Pages

Search This Blog

Showing posts with label lapar. Show all posts
Showing posts with label lapar. Show all posts

Sunday, June 29, 2014

Tips Menyusukan Bayi Pada Bulan Ramadhan

Dah masuk bulan puasa..
Teringat pulak, puasa tahun lepas, adam masih menyusu badan..
Nak jadikan cerita, dengan ilmu yang kurang di dada, susu aku drop.
Drop se drop drop nya.

:(

Jadi, rugilah aku disitu..



Aku tak nak ibu-ibu yang lain mengalami pengalaman sama macam aku..
Tahniah pada ibu-ibu sekalian yang ada effort untuk search pasal perkara ni, dan memandangkan korang dah end up sampai ke blog aku ni, aku nak share tips untuk kekal cergas, dan tiada drop susu sepanjang bulan puasa, insyaallah..

1. Minum Air Mencukupi
Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Seelok-eloknya minum dua liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari.
2. Jangan Abai Sahur
Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur. Namun, anda digalakkan untuk melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Dalam pada itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.
3. Makan Kurma Ketika Berbuka
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji.
Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.
4. Banyakkan Buah Dan Sayur
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.
5. Ambil Lebih Lemak Sihat
Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.
6. Amalkan Madu
Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.
7. Elakkan Minuman Bikarbonat
Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.

Sumber SINI

Dan aku juga nak share link dua blog yang boleh membantu menaikkan semangat korang semua:

1) Ummi
2) Nurul Dhia
3) Adelita

Selamat berpuasa sambil menyusukan si comel anda :)


Wednesday, June 4, 2014

Rabu Resepi | Rendang Udang

Korang suka makan seafood tak?
Me luv it much much!!

Entahlah, aku memang suka especially udang dengan sotong, sedap!

So, harini, aku nak share 1 lagi resepi dalam buku resepi emak aku tu, iaitu rendang udang!
Dan seperti biasa, gambar ambil dari blog orang.. kikik


Bahan-bahannya:

300g udang bersaiz sedang
3 sudu makan cili giling / boh
Sedikit asam jawa
2 ulas bawang putih (dititik)
2 biji bawang besar (dimayang)
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh gula pasir
Minyak masak secukupnya
Sedikit kicap
1/2 cawan air kosong

Cara-caranya:

Siang udang, bersihkan dan tos.
Gaulkan udang yang bersih bersama sebuk kunyit, garam dan gula, dan perap selama 15 minit.
Panaskan minyak, dan tumis bawang putih, dan masukkan udang.
Kacau sehingga udang kelihatan masak, dan angkat udang keluar dari kuali dahulu.
Dalam kuali yang sama, tumiskan pula bawang besar.
Masukkan cili giling / boh, dan kacau sehingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa ikut rasa.
Biar mendidih sehingga naik bau, masukkan sedikit kicap dan air kosong.
Gaul semua bersama udang, dan angkat.



Sementara taip ni pun perut dah bunyi kriuk kriuk..
Arghhh..

mak.. nak makan.....

Tuesday, August 16, 2011

Nasi Goreng Hawaii

Apa?
Nasi goreng hawaii itu apekah?

Wuu..
Tetiba aku terbangun pukul 1.45 tadi.. Sedar sedar, lampu kat ruang tamu dah berkelip2..

Adoi..masalah..



Bangun, totop lampu, masuk bilik balik.. Mata tamau pejam plak..

Esok dahla nak keje..gulp..

Macam macam teringat waktu2 macam ni.. Fikiran pon dah jauh menerawang..

Last sekali encik perut terasa lapar..

Terbayang plak nasi goreng hawaii kat Amirul Tomyam.. Sedapnyaa!

Eh, korang tau tak perkataan tomyam pon dah masuk kamus dewan?

Hehe..
Lapor weh..

Sunday, October 10, 2010

Terliur dengan Kegebuan Mereka

Serius, tadi masa drive, ada seorang lelaki bawak mereka naik motor..
Perghh.. Dari aku kecik sampai besar, aku memang takleh tengok mereka ni..
Gebu-gebu.. Sedap you!

Memang mereka ni ada macam-macam jenis, adalah 1 dua jenis yang aku suka..
Rasa macam nak turun kereta pergi rentap mereka-meraka time tu jugak, tapi..
Waras lagi kot.. Nanti apa pulak kata orang ramai.. Rakus sangat pulak kan..


Oh terliur!!

ps: aku ni bukanlah orang berada..mana mampu nak sental Deli France.. yang ini pon menjilat jari dah!
ps+: oh tolonglah jangan paksa-paksa bab-bab follow-follow ni.. dislike.

Tuesday, September 28, 2010

Nasi Lemak Antarabangsa

Godek-godek laptop, terjumpa gambar ni:


Oh ouch!
Lapar sudah!

1) On diet.
2) Mahal oh Nasi Lemak Antarabangsa ni!

Ini pun ada orang belanja..weehehe..

Oh oh kepingin!

ps: ada orang bangang komen lucah2 kat entry lepas2.. kepada orang tu, nanti jawablah dengan Allah ye..

Monday, October 19, 2009

Bayangan objek

asik terbayang objek2 ini dalam kepala otak...
.
.
.
..


la aku lapar rupanya..
blom lunch..
haha!

:P

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Disclaimer


All content provided on this "Syazni Rahim Blog" blog is for informal reading only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information or comments on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information.

The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.