Pages

Search This Blog

Showing posts with label feature wall. Show all posts
Showing posts with label feature wall. Show all posts

Monday, June 8, 2020

Cubaan Buat Accent Wall / Feature Wall rumah

Sejak musim PKP dari tengah Mac 2020 haritu, ramai juga yang terkena mood mendeko rumah kan. Aku dengan zaimi pun tak terkecuali, tapi tak ada la sampai beli perabot atau pokok semua tu, kamu decide untuk cat rumah. 
Siapa yang pernah pergi rumah aku memang akan tau yang rumah aku ni, penuh semua dinding dengan contengan anak kat dinding hahah! Sebab kami asalnya tak kisah anak conteng dinding, tapi bila mengenang anak pun dah besar-besar ni, kami pun usia dah meningkat ni, jadi sedikit rimas pulak mata tengok 'rumput-rumput' kat dinding tu. Jadi marilah mengecat rumah. 

Ruang depan kat area tv kami banyak tingkap, jadi cat 1 warna je. Nak pilih warna apa pun bincang 2 3 hari kah kah! Jadi aku cakap kat zaimi, ko je la pilih. Jadi che abe pilih warna creamy orange. 2 3 hari jugak nak settle dinding rumah sekangkang kera ni. 

Lepas tu kami pun terasa nak buat 1 feature wall, atau accent wall. Apakah accent wall itu?


An accent wall (a.k.a. "feature wall") is a wall whose design differs from the design of the other walls in the room. The accent wall's color can simply be a different shade of the color of the other walls, or have a completely different design in terms of the color and material.The surface of the accent wall can be paintwallpaperbrickmarble etc. As their name implies, accent walls are typically intended to break up the pattern created by the other walls, especially when the walls are painted a single flat tone. However, a room may be wallpapered and have an accent wall that is untextured and undecorated, as it would serve the same purpose. The point of this can be for aesthetics alone or to highlight or frame some decorative element, such as a painting. - Wikipedia.

 Ha gittew.. malas aku nak elaborate, korang bacalah definition dari wiki tu. Eloknya, buat belakang sofa kat ruang ada tv, baru lah mengancam kalau nak ambil gambar family ke, gambar raya ke, tapi belakang sofa kami tu tingkap. Nak buat belakang tv, aku rasa serabut. Jadi buat lah di dining area. Mula-mula ingat nak cat 1 warna. Lepas tu aku bagitau zaimi, nak buat garis-garis macam trend sekarang. Zaimi pulak lepas tu dia google, jumpa pattern yang geometrik.

Bincang punya bincang, setuju untuk buat Geometric Accent Wall / Geometric Pattern Feature Wall. Disebabkan amatur, jadi dah 3 hari buat pun masih on going lagi harini, tapi boleh kata dah 90% siap la.


Siap buat bacaan tambahan kat internet, tentang warna apa yang sesuai dengan creamy orange dia tu keh keh!

Jadi, seperti gambar, creamy orange tu gabung dengan sky blue. Dalam gambar nampak macam kuning, tapi orange. Susah tak nak buat?

Pergh.. boleh tahan penat beb!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Dinding asal rumah kami, mostly macam ni.


Orang kampung zaimi panggil parok. Pesanan kat korang, kalau nak bagi izin anak conteng rumah, bagilah dia guna pensil atau pensil warna je. Kalau kau bagi dia guna pen atau marker, 6 lapis belum tentu hilang weh. Jadi lepas 1 dinding sebelah tv haritu berlapis-lapis kami buat, dah, cukup, membazir cat, kena tukar teknik. Maka untuk dinding dining area ni, zaimi letak cat putih sealer dulu lepas dia haluskan pulak guna kertas pasir. Mana yang guna marker pen, kami sental manual guna span cuci pinggan dan air bancuhan sodium bikarbonat dulu sebelum sapu sealer tu. Penat, tapi hilang.

Lepas tu, aku pulak tukang letak masking tape. Tengok orang punya kat internet punyalah sekata geometric pattern dia. Aku punya memang nampak sangat main bedal hahaha


Boleh la labu, amatur. Asalkan ada trapezium, ada segitiga, kira jadilah .
Nak pasang masking tape sampai ke atas tu, gayat jugak. Berdebar-debar je si gemuk ni atas tangga tu ha. Nasib ayu tak kacau.

Lepas tu, bermulalah proses cat. Zaimi decide untuk guna warna creamy orange dia tu kat bentuk segi tiga, bentuk lain biru. Jadi, sebab takut comot atau warna cat bila bertindih jadi pelik ke apa, kami cat la bentuk by bentuk. Gigih isn't it? Penat weh! Sob!


Macam-macam la jadi kat amatur ni, penggelek tercabut la, kayu penggelek patah lah, cat berbelak-belak la. Patutlah tak ditakdirkan jadi tukang cat, memang tak ada bakat hahaha


Lepas buat 2-3 lapis, nampak macam dah ok sikit. Masa cabut masking tape, sebab tak sabar kan, rupanya ada cat yang masah lagi, dah tersopek pulak. Adess.. Zaimi kata nanti kena touch up lagi sikit yang garisan putih terkopek-kopek tu.




Harap-harap boleh siap cepat la, lotih dah ni ha.

Oh by the way, siapa yang bercadang nak buat accent wall, ada banyak je website yang boleh bagi idea kat korang. Antaranya SINI dan SINI. Ada banyak lagi, search je.

Ok korang, terima kasih sudi singgah sini ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Disclaimer


All content provided on this "Syazni Rahim Blog" blog is for informal reading only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information or comments on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information.

The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.