Search This Blog

Showing posts with label photo i like. Show all posts
Showing posts with label photo i like. Show all posts

Sunday, November 9, 2014

Lovely weekend morning

Seronok betul weekend kali ni.
Sabtu hujan pagi, harini pun hujan pagi.
Maka bergolek lah tiga beranak untuk menikmati keindahan cuaca ;)
Syukur atas kebahagiaan ini Allah!
Pastu tadi terjumpa quote ni kat facebook.
Best kan?

Monday, July 21, 2014

Adam Zuhairi dan Neneknya | Part II

Ni Sabtu lepas, saja keluar bawak Adam jalan-jalan pergi Tesco Semenyih dengan tokwan dan nenek dia..
Beli beli barang sikit..

Lepas tu, dalam kereta masa on the way balik, dua bercucu ni nak berposing pulak..
Haha..

Layanzz..







Budak manja..

Sementara tunggu nenek dengan tokwan dia bayar barang kat Tesco tu, aku bawaklah dia kat tempat arcade mainan tu..
Ingatkan nak bagi adam main la..
Ala selalu dalam rm1 -rm3 macam tu aje..

Rupanya kat tesco semenyih pelik!
Kau kena beli prepaid card untuk arcade tu..
Paling murah rm20.
Nanti, masa anak kau nak main, kau kena tap kad tu kat mainan tu, dia ada box macam kad touch n go kat tol tu..

Terus cancel plan..
Yelah..
Bukan selalu bawak adam pergi situ pun..
Membazir je nanti..

Makanya.. adam duduk ajelah..
Dia tengok je budak kat mainan sebelah dia duk main.. benda tu gerak-gerak..haha!
Biarlah adam..budak tu mak dia banyak duit..hew hew hew..




Adam kira ok lah sebab tak kisah, maybe kecik lagi kot.
ada sorang budak perempuan tu, dalam 3 - 4 tahun kot, bapak dia ajak balik, dia taknak.
Dia punyalah mengada, dia barang sambil hentak-hentak kaki sambil berputar ikut arah jam.
Boleh bayang?
huhu..
kalau adam buat macam tu esok, aku piat!


Pagi tadi bangun tidur terus tengok awani..
Macamlah faham kan.. haha..
Tapi khusyuk je..
Serius je muka dia..

Macam tau-tau je berita tu sedih..
Pasal MH17..
Bila aku pangil-panggil dia nak amek gambar, muka sangat marah ok!


Sabar je lah!

Thursday, May 22, 2014

Menangis Nak Ikut Masuk Toilet

Anak aku ni boleh tahan jugak kuat dia punya drama..haha
Memang setiap kali ayah dia, atau aku sendiri yang masuk toilet, dan tutup pintu toilet, mesti dia akan menangis sambil ketuk-ketuk pintu toilet tu..

Konon-konon macam nak ikut lah.. haha..

Entah apa yang dia nak buat ikut kitorang entah lah..


Agaknya apalah dia fikir kitorang buat, atau pergi manalah agaknya, lepas masuk dalam pintu tu..

Tu gambar pagi tadi, melalak-lalak nak ikut ayah dia masuk toilet..
Kelakar pun ada..

Jenuhlah pujuk, bawak pergi tengok ikan..
Bila kita sebut, ''fish'', dia pun sebut gak, tapi bunyi dia jadi "pishhh"

Oh lupa nak update, zaimi dah beli akuarium, tercapai jugak hasrat laki aku tu nak bela ikan dalam akuarium kat rumah sendiri.. :)

Entry pasal akuarium tu nanti lah, esok ke..

Sekarang ni aku duk transfer gambar dengan video adam dari memory card handphone ke desktop, banyak sungguh!

Bila tengok balik gambar lama adam, alahaiiii..... lainnya!!



Keciknya masa ni!!!
Oh adam.. dah besar dah anak emak..
dah banyak perangai..
tapi takpa, mak sayang!

Mmmwaahhh!


Ni gambar sabtu lepas..
dah terel makan keropok lekor sendiri..


Ni antara gambar latest lah ni..


Anak ayah..

Dua orang ni antara harta aku yang tak ternilai..
Syukur..

Ok, tajuk tu memang tak sesuai kan.. hahaha!
Bedal lah!

Sunday, May 11, 2014

Friday, November 22, 2013

Sweater Itu

Sweater yang sama, budak lelaki yang sama, waktu dan saiz yang berbeza.. gittew..

Apa aku merepek ni jah?

haha..

Takde apa pun, just semalam sementara tunggu nasik arab siap ditapau, saja pakaikan adam jaket yang emak aku belikan untuk dia masa umur dia 2 bulan nak masuk 3 bulan dulu.. kisahnya sebab aku dah nak start masuk kerja balik lepas cuti bersalin 3 bulan tu, dan aku dan zaimi decide nak letak adam dekat pengasuh area Kuala Pilah je memandangkan kami dua2 kerja kat Kuala Pilah kan..

Jadi, bila nak letak adam kat Kuala Pilah, maksudnya adam kena ikut kitorang travel pagi-pagi tiap-tiap hari.. adam kan kecik sangat lagi masa tu, jadi memang kena selimut apa semua sebab takut dia kesejukan kena air cond kereta..

29 Jun, adam hampir nak masuk 3 bulan


Emak aku belikanlah jaket tu, buat selimut adam katanya.. Nanti dah besar sikit, boleh pakai macam sweater..

So semalam aku pun gatal pakaikan dekat adam, lagipun cuaca macam sejuk sikit semalam..

21 November, hampir nak masuk 8 bulan


Nampaklah anak aku dah membesar.. Alhamdulillah..
Syukur padaMu yaAllah..

:)

dan bukan senang nak snap gambar baby sorang ni..
hahaha!

gerak sana gerak sini..





Love you Adam Zuhairi Bin Ahmad Zaimi..
Love you too Ahmad Zaimi Bin Mohd Zawawi..


:D

Wednesday, November 20, 2013

Untuk Bacaan Suami Isteri Yang Ada Bayi

Tajuk tak menahan hahaha..
Takdelah..

Takde apa sangat nak update harini.

Maka aku update  gambar Adam Zuhairi aje lah



Dan aku nak share satu link ni, di mana aku rasa ibu bapa baru, macam aku dengan zaimi sesuai sangat baca untuk mendapatkan semangat parenting.. hehe

;)

An Amazing Life Lesson Every Parent Has Learned From Raising A Child

 

 

Saturday, November 16, 2013

Perkara Yang Boleh & Tak Boleh Buat Dengan Bayi Anda!

Buh gambar anak aku jadi gambar hiasan boleh? hahahah


Aku terjumpa benda ni kat 9gag.. hahah!
Lawak!

Tapi, aku jua adalah tergolong dalam mereka-mereka yang fail dalam stimulation untuk anak kecik..kuikuikui

Aku suka bagi adam tengok TV :P

Enjoy your weekend everybody!


Thursday, September 5, 2013

Ceria bersama Playgym!

Eh eh lama pulak tak menaip blog ni.
Busy lah..

hew hew hew..

Eh, dua hari lepas, RON95 naik 20 sen kan?
Dengar kata RON97 pun nak naik jugak 15 sen.

Hebatnya harga minyak 2013 ni..

T_T

Bila fikir pasal kewangan memang sakit hati kan.

Baik aku tengok anak aku, Adam main kat Playgym dia.
Actually baru je beli 2 hari lepas..haha

Beli dekat Manjaku Taipan Senawang tu je..
Taklah mahal sangat berbanding dengan rupa dia, dan hasil dia.
Harga Playgym ni, aku beli RM79. Ok lah tu kan?

Memang dia sangat sukalah!

Asyik menendang2, dan menggapai2.. hehe..
Siap ketawa2 lagi..
Lepas tu bila meniarap pun dia excited bila tengok warna2 dan cermin yang ada kat Playgym tu..
Ceria..
Aku yang tengok ni pun rasa ceria je.. :D


Sayang anak emak..
Mwahh.. peluk cium gomol Adam

BEST!
Sebab adam wangi!

:D

Sunday, August 4, 2013

Adam, Aisyah dan Angah

Last week kot, adalah pergi rumah angah dekat Taman Impian Ehsan, Balakong..
Saje je lah, bawak Adam Zuhairi jalan-jalan melawat moyang dia..hehe..
Ye lah, nenek aku duduk sekali dengan angah.


Lepas tu adalah ambil gambar dorang tiga orang..
Actually Aisyah tu adalah anak kedua angah aku, yang jaraknya 15 tahun dengan abang sulung dia!

Kiranya, masa aku kahwin dengan zaimi bulan 1 2012 haritu, bukan aku yang mengandung terus, aku tak bunting pelamin, tapi angah shidah pulak yang pregnant..hik3..

Rezeki kan, kita tak tau bila Allah nak bagi.. Aku dapat Adam pun lambat, lepas 7 bulan kahwin baru merasa mengandung.. :')

Makanya, tak pasal2 adam ada makcik yang cuma tua dari adam 6 bulan je..hehee..

p/s: mood raya korang dah datang ke belum?

Wednesday, July 17, 2013

Majlis Pertunangan Syazni

Bertunang?
Bukan dah ada anak pulak dah ke?
Adakah ada pulak lelaki yang bertunang dengan isteri orang ni?

Hahaha..

Tak adalah..

Ini memang Majlis Pertunangan aku dengan Zaimi, memang 17 Julai.. Cuma bukan 2013, tapi 2011 dulu.

Majlis pertunangan aku tu simple dan ringkas, tanpa pelamin, tanpa sewa baju, dan tanpa make-up artis. Memang abah aku nak yang simple je, katanya, kalau ada pelamin baju sewa semua tu, baik terus panggil tok kadi nikah terus aje..haha.. Eh tu pendapat abah aku, lain orang lain caranya kan? ;)

Pakai jubah emak aku pergi haji  je..hehe

Memang ringkas je. Baju jubah putih mak aku buat haji, tudung bawal, tempel shawl kot belah luar. Lepas tu, sepupu mak aku je yang make-up kan sikit. Siap. Then tunggu rombongan sampai je.


Makanan pun tak ambil katerer mana-mana, mak je masak sendiri.. kenduri kecik untuk 50 orang, tak ramai pun. Jimat kos. Hantaran pun mak gubah sendiri. Hehe..

Mak memang talented lah bab-bab gubah hantaran ni, memang aku tak payah upah sesiapa pun.
Nak tempah dengan mak aku? Tanya sendiri. 0192566818. Nama dia Siti. Tapi dia nak terima ke tak, dengan harga upah, tanya sendiri lah ye. Kot-kot lah mak aku sudi menerima tempahan gubahan hantaran sekitar Semenyih kan.. kekeke..

Syazni dan Tunangnya.. ahaks

Now, anak dah sorang.. Alhamdulillah :)

p/s: Puasa ke tidak?

Wednesday, March 6, 2013

Cara Mengenalpasti Mood Kucing Anda

Siapa yang ada kucing peliharaan, ni ada tips untuk ketahui mood kucing korang.
Dia tengah marah ke, suka ke, annoyed ke..hehe

Kaedah ni adalah dengan memerhatikan ekor dia.


Tapi untuk kucing yang ekor kontot? Haha.. yang tu tak dapek la den nak nolong..

Dulu aku pun ada kucing ekor kontot, Boody nama dia.
Lama dia hidup, 17 tahun. Mati pun dalam tahun 2009 haritu, sebab sakit tua.
Memang ekor dia gerak sepesen je.. gedik-gedik je.. hehe

Jadi susah la nak tau mood dia melalui ekor..
Tapi Boody tu dulu kucing yang baik, manja sangat..
Emm rindu pulak kat dia..

Sekarang ni, empat betina kat rumah tu semua ekor panjang.
Senang lah nak nampak.
Kalau lapar je, time minta makan, ha mulalah yang happy tu.
Kalau tak, irritable je memanjang time orang kacau dorang bersantai..haha

Sabtu ni balik Semenyih kot insyaallah.. yea!
Dapat jumpa kucing-kucing nan empat ekor tu :D


Sunday, February 17, 2013

Ibu Mengandung Kelesuan Akibat 10 Jam Perjalanan

Semalam around 6pm macam tu kami selamat sampai dari Kota Bharu, tak singgah Semenyih, terus je balik rumah.

Penat woa naik kereta 10 jam dengan perut macam ni..haha..
Zaimi lagilah kesian kot, drive sensorang.. Tapi dia kata dia dah biasa..
Aku cuba lah untuk tak tidur masa dalam kereta semalam, temankan dia drive..

Harini, pagi-pagi lagi dah masak pakej untuk tengahari sampai malam terus..kikiki..
Masak banyak terus.. Ala.. Berdua je pun..

