Pages

Search This Blog

Showing posts with label Mines. Show all posts
Showing posts with label Mines. Show all posts

Saturday, February 2, 2013

Bakal Ibu Yang Sengal

Hari minggu memang best.
Hari bermalas-malasan.


Bangun pagi tadi, just goreng meehun je sebagai sarapan.
Lepas tu lepak-lepak depan TV sementara nak tunggu tengahari.
Dan tiba-tiba dapat ilham nak tambah baju baby. Keh keh keh..


Bodek zaimi ajak pergi Twins Baby yang baru bukak dalam tahun lepas dekat deret kedai-kedai baru kat Senawang tu. Bodek punya bodek, dalam pukul 1 macam tu keluar rumah.


Bila masuk je, perasan jugaklah yang kedai tu besar dan barang dia tak penuh lagi. Maybe jugak dia baru bukak kot. Dan promoter dia pun macam pandang-pandang macam tu je, tak datang dekat.
Cantek. Aku memang kekok sikit kalau nak membeli-beli ni kalau promoter duk ikut je memanjang. Rasa macam tak nak beli pun ada kalau dia asyik duk ikut je. Haha.


Tengok kat bahagian baju-baju, target nak beli dalam 3-4 pasang lagi.
Sebab terfikir jugak, budak kecik ni kadang-kadang muntah lah, termuak lah.. Jadi beli baju biar cukup lah kot. Walaupun sedar yang selalunya budak-budak ni badan dia cepat naik. Takpelah, beli jugak. Nafsu bergelora nak beli. Kikiki...


Pilih punya pilih, tengok harga dia tak adalah menyebabkan aku kena mentally traumatized macam aku pergi satu kedai kat Mines haritu. Hahaha. Bolehlah, harga dia boleh tahan, kena dengan kecomelan baju-baju dia. Dan ada banyak jenama jugak. Ada Baby Popeye, Paddington Bear, Bebe, Pureen dan macam-macam lagilah.


Then dah puas cuci mata, layan nafsu, sambar 4 pasang, dengan tambah mitten booties sikit, beli beg baby satu, bayar dan gerak balik.


Samoai je kat rumah, macam biasa pergi salin baju semua, then tak sabar nak tengok balik hasil tangkapan kat Twins Baby tadi. Ambik lah baju yang atas sekali dalam plastik tu. Bukak-bukak je sendiri yang terkejut.

Skirt...??
Eh..aku beli gown? Apa kejadahnya semua ini..??
Kenapa aku ambik gown gambar Olive Oyl ni..??


Ah sudah.. boleh pulak aku tersalah ambik. Apa punya careless lah.
Masa kat cashier tu boleh pulak tak perasan tadi.
Agaknya mata sibuk duk tengok benda-benda lain atas meja tu.


Aaaa...boleh tukar tak ni?
Zaimi suruh aku call nombor dekat resit tu.
Ikut hati tak nak dah pergi tukar, malu.
zaimi kata tukar jugak. Nak buat apa skirt tu nanti?
Terus aku teringat cerita P.Ramlee Ibu Mertuaku, ada scene anak Kassim Selamat si Tajudin tu duduk dalam crib sambil pakai gown. hahah!


Ok call, tokey dia kata datanglah. Boleh tukar.
Pheww.. Lega. Pergilah balik di tengah-tengah panas terik tengahari tu.
Ambik sepasang pyjamas pulak..
Adeh.. Tak pasal-pasal. Tu lah, cuai.


Lain kali, beli apa-apa jangan over excited ye.
Pandang dekat apa yang cashier tu pegang.

Kui kui kui..

Sekian kisah bakal ibu yang sengal.



Monday, August 23, 2010

Kaedahnya memilih beg tangan

Hallo =)

Aku teringat beberapa hari lepas aku ada pergi MINES untuk beli handbag untuk buat lasak-lasak..
Maksudnya untuk aku bawak ke hulu ke hilir bukan untuk tujuan formal..
Bukan apa, sayang pulak nak bawak handbag yang bertaraf handbag 'interview' gi berjalan-jalan..
Sayang pulak..huhu..

Memang dah set dalam kepala, nak handbag yang BESAR, TIDAK TERLALU KERAS, BERTALI SATU dan SELESA DIPAKAI.

Tak salah kan meletakkan objektif dalam mencari barang? Sebab aku tidak begitu gemar menerawang untuk window shopping, makanya aku selalu set kan dulu apa yang aku nak beli..huhu..

Sampailah kat tempat jual handbag tu.. memandangkan diriku ini jobless, maka aku budget handbag tu RM30-RM50 sahaja..sebab aku tak mahu guna duit mak atau duit nenek.. 

Ada banyak sangat beg yang cantik-cantik dalam lingkungan harga yang aku nak tu, jadi, aku harus berbalik kepada kritiria yang aku nak tadi.. Secara tak langsung, makan masa lah jugak nak memilih.. Aku pusing-pusing kat tempat beg dalam 20 minit lah jugak..

Ada satu beg tu OK, tapi ada bulu-bulu pulak..aku macam tak nak lah bulu-bulu tu.. Sekali promoter tu bunyik pulak suruh aku cabut bulu tu, boleh ganti dengan aksesori lain.. 

Aku berasa sedikit hangen pulak dia cakap macam tu, dia macam bengang kot aku duk pilih lama-lama.. Nasib baik bulan puasa kalau tak siap lah kau kena maki dengan aku.. Aku berhak pilih yang terbaik untuk aku kan? Lepas tu baru aku jumpa beg yang ada kritiria yang aku nak tu walaupun ada sedikit kekurangan.. But it's OK lah, aku tetap berpuas hati.. =)

Pengajaran dari pengalaman?


Janganlah marah apabila pasangan kamu begitu cerewet memilih barang ketika shopping, kerana dia hanya mahu yang terbaik untuk dirinya, sepertimana dia memilih kamu, penuh dengan ciri-ciri yang terbaik di matanya. 


ps: tidak terlalu choosy, cuma pilihlah yang padan-padan..hehe

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Disclaimer


All content provided on this "Syazni Rahim Blog" blog is for informal reading only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information or comments on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information.

The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.