sepanjang proses mengemas rumah, SR layankan juga permintaannya.
Masalahnya, dah hampir tiga tahun tak duduk di Senawang. SR sendiri dah tak tahu mana satu kafe di Senawang yang sedap dan sesuai untuk sarapan. Jadi SR pun mencari cadangan tempat sarapan sekitar Senawang dan akhirnya terjumpa Daily Coffee Senawang, Espresso Inspirasi Perancis.
Lokasinya di Bandar Prima Senawang. Kalau orang tempatan nak agak lebih mudah, lokasinya berdekatan Mydin Mall Senawang, sederet dengan MR.DIY dan Kedai Ustazah Asma'. Maka pergilah kami berdua. Ayu pakai pakaian main sauk je, lucu menengoknya. Sebenarnya sebab itu sahaja baju yang ada dengan dia masa tu. Hahaha! Tak apalah, apa pun Ayu tetap cute di mata mak dia.
Pertama Kali Ke Daily Coffee Senawang
Masuk sahaja ke Daily Coffee Senawang ni, SR terus suka dengan suasananya. Ruang kafe agak besar, susunan meja nampak kemas dan suasananya terasa cozy. Kami pilih meja kecil untuk dua orang di bahagian tepi.
Ini sebenarnya satu perkara yang SR suka tentang kafe yang mempunyai banyak pilihan menu. Kalau datang satu keluarga dan selera masing-masing berbeza, lebih mudah nak pilih makanan.
Big Breakfast Ayu Memang Besar
Ayu akhirnya memilih jus epal dan set big breakfast. Nama pun big breakfast, memang besar betul hidangannya. Sampai mengah juga budak tu nak habiskan makanan dia.
| Big Breakfast |
Untuk menu Ayu pula, secara peribadi SR rasa ada sedikit ruang untuk ditambah baik. Jus epalnya mungkin boleh dibuat sedikit lebih manis, manakala sosej jumbo dalam big breakfast tu SR lebih suka kalau dimasak sedikit lagi. Tapi itu berdasarkan selera kami berdua sahaja ya.
Berbaloi Tak Makan Di Sini?
Dari segi suasana, SR selesa makan di Daily Coffee Senawang. Kerusinya empuk, meja dan lantai pun bersih, manakala ruang makan terasa lapang. Jumlah sarapan SR dengan Ayu hari tu lebih kurang RM50 lebih untuk dua orang.
Bagi SR, masih okey sebab saiz hidangannya agak banyak. Set big breakfast Ayu tu pun memang mengenyangkan. Kalau jenis makan tak banyak, memang kena datang dengan perut betul-betul kosong.
Secara keseluruhannya, pengalaman pertama SR makan di Daily Coffee Senawang memang memuaskan hati. Paling SR suka sebenarnya bukan setakat makanan. Dapat duduk sarapan berdua dengan Ayu selepas dia penat membantu SR mengemas rumah pun dah jadi satu memori kecil yang manis. Kiranya upah jadi pembantu mak beberapa hari. Hehe.
Kalau SR mencari kafe di Senawang untuk sarapan atau nak makan santai bersama keluarga selepas ni, bolehlah Daily Coffee masuk dalam senarai untuk datang lagi. Korang yang duduk sekitar Senawang, pernah makan di sini? Menu apa yang korang dah cuba dan rasa sedap?
Penafian
Artikel ini berdasarkan pengalaman peribadi ketika berkunjung. Harga, menu, rasa, saiz hidangan dan perkhidmatan mungkin berubah serta berbeza mengikut kunjungan dan pilihan individu.

Bagus Ayu, kecik kecik dah pandai mengemas..
BalasPadamUntung juga masih ada geng teman tu SR.. kalau Sis dah tinggal sorang ermmm memang hujung minggu aja laa keluar dating.. tunggu Cucu besar pulak..
Paling suka big breakfast tu laa, portion boleh makan berdua eaa
Masih belum lagi explore Senawang, mungkin di bulan - bulan mendatang. Silap2 tahun depan.
BalasPadamReward untuk Ayu yang rajin membantu 👍🏽😀
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.