Lepas tu duk tengok TV.
Masing-masing tak ada buat apa.
Cuaca kat luar pun mendung je..

Nak update blog pun macam tak ada apa nak cerita sangat.
Ke ilham tak mari tak tau la..hua3

Cuma teringat, masa balik Kota Bharu haritu, kerja asyik shopping je..
Aduss.. barang yang dikira keperluan lah jugak kot?
Beli tilam baby, cadar baby, kelambu baby..
Tapi, diam tak diam, total damage duit boleh tahan lah jugak..hoho..

Takpelah, demi anak.. cewah..

Ada sekali tu pergi Terengganu.. best!
Aku memang suka berada kat Terengganu.
Kenangan banyak kat sana :')


  


Emm nantilah update blog ye, nak recaj badan pulak.
Esok start keje, dah berderet benda nak kena fikir.

Ayoyo...

Thursday, September 1, 2011

4 Anak Dara di Pondok Kecil Jambu Bongkok

Housemates ~
Eh tapi sekarang dah jadi ex-housemates.



Masa tengok gambar ni, mesti ada rasa sayu..
Sebabnya, dah lamaaaa benor aku tak ketemu dorang ni di alam 3D.
Bertegur pun secara virtual je. Hoho..

Masa ni kami ada field trip dekat Hutan Jambu Bongkok,
untuk subjek Ekologi Lapangan kalau tak silap.
Tahun 2007 kot?
Masa ni dah hari nak balik dah, maka sudah tentunyalah menjadi sesi fotografi..haha

Snap sana snap sini, jalan sana jalan sini, kami pun terjumpalah pondok ni, dekat-dekat dengan pantai..
Dengan penuh semangat, kami pun meniti titi (erk??) untuk ke pondok ni:



hahaha~!
Aku yang jalan depan sekali..semangat gila!

Gambar kedua ni kalau tak silap, Shabanun yang snap.
Masa ni kalau dapat snap gambar bon bon adalah victory!
keh keh..

Gambar yang pertama tu seriously aku tak ingat siapa yang snap..
Sapa ha...?

Friday, August 26, 2011

Present LI



Ok, itu adalah aku dan Zaimi. Nampak sedikit muda? Hahaha..
Gambar ni diambil kalau tak silap aku dalam tahun 2006 kot?
Masa ni kami tengah tunggu turn untuk present apa yang kami dapat dan buat sepanjang ber'latihan industri' dekat Zoo Negara selama 2 bulan setengah tu.

Lokasi? Aku tak pasti pulak dekat MST atau MSB, tapi antara dua tu lah.
MST adalah Medan Syarahan Timur manakala MSB adalah Medan Syarahan Barat, dekat UMT.


Kamera yang digunakan adalah kamera laptop yang aku baru beli..woohoo!
sebab laptop lama dah rosak teruk sampai berasap-asap..

Dan laptop lama aku sebelum yang aku guna ambil gambar ni memanglah sangat kodi.
Jadi masa ni kiranya baru first time lah aku ada laptop berkamera.. oh noob.
Haha!

Err..ada lagi ke MST MSB tu ya?

Thursday, August 25, 2011

Poster Presentation, Fashion Disaster




Gambar yang diambil lebih kurang 5 tahun lepas.
Lokasi adalah dekat foyer FST UMT.
Kejadahnya kami duduk ramai-ramai kat foyer ni adalah untuk menyempurnakan tugasan Poster Presentation. Student sainslah katakan, haruslah familiar dengan poster poster ilmiah ni. LOL~!

Oh my.. bila tengok je gambar ni, memang nak ketawa.. Sebab aku hairan kenapalah aku boleh teringin nak beli dan pakai sandal yang ada kulit kerang tu! Arghh~!!

Dalam gambar ni ada Cuna (baju kurung kuning), Laura (tshirt merah), Shabanun (baju kurung hitam kuning), Annie (tshirt putih) dan turut ter enterframe adalah Eppa & Hairol, yang nampak macam orang berdating  tu.. ..haha!

Punyalah ketar lutut takut kena present masa ni, sebab lecturer akan pick randomly ahli kumpulan untuk siapa yang akan present poster tu, dahlah masa ni kalau kena speaking tu,macam orang suruh celup tangan dalam air panas dia punya takut!

Tu yang muka aku cuak gila kot dalam gambar ni..luckily, Annie yang terpilih..keh keh keh..
Thanks Annie ~ =)

Oh dan yang ambil gambar ni adalah Effadah..hee..

Bila nak badan camtu balik? Bila? Bila? 
T_T

Tuesday, October 5, 2010

Baju Angkasawan Kanak-Kanak

Ternampak kat Facebook ni tadi, makcik aku kena tag dekat gambar tu.
Comel lah! 




Memang berkenan tahap teratas dah ni!
Tapi..aku tak ada anak/adik kecil la pulak..huhu..
Oh lupa nak cakap, kepada sesiapa yang berkenan nak beli untuk anak atau adik yang kecil lagi, bolehlah terus pergi ke MY LIL' ZAHRA COLLECTION.
 Ada pelbagai design lain lagi dan juga dalam pelbagai saiz.

Kalau ada baju tidur angkasawan ni ni untuk orang dewasa kan best..
Boleh gak berangan-angan jadi kawan Sheikh Muzaffar kat angkasa nun..hahaha!
Ish comel lah.. :)


ps: teringat haritu aku tengok Mission to Mars, tak puas hati betul aku dengan ending dia, ada ke patut si Gary Sinise tu ikut si alien tu pulak..adeh..

Sunday, March 21, 2010

Si Rambut Helmet & Si Rambut Bawang

Salam semua =)
Semalam seharian aku meneman nenek balik ke Bangsar..

Selongkar-selongkar barang lama kat rumah tu, aku terjumpa la sekeping gambar yang nostalgic giler..
haha.. Gambar Si Rambut Helmet dan Si Rambut Bawang..

Mereka adalah adik-adikku..
Nana adalah si rambut helmet, sebab masa ni,
jangan lah nak suruh dia selit rambut tu belakang telinga, 
sampai sudah dia tak mau.. haha!
maka rambut dia menten gitu je, macam bentuk helmet..hehe..

Si rambut bawang pulak adalah Boy,
sebab rambut dia yang kat bahagian pusar, tercacak je naik tak nak turun2..
Macam bawang..hehe..

Hmm..
Cute la pulak tengok gambar ni..
Yelah masa ni diorang kecik lagi, kalau tak silap masa ni umur Nana 3, Boy darjah  2 kot..
Rumah pun tak pindah lagi masa ni..

Sekarang ni, dah besar gedabak dah adik2 aku ni, dua2 dah lagi tinggi dari aku..
cess..
Kalau dulu comel, sekarang dah lawa & macho dah..hehe..
Ambik gambar pun dah tak reti nak berdiri tegak, ade je aksi pelik2..
hehe..

ps: Cepatnya masa berlalu.. aku ingat lagi betapa aku excited bila dapat tau mak aku pregnantkan diorang..
=)

Friday, March 5, 2010

Seni Menggunakan Lalat

Hari tu, kawan kepada kawan aku telah ditag oleh kawan dia di Facebook. 

Dan gambar yang ditag tu bagi aku cool gile ah! Cara-cara menghasilkan gambar-gambar ini adalah,
bunuh beberapa ekor lalat dan keringkan.
Lepas tu, ambil kertas dan pensel, dan luaskan kreativiti korang!

Bagi aku la, kalau ada yang rasa tak sependapat dengan aku, tak yah la nak saman aku pulak..

Ada 9 gambar semuanya, aku sent mesej kat orang yang mengetag itu, nak mintak izin nak share kat blog, dia kata OK je, sebab dia kata bukan dia yang lukis, dia dapat Email.. Aku ingat dia yang lukis mula-mula..
Tapi tak kisah la siapa yang lukis, dah aku suka, jadi aku nak letak kat blog AKU.. =)

Yang pertama:
-lalat lumba lari-


Yang ke-2:
-lalat naik kuda-


Yang ke-3:
-lalat kencing merata-


yang ke-4:
-lalat sunbath-


yang ke-5:
-lalat beratur tak tahan nak guna toilet-


Yang ke-6:
-lalat main-main-


yang ke-7:
-lalat terlebih tinggi & lalat normal-


Yang ke-8:
-bapak lalat dukung anak lalat-


yang ke-9:
-lalat tunggu turn dive-



ps: aku tidak membunuh lalat dalam menyiapkan entry ni.

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Ya it's me