Sempat Lagi Beli Beg Christy Ng!




Kan SR dah mula masuk kerja semula baru-baru ni. Tengah sibuk nak sesuaikan diri dengan rutin bekerja, ulang-alik ke kampus, urusan rumah dan macam-macam lagi. Dalam keadaan duit pun tengah sesak sebab banyak keluar belanja untuk baiki rumah, duit minyak ulang-alik dan sebagainya, boleh pula kepala ting tong SR ni pergi beli sesuatu untuk diri sendiri! Hahahaha.


Kononnya nak bagi self reward sebab dah kembali bekerja selepas tamat cuti belajar. Padahal kalau ikutkan keadaan kewangan sekarang, memang patut duduk diam-diam dulu. Tapi biasalah, perempuan dengan beg tangan memang susah nak dipisahkan. Ehehehe.


Terbeli Beg Christy Ng Sebab Harga RM99!

Ceritanya, SR ternampak beg tangan Christy Ng, model Tokyo Mini Print Tote Bag Crossbody yang dijual pada harga RM99 sahaja ketika itu. RM99 tau! Terus rasa macam rugi pula kalau tak beli. Hahaha. Entah macam mana logik SR berfungsi masa tu, daripada nak berjimat terus bertukar kepada alasan, "Alah, sekali-sekala belanja diri sendiri apa salahnya?" Maka, dengan penuh keyakinan, SR pun buat pesanan. SR pilih warna hitam sebab nampak cantik dan senang nak dipadankan dengan pelbagai pakaian. Selesai! Satu lagi beg tangan masuk dalam koleksi. Hahaha.


Beg Christy Ng Sampai, Terus Koyak Plastik!

Bila bungkusan sampai, memang tak tunggu lama. Dengan rakusnya SR terus koyakkan plastik pembungkusan sebab tak sabar nak tengok beg baharu. Nak buat video unboxing? Memang tak sempatlah jawabnya! Hahaha.


 


Lagipun, ini bukan kali pertama SR membeli beg daripada Christy Ng. Dah beberapa kali juga SR beli sebelum ni dan setakat pengalaman SR, semuanya sampai dalam keadaan elok. Pembungkusan pun kemas dan SR tak pernah lagi terima beg yang ada kecacatan. Jadi, tahap kepercayaan SR terhadap jenama ni memang tinggi. Kiranya dah trust habislah! 


 

 


Hadiah Kecil Untuk Diri Sendiri

Jadi, inilah dia beg self reward SR sempena kembali bekerja semula! Yang kelakarnya, lepas dah beli dan beg pun selamat sampai, barulah terfikir satu perkara.



"Eh, bukan ke SR dah ada banyak beg tangan?" Haaa, masa nak beli tak pula teringat semua tu. Bila dah sampai baru nak fikir. Hahahaha.


Tapi tak apalah. Bukan selalu pun SR nak raikan diri sendiri sempena kembali kepada rutin bekerja. Anggaplah beg Christy Ng Tokyo Mini ni sebagai penyuntik semangat kecil untuk SR kembali ke kampus dengan hati yang gembira. Walaupun hakikatnya duit tengah banyak nak digunakan untuk urusan rumah dan perjalanan ulang-alik, sekali-sekala nak buat diri sendiri happy juga kan?


Aahh, lantaklah! Dah beli pun. Okeylah, itu sahaja cerita beg baharu SR kali ni. Nak sambung kerja pula. Semoga beg baharu ni rajinlah menemankan tuannya pergi bekerja. Ehehehe. Bye!


Penafian: Artikel ini berdasarkan pengalaman pembelian peribadi penulis. Harga, promosi dan ketersediaan produk mungkin berubah mengikut masa serta tertakluk pada ketetapan pihak penjual.

Catat Ulasan

15 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Sebelum beli rasa rugi kalau tak beli. Bila dapat begnya eh rasa rugi pula beli sebab beg pattern ni kita ada. Pengalaman saya. Sebenarnya pernah saya suka juga pattern beg SR yang tu tapi brand lain. Takpelah consider ni sebagai self reward la SR. Takde la rasa ruginya....self reward kot....

    BalasPadam
  2. Its okay for self-reward, once a while je kan. Kita pilih jenama beras, walau beras suami yg bayar.. apa ada hal. hehe

    BalasPadam
  3. wah cantiknya beg christy ng hadiah utuk diri mesti terbaik n berharga

    BalasPadam
  4. Takpe, kegembiraan dapat beli beg baru ni harganya lebih dari RM99 :D
    Selain seronok, tambah bersemangat nak ke kelas dgn adanya beg baru.

    BalasPadam
  5. Weaw... bukan beshe-beshe ni... nampak design internasional

    BalasPadam
  6. Dah beli dah pun... hehehe. Apa-apa pun selamat kembali bekerja.

    BalasPadam
  7. He hee biasaa la
    perempuan kan nk sedapkan hati . Dah terbeli pun
    Cantikkk la berkenan pula ciknur

    BalasPadam
  8. kann.. hehe bila dah beli, baru terpikir. lagi 1, mana nak simpan.. dah penuh lemari. haha

    BalasPadam
  9. Saya pun selalu mcm ni 😅 logik saya bila shopping - nanti baucer expired / nanti tak dpt harga diskaun atau beli skrg sbb nak jimat byk / tumpang beli ramai2 nnt boleh dpt free gift 😜

    BalasPadam
  10. self reward gitu walaupun rs dh byk hbag kn

    BalasPadam
  11. Serius cantik bag ni. Tak rugi beli. =D

    BalasPadam
  12. Ganjaran untuk diri sendiri. Lepas ini boleh lah kita bertemu di Uitm Kuala Pilah. he he he

    BalasPadam
  13. sekali sekala kan...tapi sampai hujung sesi persekolahan ni jelah kan SR ulang alik Pilah-Kajang tu...lepas ni pindah balik Seremban semula kan?

    BalasPadam
  14. Owang pompuan memang macamni hehehehe tengok jerr mulanya, last0-last ehh terbeli.. tapi koleksi yang ni Sis takde

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad